1MDB melakukan pelaburan yang menjanjikan
keuntungan. Keuntungannya berlipat ganda. Ia untung kerana semua transaksinya
dikawalselia oleh pegawai-pegawai yang berkaliber. Daripada seorang Perdana
Menteri sehinggalah kepada pegawai-pegawai prihatin dengan pengurusan pelaburan
yang dikenali sebagai 1MDB yang menguntungkan.
Kehebatan 1MDB itu ia bermodal
besar, membuat pembelian-pembelian dengan harga yang minimum, boleh dijual
dengan harga-harga maksimum kerana pasaran hartanah dan pelaburan-pelaburan
yang senentiasa meningkat harganya dari semasa ke semasa. Hartanah pula tidak
menyusut. Ia pula dijamin oleh pemerintah kerana ahli lembaganya terdiri
daripada pegawai-pegawai pemerintah dan bergabung dengan pegawai-pegawai dari Qatar .
Kadang-kadang pelaburan-pelaburan
yang berskala besar biasanya diuruskan oleh syarikat-syarikat pemerintah tetapi
berbeza dengan 1MDB ia diuurus oleh pegawai-pegawai dua buah negara; Malaysia dan Qatar ,
pusat operasinya di Malaysia .
Sukar untuk diperincikan tentang
operasi 1MDB dan keuntungan-keuntungan yang diperolehinya sejak ia ditubuhkan.
Jika syarikat-syarikat lain mereka akan diaudit setiap tahun dan selepas itu
jika ada keuntungan daripada operasi mereka maka LHDN akan mengutip
hasil-hasilnya sebagai cukaian yang wajib dikenakan kepada mereka setiap tahun.
Dengan keuntungan yang
berganda-ganda itu, maka 1MDB telah mempunyai hartanah-hartanah yang berlipat
ganda nilainya kerana modalnya besar,
pelaburannnya dikenal pasti menguntungkan, dan jaminan pemerintah padu seratus
peratus.
MH370 kabur bersama Abu Nawas
MH370 seperti si celik menjadi
buta. Buta bukan sahaja pancainderanya tetapi buta dari segi mengenali sifat-sifat
ketauhidan, buta dari segi mengenali kebenaran, buta dari segi menyangkal
kedajalan dan buta kerana bersekongkol
dengan kepalsuan.
Apabila MH370 dalam kekaburan, ia
sukar dicerahkan maka sukar untuk kelihatan dizahirkan walaupun pihak Australia
menyatakan bahawa MH370 terperosok di selatan Lautan Hindi di lautan dalam sebagaimana golongan dungu-dungu bercerita
tentang dunia ilusi-ilusi kehidupan mereka. Jika suatu hari nanti lahir seorang
atau beberapa orang Abu Nawas maka beliau akan menemuramah golongan dungu-dungu
yang berada dalam ilusi-ilusi kehidupan itu, dengan beberapa pertanyaan:
“Adakah pencarian MH370 diteruskan?
“Kita akan perluaskan kawasan pencarian”
“Bagaimanakah usaha-usaha pencarian ketika ini?”
“Kita tidak akan berputus asa, pencarian diteruskan.”
“Dimanakah sebenarnya MH370 terperosok?”
“Kita akan cari sampai ditemui.”
“Berapakah tuntutan diminta oleh
dajal akibat kekaburan MH370?”
“Kos-kos ditanggung sendiri.”
“Apakah kaitan 1MDB menjulang, MH370 merudum.”
“Tiada komen.”
No comments:
Post a Comment