Tuesday, 4 August 2015

IS-IS MALAYSIA BERKUBUR



Caunter Bahagian Keganasan Bukit Aman telah melumpuhkan IS-IS yang cuba berkembang seperti kem tentera 5 minit dirompak selori senjata canggih dilarikan, atau/dan mendajal lagi dengan Pengganasan Lahad Datu. IS-IS itu pula beria-ia hendak mengebom Kuala Lumpur dan Putarajaya di mana ibu pejabat 1MDB dan pejabat kerajaan  beroparasi di situ. Barangkali golongan dajal melihat modus operandinya wajar ditonjolkan perkataan ‘Kuala Lumpur dan Putrajaya’ supaya golongan dungu-dungu melihat kedajalan itu suatu yang akan menghukum diri mereka kerana Allah s.w.t. memperkenankan kedajalan itu sehingga melekat pada tubuh-tubuh kedajalan mereka seperti berpenyakit barah yang sukar dipulihkan kecuali melalui pembedahan atau menunggu masa untuk mati. 

Jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t., mereka pula sempat bertaubat maka palitan kedajalan di dahi itu dipadamkan dengan digantikan dengan taubat nasuha. Tolong hentikan belajar kedajalan daripada Amerika Syarikat.

Kesan dari kedajalan itu, beberapa perniaga di negara jiran tidak berminat memegang duit ringgit berbanding dengan tahun lalu ringgit diminati oleh mereka tetapi kini pemegang duit ringgit diarah melakukan penukaran daripada ringgit kepada duit negara tersebut dipremis-premis pertukarang wang.  Kadang-kadang terfikir,  barangkali perkara-perkara itu ada kaitan dengan IS-IS yang mendajal dalam ilusi-ilusi kehidupan mereka. Tolong jangan mendajal dan menyalahkan IS-IS belasan tahun ya. Kesian mereka, sedang berjoging dicekup kerana merancang membuat bom belajar dari internet. Kesian kedajalan meresap dalam kehidupan yang Allah s.w.t. anugerahkan dengan kebenaran didajalkan. Menjadilah manusia, tolonglah jangan mendajal.

Apabila IS-IS merentas sempadan, mereka terpaksa berbelanja beribu-ribu seperti para suaka politik Rohingya yang miskin dikhabarkan membuat bayaran untuk sampai di Wang Kelian dengan jumlah ribuan dan mayat-mayat yang tidak sempat menghidu bumi bertuah itu, hanya sempat dipinggirannya sahaja,  dihidu pula mayat-mayat mereka oleh ‘pengali-pengali kubur’ tanpa menutup hidung-hidung mereka kerana semerbaknya wangian yang tersembur dari kuburan-kuburan yang diberkati itu.


Maka berkatlah orang yang hidup:

“Ya, Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia  dan sejahterakanlah serta ampunilah  dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskan tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”


Ditambah lagi kata-kata itu dengan:

“Ya Allah, janganlah kiranya pahala tidak sampai kepada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalnya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami kepada orang yang beriman. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga kesejahteraan, rahmat Allah, dan berkah-Nya tetap tercurahkan kepada Anda semua"


Sebelum meninggalkan majlis, berkata  lagi lelaki itu:

"Wahai Allah! Ampunilah kami, baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati, baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, baik yang kecil mahupun yang besar, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Wahai Allah! Siapa pun yang telah Engkau hidupkan di antara kami hidupkanlah dia dengan tetap beragama Islam, dan siapapun yang telah Engkau wafatkan di antara kami, wafatkanlah dia dalam keadaan beriman.

Wahai Allah! Sesungguhnya ini adalah hamba Engkau, anak kedua hamba Engkau, ia telah keluar dari kesenangan dunia, keluasannya, kekasih dan orang-orang yang dicintainya di dunia menuju gelapnya kubur dan sesuatu yang akan dia temui di dalamnya. Dia telah menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Engkau sendiri, tak ada sekutu bagi Engkau, dan bahwa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Engkau, dan Engkau lebih mengetahui hal itu daripada kami.

Wahai Allah! Sesungguhnya mayit ini datang kepada Engkau, sedangkan Engkau adalah sebaik-baik yang didatangi memerlukan akan rahmat Engkau, sedangkan Engkau tidak memerlukan terhadap siksanya. Kami benar-benar datang kepada Engkau, memohon kepada Engkau, sebagdi perantara baginya.
Wahai Allah! Jika mayit ini termasuk orang yang baik, maka tambahkanlah kebaikannya; Jika mayit ini termasuk orang yang jahat (jelek), maka bebaskan dia dengan sebab rahmat Engkau akan keridha'an Engkau, dan jauhkanlah dia dari fitnah kubur dan siksanya.

Dan luaskanlah kuburnya, renggangkanlah bumi dan kedua lambungnya, dan pertemukanlah dia dengan sebab rahmat Engkau akan keselamatan dari siksa Engkau, sehingga Engkau bangunkan dia dalam keadaan aman sampai ke surga Engkau berkat rahmat Engkau, wahai Zat Yang paling Pengasih di antara para pengasih."


Beberapa minit atau jam  pula seorang lelaki yang yakin kepada Allah s.w.t. dengan nada tegas berkata kepada tetamu-tetamunya di taman yang indah itu:

“Bismillahhir rahan nirrahim.

Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahan. Maha suci Allah yang telah mengatur manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diuji-Nya siapakh di antara manusia yang telah mengerjakan amal saleh dan membuat kebajikan, maka segala derma bakti dan hasil dari amalan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan tuhan. Setiap yang bernyawa  pasti akan merasai mati. Segala sesuatu yang lain daripada Allah Taala tetap akan rosak dan binasa. Kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah akan kembali sekalian kita, maka berbahagialah  sesiapa juga terselamat dan terlepas daripada azab api neraka dan seterusnya mendapat anugerah-Nya nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan semuanya hanya untuk sementara waktu jua.

Wahai ABDULLAH bin HAWA, wahai ABDULLAH bin HAWA, wahai ABDULLAH bin HAWA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai ABDULLAH bin HAWA, apabila datang kepada kamu dua orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai ABDULLAH bin HAWA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad s.a.w. nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
Malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
“La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai ABDULLAH bin HAWA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai ABDULLAH bin HAWA,
Bahawasanya mati ini adalah benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air nabi adalah benar,
Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan,
Kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad s.a.w.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin.”


Maka IS-IS Malaysia berkubur mengiringi kedajalan yang telah mati dibunuh.









No comments:

Post a Comment