Wednesday, 5 August 2015

DI PANTAI DALAM BESI KARAT PESAWAT



MAMAT TUA PENCARI BOTOL-BOTOL TERPAKAI
Pemecatan Muhyiddin Yassin telah membuka fikiran golongan dajal bagaimana kaedahnya untuk merungkai kemelut ilusi-ilusi kehidupan yang mendungu-dungu diri mereka. Bagi pencerahan kehidupan dapat berpaut pada dahan yang rapuh maka terpancurlah cerita-cerita pencarian besi karat pesawat di pantai yang indah di ‘far far away’ dalam kawasan jin-jin yang suka menyedut duit-duit amanah bangsa.

Pencarian besi karat peswat itu pula menyamai kepada pencari-pencari besi buruk dipelbagai kawasan dan tempat di negara ini. 


Pencari-pencari besi buruk itu bukan sahaja mencari besi-besi buruk yang terdedah pada pandangan, dibuang dan terselit-selit di sebalik timbunan-timbunan tetapi besi-besi yang belum berkarat, terpampang di hadapan mata dan melekat-lekat pada kedudukannya pun dikutip oleh mereka. Dicungkilnya, diumpilnya, diangkatnya besi-besi bergerigis, besi di garaj dan pintu rumah, besi tingkap rumah, longkang termasuklah dicurinya besi-besi penutup longkang, parit-parit kecil dan pagar-pagar penghadang jalan.

Tidak terkecuali juga dicurinya besi-besi landasan keretapi, tiang-tiang letrik dan kabel, kabel-kabel pencawang elektrik. Jika mereka berpeluang nescaya diintai-intainya untuk mendapat besi-besi jenis tembaga, lagilah seronok pengutip-pengutip besi buruk itu.

Pernah sebuah kawasan perumahan semasa hari raya aidilfitri  besi-besi yang menutup longkang-longkang perumahan itu habis dikebas. Mula-mula dikebasnya separuh pada hari kedua aidilfitri dan pada keesokan harinya pula diangkutnya selebihnya. Licin botak longkang-longkang itu ternganga disapu bersih oleh pengutip-pengutip besi buruk itu.

Satu lagi kumpulan pencari besi buruk adalah seperti bersifat telus dengan mencari besi-besi buruk di kawasan-kawasan bekas pembalakan kerana di sana banyaka besi buruk yang boleh dikutip oleh mereka sehingga sanggup merentas semula dan merintis kawasan-kawasan laluan hutan untuk mengeluarkan besi-besi buruk yang tersadai di hutan-hutan pedalaman itu. Kadang-kadang besi-besi buruk kapal-kapal laut terdampar dan ditinggalkan pun disapu bersih oleh mereka  yang penting besi-besi itu bernilai duit.

Berbeza juga dengan pengutip-pengutip pesawat besi karat yang ditemui terapung-apung di kawasan pantai ‘far far away’  terdampar bersama botol-botol seperti sifatnya baharu beberapa hari dicampak di pantai itu.  Besi karat pesawat itu pula kelihatan seperti besi buangan dan botol-botol bekas minuman masih kelihatan cantik seperti botol tersebut baru dibuang di sana. Dikumpul gabungkan barangan itu untuk kajian pakar-pakar kedajalan golongan dungu-dungu.

Jika dibuat kiraan 17 bulan terperosok didarabkan dengan bilangan hari sebulan maka akan didapati selama 510 hari. Agak-agaknya bagaimana rupa botol-botol yang terperosok selama 510 hari itu? Jangankan 510 hari, 30 haripun botol-botol yang terdedah kepada cahaya matahari, hujan panas dan bergelumang dengan air laut,  hodoh rupanya botol-botol itu. Tetapi mamat tua itu menjadikan viral bersamanya seperti baru beberapa hari digunakan. Mamat-mamat, patutlah engkau tua kerepot nak mati.

Mengapakah perkara itu berlaku? Puncanya kerana Amerika Syarikat tetap mendajal. Amerika Syarikat hanya  tersedar dari kedajalannya apabila pejuang-pejuang Daulah Islamiyah menamatkan ‘memanaskan badan mereka’ dan Amerika Syarikat menghargai nyawa orang lain sebagaimana ia menghargai nyawanya sendiri.

Selepas ini jika ada panglipur lara mengulas-ulas tentang besi karat pesawat yang terdampar di pantai itu akan dipampangkan ilusi-ilusi kedajalan mereka di halaman ini kerana ia adalah bisikan-bisikan kesyaitanan yang berbisik berterusan dalam kehidupan kedajalan, kedunguan.

Oleh itu dapatlah difahami secara ringkas gelagat-gelagat pencari-pencari suaka besi buruk itu, iaitu:


1. Pencari pesawat besi karat di ‘far far away’ di kawasan jin-jin menyedut duit amanah bangsa..
2. Pencari pesawat besi karat diuar-uarkan kepada golongan dungu-dungu, kedajalan mereka.
3. Pencari besi karat pesawat di pantai dirakamkan sambil mengangkat besi-besi karat itu.
4. Pencari besi karat pesawat ditunjuk publisiti kepada umum supaya menjadi viral, kononnya.
5. Pencari besi buruk diseluruh pelusuk daerah mencari-cari berulang-ulang.
6. Pencari besi buruk di kawasan-kawasan peninggalan pembalakan.
7. Pencari besi buruk di di kawasan-kawasan kapal-kapal laut terdampar dan ditinggalkan.
8. Pencari besi buruk dengan mencuri besi-besi longkang, pagar, pintu dan tingkap perumahan.
9. Pencari besi buruk dengan mencuri besi keretapi, tiang-tiang letrik dan kabel.
10.Pencari besi buruk dengan mencuri besi pelbagai jenis yang penting duit.


Menjadilah pencari besi yang ikhlas, berubahlah selepas  ini ya.


GAMBAR-GAMBAR PENCARI BARANGAN TERPAKAI 
TERMASUK TERPERANGKAP DALAM KANDANG BESI 







 










No comments:

Post a Comment