Wednesday, 3 June 2015

PENEMBAKAN MH17 DIDEDAH ULANG SEMULA, PENYOROKAN MH370 BILA PULA?



Pekerja-pekerja MAS mula menerima kesan akibat doa golongan teraniaya sama ada telah diterima dengar oleh Allah s.w.t. atau terawang-awang di udara menunggu-nunggu isyarat tindakannya. 

Tiada apa yang boleh dimegah dan dibanggakan walaupun mempunyai ketua yang diimport khas Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller, sebaliknya semakin merudum. 

Buang pekerja beramai-ramai. Pelik tapi benar.

Menurutnya, MAS ‘secara teknikalnya sudah muflis’.

Golongan dajal tidak akan memberi belas ihsan dan akan mendiamkan diri sebagaimana senyapnya MH370 dicari-cari di kawasan kosong-kosong.

Menjadilah manusia, tolong jangan berpakat dengan dajal.

Allahu Akhbar.


------------------


Pengeluar Peluru Berpandu BUK Jawab Tuduhan Kes Tembak Jatuh MH17 Di Ukraine


Posted on Wednesday, June 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

MOSCOW: Pengeluar sistem pertahanan udara Rusia, Almaz-Antey, mahu menyaman Kesatuan Eropah kerana sekatan dan pertuduhan tidak tepat dikenakan ke atasnya berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, lapor portal berita Russia Today.

“Sekatan Kesatuan Eropah ke atas Almaz-Antey adalah dipengaruhi keterlibatannya dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine.

“Tujuan sidang media ini dibuat adalah untuk membuktikan bahawa kami tidak terlibat dalam tragedi tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Almaz-Antey Yan Novikov.

Penasihat kepada ketua jurutera Almaz-Antey Mikhail Malyshevsky memberitahu, kesan kerosakan pada bangkai pesawat telah membolehkan mereka mengenal pasti jenis peluru berpandu yang digunakan.

Menurutnya, peluru berpandu BUK 9M317 yang digunakan Angkatan Tentera Rusia tidak menjadi persoalan kerana bentuk serpihan yang ditemui tidak menyamai kemusnahan pada pesawat.

“Sifat kerosakan pada pesawat itu adalah daripada peluru berpandu jenis BUK9M38 dan BUK9M38-M1 dan kesan serpihannya ditemui di bangkai pesawat.

“Kemusnahan pada pesawat dilihat konsisten dengan peluru berpandu 9M38-M kerana ia mempunyai trajektori yang khusus dengan 40 peratus pecahan peluru terjadi dalam gerakan menegak,” jelas Malyshevsky.

Almaz-Antey juga mempunyai bukti bahawa sistem pertahanan udara BUK-M1 dan peluru berpandunya masih digunakan tentera Ukraine pada tahun 2005, dan berdasarkan rekod, mereka mempunyai sejumlah 991 buah peluru berpandu 9M38M1 pada waktu itu.

“Peluru berpandu yang dipercayai menghentam pesawat MH17 iaitu 9M38-M1, tidak dikeluarkan oleh Persekutuan Rusia sejak 1999,” kata pihak Almaz-Antey.

Tambahnya, tembakan peluru berpandu berkenaan tidak mungkin dilepaskan dari Snezhny kerana hasil siasatan mendapati ia dilancarkan dari perkampungan Zaroschshenskoe. Jika ia ditembak dari Snezhny, keseluruhan kabin hadapan pesawat akan meletup dan musnah.

“Jika perlu, kita boleh jalankan ujian di lokasi dengan penyertaan pakar-pakar bebas,” tegas Novikoz.

Walau bagaimanapun, menurut mereka, negara yang memiliki peluru berpandu yang menghentam pesawat MH17 masih belum diketahui selain tidak menolak kemungkinan terdapat pesawat lain yang terlibat dalam tragedi itu.

Almaz-Antey juga menyatakan pihaknya hanya membuat analisis teknikal dan tidak membuat spekulasi sama ada Kiev atau pihak lain yang perlu dipersalahkan.

Sementara itu, pegawai dari Ukraine berkata bahawa negaranya memiliki sistem peluru berpandu BUK M-1 tetapi pada hari kejadian tersebut berlaku pihaknya tidak mempunyai kawalan ke atas kawasan yang disyaki sebagai lokasi peluru berpandu tersebut dilancarkan.  - Awani







No comments:

Post a Comment