Tuesday, 4 August 2015

TUA TIDAK SEDAR DIRI


Golongan tua yang masih aktif dalam dunia perkhidmatan awam sedarlah, jika masih menyedut duit-duit amanah bangsa. Amanahlah kerana ia tonggak kecemerlangan. Umur telah lanjut, kubur kata mari, rambut telah beruban, selera makan telah menurun, kekuatan seks telah mula menyusut, keupayaan bertindak mula merudum, nafsu serakah semakin berkobar-kobar sama ada nafsu hubbud dunia atau nafsu hubbud syahwat.. Menjadilah  manusia yang dibarakati pada akhir kehidupan dan tidak menjadi ungkitan kedajalan sepanjang hayat dikandung badan.

Pada akhir kehidupan, acapkalilah menguatkan tubuh badan dengan amalan-amalan kerohanian; melakukan kebajikan, mengeratkan silaturrahim dengan keluarga, kejiranan dan rakan taulan,. Mengulang-ulangi ikrar menjunjung agama Islam dan berusaha melaksanakan dengan keupayaan sebagai seorang tua, menginsafi dosa-dosa yang lalu, mengingati keperitan orang lain hasil dari kerja-kerja jahat tangan lembut dahulu, akal-akal yang mendajal dan tindakan-tindakan kesesatan, insafilah.

Binalah hidup baru seperti seorang bayi yang suci baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang berkorban untuk bayi-bayinya. Ingati dosa-dosa, ambil tindakan bertaubat, taubat nasuha, taubat dengan sebenar-benarnya. Jangan ulangi kedajalan-kedajalan yang lalu. Marilah kita sama-sama memhon kepada Allah Tuhan Semesta Alam, semoga permohonan kita itu diperkenankan oleh-Nya

Hidupkan diri dengan agama dan lipat gandakan amal ibadat sebagai teman hidup sebelum sampai masa nyanyuk, nyawa dihujung halkum dan taubat telah tertutup. Mohonlah kepada Allah Taala supaya kita memperolehi husnul-khatimah.

Dalam psikologi, tentang perkembangan manusia, umur manusia dikategorikan kepada beberapa selang waktu. Waktu-waktu itu pula adalah hasil daripada pemberitahuan oleh Islam dan pemerhatian tentang perkembangan-perkembangan manusian itu sendiri, antaranya;

Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan.
Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan
Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun
Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun
Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun
Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun
Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun
Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun
Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun
Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun
Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas.
Peringkat nyanyuk: dalam lingkungan selepas umur tua
Peringkat mati: diselenggarakan ditanam dalam bumi

Ingatlah firman Allah taala dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 54:



A054



“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”


Ingat pesanan Nabi Besar Muhammad Rasulullah s.a.w.:


خَيرُكم مَن طالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah".






No comments:

Post a Comment