Syaitan-syaitan mahir main silap
mata. Kemahiran mereka melakukan silap mata itu memang diakui oleh Islam.
Kadang-kadang dalam silap mata itu terdapat di dalamnya unsur-unsur memukau, kesihiran
dan kesyirikan kepada para hadirin yang
melihat dan mendengar hembusan-hembusan yang tersembur dari bibir-bibir mereka
yang telah dipraktis dan dipertunjukkan dalam bilik-bilik makmal yang tertutup.
Golongan-golongan tersebut memanfaatkan ilmu silap mata itu untuk tujuan
mendajal.
Hari ini, permainan silap mata
itu bukan sahaja diimplimentasikan dalam persekitaran kondusif menguntungkan golongan
dajal tetapi merobek akal-akal manusia yang mengetahui dan ingin mengetahui
tentang kedajalan itu diugut supaya tidak berbisik-bisik dan meuar-uarkan cerita-cerita
sebenar berkaitan kedajalan MH370
terperosok. Jika boleh tutup ceritanya, dan anggaplah ia tidak pernah
berlaku, buka cerita lain, biar para
panglipur lara sahaja bercerita rentak lagu-lagunya, begitulah sifat kedajalan
yang telah diserap oleh kesyaitanan dalam akal-akal mereka akibat bersekongkol
dengan kedajalan.
Apabila MH370 terperosok dalam
ilusi-ilusi kehidupan kedajalan menghidu lautan dalam di Laut Hindi kerana di
sana ada mutiara dan marjan, maka anak-anak watan yang bertugas di
kawasan-kawasan KLIA diugut seperti mana Amerika Syarikat mengugut
negara-negara merdeka dengan memberi kata dua; 'ikut kami atau menentang kami'.
Yang dajal pula bercakap: ‘tidak dibenarkan berakap tentang MH370 atau jika
didapati akan dibuang kerja’. Bukan itu sahaja tetapi dihadirkan pelbagai
karekter-karekter sebagai agen pandang dengar mengawasi kepada pekerja-pekerja
lapangan terbang di sana .
Akhirnya emas dalam bentuk jongkong dibawa terbang oleh pesawat AirAsia
diseludup ke India .
Apabila akal dan tindakan mereka
dikunci, maka dipecat hormat pula mereka. Bercakap akan dipecat dan tidak
berakap pun memang dipecat. Kesian mereka, MH370 terperosok di lautan dalam itu
tetapi manusia yang berada di daratan KLIA telah diberi kata dua. Barangkali kerana
kedajalan mengaburi kehidupan manusia yang celik menyuruh mereka mengikuti
kedunguan yang terpahat di dalam dirinya tetapi berusaha mengalihkan kepada
orang lain, seolah-olahnya kedajalan mereka itu tidak diperhatikan. Awas CCTV. Para malaikat pula tidak pernah terlalai daripada tugas-tugas mereka. Tolonglah bertaubat.
Insafilah bahawa hujan emas di
negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Oleh
itu jangan jadikan pemain-pemain tempatan MAS dijadikan pemain-pemain yang di
simpan sebaliknya mereka hendaklah digarap, dimotivasikan, diangkat bagi
menjulang martabat umat bukan membentangkan permaidani merah kepada pemain-pemain import. Jangan
gunakan: ‘ungkapan tidak dapat semua, jangan terlepas semua’. Ungkapan tersebut
hanya sesuai kepada benda yang kita cari bukan benda yang dalam genggaman dan kawalan
sendiri difaraidkan. Tolong ingat sendiri.
Binalah negara bangsa secara
kolektif, jangan berbisik-bisik, jangan ketepikan alim-ulama dan jemputlah
mereka kerap berbinang bagai merungkai belenggu yang membelit kehidupan, jangan
berpilih-pilih lambang, jika seseorang itu seorang ilmuan jemput sekali, jangan sampai telah menjadi barah baharu
hendak berubat maka anggaplah ia tiada nilai lagi bagi diri sendiri tetapi bagi
individu lain akan berkata: ‘patah tumbuh hilang berganti.’ Jangan anggap
apabila kita tiada maka sesuatu aktiviti itu tidak akan berjalan, bukan begitu,
tetapi anggaplah bahawa kita yang diamanahkan mengalas negara bangsa adalah
suatu tanggungjawab untuk melangsung kegemilangannya berterusan sepanjang
kehidupan. Kerana ia adalah kehidupan kita, zaman kita dan kita memimpinnya:
‘Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,
sebelum ajal berpantang mati,
buang yang keruh ambil yang jernih baru terlepas dari belenggu si.
Umpama bilah atau lidi yang
terselat pada dinding, dapat juga
diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga’.
Tolong jangan mencontohi kedajalan
Amerika Syarikat bermain silap mata berkaiatan WTC, serangan kepada Hero Usamah
Laden dan terkini menyorok MH370.
Belajarlah sebagai pelakun, berlakun dalam cerita-cerita lakunana bukan mempersembahkan
cerita-cerita karut dengan aksi-aksi mengarut, memaksa orang lain bersekongkol
melakukan kedajalan.
Menjadilah manusia bukan manusia
bertopeng-topeng segala.
Maka nikmat Tuhan kamu yang
manakah yang kamu dustakan?
No comments:
Post a Comment