MAMAT TUA PENCARI BOTOL-BOTOL TERPAKAI |
Pencarian besi karat peswat itu
pula menyamai kepada pencari-pencari besi buruk dipelbagai kawasan dan tempat
di negara ini.
Pencari-pencari besi buruk itu bukan sahaja mencari besi-besi buruk yang terdedah pada pandangan, dibuang dan terselit-selit di sebalik timbunan-timbunan tetapi besi-besi yang belum berkarat, terpampang di hadapan mata dan melekat-lekat pada kedudukannya pun dikutip oleh mereka. Dicungkilnya, diumpilnya, diangkatnya besi-besi bergerigis, besi di garaj dan pintu rumah, besi tingkap rumah, longkang termasuklah dicurinya besi-besi penutup longkang, parit-parit kecil dan pagar-pagar penghadang jalan.
Pencari-pencari besi buruk itu bukan sahaja mencari besi-besi buruk yang terdedah pada pandangan, dibuang dan terselit-selit di sebalik timbunan-timbunan tetapi besi-besi yang belum berkarat, terpampang di hadapan mata dan melekat-lekat pada kedudukannya pun dikutip oleh mereka. Dicungkilnya, diumpilnya, diangkatnya besi-besi bergerigis, besi di garaj dan pintu rumah, besi tingkap rumah, longkang termasuklah dicurinya besi-besi penutup longkang, parit-parit kecil dan pagar-pagar penghadang jalan.
Tidak terkecuali juga dicurinya besi-besi
landasan keretapi, tiang-tiang letrik dan kabel, kabel-kabel pencawang
elektrik. Jika mereka berpeluang nescaya diintai-intainya untuk mendapat besi-besi
jenis tembaga, lagilah seronok pengutip-pengutip besi buruk itu.
Pernah sebuah kawasan perumahan
semasa hari raya aidilfitri besi-besi
yang menutup longkang-longkang perumahan itu habis dikebas. Mula-mula
dikebasnya separuh pada hari kedua aidilfitri dan pada keesokan harinya pula diangkutnya
selebihnya. Licin botak longkang-longkang itu ternganga disapu bersih oleh pengutip-pengutip
besi buruk itu.
Satu lagi kumpulan pencari besi
buruk adalah seperti bersifat telus dengan mencari besi-besi buruk di
kawasan-kawasan bekas pembalakan kerana di sana banyaka besi buruk yang boleh dikutip oleh
mereka sehingga sanggup merentas semula dan merintis kawasan-kawasan laluan
hutan untuk mengeluarkan besi-besi buruk yang tersadai di hutan-hutan pedalaman
itu. Kadang-kadang besi-besi buruk kapal-kapal laut terdampar dan ditinggalkan
pun disapu bersih oleh mereka yang
penting besi-besi itu bernilai duit.
Berbeza juga dengan
pengutip-pengutip pesawat besi karat yang ditemui terapung-apung di kawasan pantai ‘far far
away’ terdampar bersama botol-botol
seperti sifatnya baharu beberapa hari dicampak di pantai itu. Besi karat pesawat itu pula kelihatan seperti
besi buangan dan botol-botol bekas minuman masih kelihatan cantik seperti botol
tersebut baru dibuang di sana .
Dikumpul gabungkan barangan itu untuk kajian pakar-pakar kedajalan golongan
dungu-dungu.
Jika dibuat kiraan 17 bulan
terperosok didarabkan dengan bilangan hari sebulan maka akan didapati selama
510 hari. Agak-agaknya bagaimana rupa botol-botol yang terperosok selama 510
hari itu? Jangankan 510 hari, 30 haripun botol-botol yang terdedah kepada cahaya
matahari, hujan panas dan bergelumang dengan air laut, hodoh rupanya botol-botol itu. Tetapi mamat
tua itu menjadikan viral bersamanya seperti baru beberapa hari digunakan.
Mamat-mamat, patutlah engkau tua kerepot nak mati.
Mengapakah perkara itu berlaku? Puncanya
kerana Amerika Syarikat tetap mendajal. Amerika Syarikat hanya tersedar dari kedajalannya apabila
pejuang-pejuang Daulah Islamiyah menamatkan ‘memanaskan badan mereka’ dan Amerika
Syarikat menghargai nyawa orang lain sebagaimana ia menghargai nyawanya sendiri.
Selepas ini jika ada panglipur
lara mengulas-ulas tentang besi karat pesawat yang terdampar di pantai itu akan
dipampangkan ilusi-ilusi kedajalan mereka di halaman ini kerana ia adalah
bisikan-bisikan kesyaitanan yang berbisik berterusan dalam kehidupan kedajalan,
kedunguan.
Oleh itu dapatlah difahami secara
ringkas gelagat-gelagat pencari-pencari suaka besi buruk itu, iaitu:
1. Pencari
pesawat besi karat di ‘far far away’ di kawasan jin-jin menyedut duit amanah
bangsa..
2. Pencari
pesawat besi karat diuar-uarkan kepada golongan dungu-dungu, kedajalan mereka.
3. Pencari
besi karat pesawat di pantai dirakamkan sambil mengangkat besi-besi karat itu.
4. Pencari
besi karat pesawat ditunjuk publisiti kepada umum supaya menjadi viral,
kononnya.
5. Pencari
besi buruk diseluruh pelusuk daerah mencari-cari berulang-ulang.
6. Pencari
besi buruk di kawasan-kawasan peninggalan pembalakan.
7. Pencari
besi buruk di di kawasan-kawasan kapal-kapal laut terdampar dan ditinggalkan.
8. Pencari
besi buruk dengan mencuri besi-besi longkang, pagar, pintu dan tingkap
perumahan.
9. Pencari
besi buruk dengan mencuri besi keretapi, tiang-tiang letrik dan kabel.
10.Pencari
besi buruk dengan mencuri besi pelbagai jenis yang penting duit.
Menjadilah pencari besi yang
ikhlas, berubahlah selepas ini ya.
No comments:
Post a Comment