Friday, 24 July 2015

SILAP MATA ABAD KE-21, KEDAJALAN



Syaitan-syaitan mahir main silap mata. Kemahiran mereka melakukan silap mata itu memang diakui oleh Islam. Kadang-kadang dalam silap mata itu terdapat di dalamnya unsur-unsur memukau, kesihiran dan kesyirikan kepada para hadirin yang melihat dan mendengar hembusan-hembusan yang tersembur dari bibir-bibir mereka yang telah dipraktis dan dipertunjukkan dalam bilik-bilik makmal yang tertutup. Golongan-golongan tersebut memanfaatkan ilmu silap mata itu untuk tujuan mendajal.

Hari ini, permainan silap mata itu bukan sahaja diimplimentasikan dalam persekitaran kondusif menguntungkan golongan dajal tetapi merobek akal-akal manusia yang mengetahui dan ingin mengetahui tentang kedajalan itu diugut supaya tidak berbisik-bisik dan meuar-uarkan cerita-cerita  sebenar berkaitan kedajalan MH370 terperosok. Jika boleh tutup ceritanya, dan anggaplah ia tidak pernah berlaku,  buka cerita lain, biar para panglipur lara sahaja bercerita rentak lagu-lagunya, begitulah sifat kedajalan yang telah diserap oleh kesyaitanan dalam akal-akal mereka akibat bersekongkol dengan kedajalan.

Apabila MH370 terperosok dalam ilusi-ilusi kehidupan kedajalan menghidu lautan dalam di Laut Hindi kerana di sana ada mutiara dan marjan, maka anak-anak watan yang bertugas di kawasan-kawasan KLIA diugut seperti mana Amerika Syarikat mengugut negara-negara merdeka dengan memberi kata dua; 'ikut kami atau menentang kami'. Yang dajal pula bercakap: ‘tidak dibenarkan berakap tentang MH370 atau jika didapati akan dibuang kerja’. Bukan itu sahaja tetapi dihadirkan pelbagai karekter-karekter sebagai agen pandang dengar mengawasi kepada pekerja-pekerja lapangan terbang di sana. Akhirnya emas dalam bentuk jongkong dibawa terbang oleh pesawat AirAsia diseludup ke India.

Apabila akal dan tindakan mereka dikunci, maka dipecat hormat pula mereka. Bercakap akan dipecat dan tidak berakap pun memang dipecat. Kesian mereka, MH370 terperosok di lautan dalam itu tetapi manusia yang berada di daratan KLIA telah diberi kata dua. Barangkali kerana kedajalan mengaburi kehidupan manusia yang celik menyuruh mereka mengikuti kedunguan yang terpahat di dalam dirinya tetapi berusaha mengalihkan kepada orang lain, seolah-olahnya kedajalan mereka itu tidak diperhatikan.  Awas CCTV. Para malaikat pula tidak pernah terlalai daripada tugas-tugas mereka. Tolonglah bertaubat.

Insafilah bahawa hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu jangan jadikan pemain-pemain tempatan MAS dijadikan pemain-pemain yang di simpan sebaliknya mereka hendaklah digarap, dimotivasikan, diangkat bagi menjulang martabat umat bukan membentangkan permaidani  merah kepada pemain-pemain import. Jangan gunakan: ‘ungkapan tidak dapat semua, jangan terlepas semua’. Ungkapan tersebut hanya sesuai kepada benda yang kita cari bukan benda yang dalam genggaman dan kawalan sendiri difaraidkan.  Tolong ingat sendiri.

Binalah negara bangsa secara kolektif, jangan berbisik-bisik, jangan ketepikan alim-ulama dan jemputlah mereka kerap berbinang bagai merungkai belenggu yang membelit kehidupan, jangan berpilih-pilih lambang, jika seseorang itu seorang ilmuan jemput sekali,  jangan sampai telah menjadi barah baharu hendak berubat maka anggaplah ia tiada nilai lagi bagi diri sendiri tetapi bagi individu lain akan berkata: ‘patah tumbuh hilang berganti.’ Jangan anggap apabila kita tiada maka sesuatu aktiviti itu tidak akan berjalan, bukan begitu, tetapi anggaplah bahawa kita yang diamanahkan mengalas negara bangsa adalah suatu tanggungjawab untuk melangsung kegemilangannya berterusan sepanjang kehidupan. Kerana ia adalah kehidupan kita, zaman kita dan kita memimpinnya:


‘Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,
sebelum ajal berpantang mati,
buang yang keruh ambil yang jernih baru terlepas dari belenggu si.
Umpama bilah atau lidi  yang terselat  pada dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga’.


Tolong jangan mencontohi kedajalan Amerika Syarikat bermain silap mata berkaiatan WTC, serangan kepada Hero Usamah Laden dan terkini menyorok MH370.

Belajarlah sebagai pelakun,  berlakun dalam cerita-cerita lakunana bukan mempersembahkan cerita-cerita karut dengan aksi-aksi mengarut, memaksa orang lain bersekongkol melakukan kedajalan.

Menjadilah manusia bukan manusia bertopeng-topeng segala.


A016


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?





No comments:

Post a Comment