
Bersabda nabi s.a.w.:
“Ikatan iman yang paling kuat
ilah kasih saying kerana Allah dan marah kerana Allah.” (Hadit diriwayat oleh
iman Ahmad )
Islam adalah agama yang mengikat
sendi-sendinya supaya menjadi tunjang
untuk memperkukuhkan binaannya dan mengeratkan hubungan antara pengikutnya.
Umat Islam dan mereka yang berjinak-jinak dengan agama Islam, amat memerlukan
ikatan-ikatan tersebut bagi mengukuhkan ikatan yang saling bertaut, bersimpul,
mengingat antara satu sama lain supaya menjadi satu jasad padu, membina anggota
badan yang berfungsi digerakkan dan menjadi mereka digelar manusia.
Kombinasi sendi-sendi itu, saling
berkomunikasi, membina pautan dan apabila sesuatu sendi mengadu sakit maka akan
terasa pula sendi-sendi yang lain kesakitannya.
Oleh itu, tanggungjawab dan
hak-hak dalam persaudaraan itu menjadi suatu kewajiban yang sebenarnya bukan
hanya sekadar dilontarkan dalam bentuk
kata-kata dibibir atau teori-teori yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi
memadukan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah secara kat’ie.
No comments:
Post a Comment