Friday, 21 August 2015

ISLAM DAN PERSAUDARAAN




Islam mengikat seseorang  dengan iman. Pertautan tersebut kerana ada unsure-unsur akidah di dalam akal dan perasaan mereka. ia adalah asas pengikat antara manusia melalui hati, perasaan, akal dan tindakan mereka. Jalinan yang bertaut itu kekal sehinggalah gangguan-gangguan perosakkemanusiaan itu mula meresap kedalam jantung sebagimana meresapnya GST dalam harga-harganya. Ia bukan sahaja meresap di sana tetapi tempiasanya turut dirasai di dalam penyedutan nilai-nilai tambah barangan kemudian dialihkan daripada harga asalnya sebagi suatu strategic keuntungan.
Bersabda nabi s.a.w.:


“Ikatan iman yang paling kuat ilah kasih saying kerana Allah dan marah kerana Allah.” (Hadit diriwayat oleh iman Ahmad )


Islam adalah agama yang mengikat sendi-sendinya  supaya menjadi tunjang untuk memperkukuhkan binaannya dan mengeratkan hubungan antara pengikutnya. Umat Islam dan mereka yang berjinak-jinak dengan agama Islam, amat memerlukan ikatan-ikatan tersebut bagi mengukuhkan ikatan yang saling bertaut, bersimpul, mengingat antara satu sama lain supaya menjadi satu jasad padu, membina anggota badan yang berfungsi digerakkan dan menjadi mereka digelar manusia.


Kombinasi sendi-sendi itu, saling berkomunikasi, membina pautan dan apabila sesuatu sendi mengadu sakit maka akan terasa pula sendi-sendi yang lain kesakitannya.


Oleh itu, tanggungjawab dan hak-hak dalam persaudaraan itu menjadi suatu kewajiban yang sebenarnya bukan hanya sekadar dilontarkan  dalam bentuk kata-kata dibibir atau teori-teori yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi memadukan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah secara kat’ie.







No comments:

Post a Comment