Wednesday, 3 June 2015

PEREKA BUK INGIN BUKTIKAN MH17 DITEMBAK OLEH UKRAINE



MH17: Pengeluar misil tawar tembak Boeing 777 untuk buktikan Rusia tidak bersalah


Madiha Abdullah, Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 03, 2015 15:43 MYT)
  
MOSCOW: Konglomerat pertahanan Rusia pada Selasa telah menawarkan untuk memperbuat semula insiden nahas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan menembak sebuah lagi pesawat Boeing 777 dari udara menggunakan sistem peluru berpandu Buk.

Mereka membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibedil sebuah peluru berpandu yang lebih tua usianya yang digunakan oleh Ukraine.

Mikhail Malyshevsky, penasihat kepada Pengarah Besar syarikat pembuatan tersebut, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan penilaian pada gambar bangkai pesawat yang didedahkan kepada umum, lapor AP.

Malyshevsky berkata lubang-lubang pada beberapa bahagian kapal terbang itu konsisten dengan satu contoh spesifik peluru berpandu Buk dan kepala peledaknya.

Setiap subjenis Buk tersebut dilengkapi kepala peledak dengan serpihan bom dengan bentuk yang khusus.

Variasi peluru berpandu ini hanya terdapat di kem tentera Ukraine, kata Pengarah Almaz Antey, Yan Novikov.

Novikov turut memaklumkan, Ukraine memiliki sejumlah 991 misil seumpamanya pada tahun 2005.

Novikov dipetik The Guardian sebagai berkata Almaz-Antey bersedia untuk memperbuat semula insiden nahas, “walaupun melibatkan kos yang besar”, untuk membuktikannya selain menjemput pemerhati antarabangsa untuk turut mengambil bahagian.

“Mereka mungkin akan membeli sebuah pesawat yang tidak digunakan lagi, terbangkannya menggunakan sistem pandu auto, dan kemudian menembaknya jatuh di tapak ujian ketenteraan,” kata Igor Korotchenko, seorang penganalisis pertahanan Rusia.

“Matlamatnya untuk mendapatkan semua sudut dan menunjukkan kerosakan yang dialami.”

Rusia sebelum ini menafikan mereka adalah punca pesawat malang itu terhempas dan mengorbankan 298 orang pada Julai tahun lalu.
  






No comments:

Post a Comment