Wednesday, 5 August 2015

NEGARA MUDA, PEMIMPINNYA TUA



Usia muda dianggap berada pada paras 60 tahun ke bawah. Selepas umurnya mencecah 60 tahun dan ke atas ia dianggap telah berada dalam lingkungan warga tua. Suatu ukuran umur yang sedang dan akan mula menurun keupayaannya bergerak aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Jika kerja-kerja kebajikan pun sukar untuknya bergerak, maka untuk memimpin suatu ketumbukan tentera lagilah sukar kerana umurnya berada dalam lingkungan warga tua. 

Walau bagaimanapun; nasihat, perancangan, pengalaman dan pandangan golongan tersebut jangan diabaikan kerana ia ada nilai hikmah di sana. Maka kekalkan mereka menurut keupayaannya beraksi di medan lapangan.

Di Malaysia penjawat awamnya hanya berada pada takat 60 tahun. Selepas itu automatik gugur atau diberhentikan. Maka peluang golongan muda untuk memimpin sesuatu agensi kerajaan terbentang luas. 

Golongan muda-muda itu pula mahir berbahasa Arab, maka pegawai-pegawai Arab di 1MDB wajarlah direhatkan digantikan denagn anak-anak muda yang berwawasan ketelusan, mereka pula ada azam menjulang martabat umat, yang tua-tua berehatlah.  Mereka pula tidak tamak jawatan sehingga membolot pelbagai jawatan kerana di sana ada upah tambahan untuk membuncitkan perut. Allah Taala murka kepada golongan yang melampaui batas.

Malaysia masih dianggap negara muda kerana usianya baru 58 tahun dengan mengambil tempoh kelahairannya pada tahun 1957. Amerika Syarikat yang mengetuai pakatan Kuasa Bersekutu memusnahkan pakatan Kuasa Paksi pada tahun 1945 dianggap telah tua kerana usianya telah 70 tahun. Walaupun umurnya tua tetapi Amerika Syarikat tetap melakukan kedajalan dan kerap mencampuri privasi orang lain menyebabkan perlakuan-perlakuan Amerika Syarikat itu tidak digemari oleh mereka yang inginkan kebebasan. Antara sebab Amerika Syarikat mendajal kerana tiada pesaingnya di peringkat global. Ia mengawal faksi-faksi kedajalan. Rusia disekatnya. China dikepongnya. Negara umat Islam didajalnya. Ia berusaha menyibukkan negara-negara tersebut supaya mereka tidak bangkit membina kekuatan tersendiri.


Pandangan ulama tersohor Ibnu Taimiyah  wajar diperhatikan, ambil tindakan

Pesanan-pesanan Ibnu Taimiyah kurang diperhatikan oleh umat Islam. Peringatan-peringatannya seperti dijuling-julingkan, sebaliknya bisikan-bisikan merudum dengan tasauf kebatinan diangkat, berzikir munajat di tanah lapang mengarahkan orang awam mendapatkan barakahnya dimulai salat Maghrib berjamaah sehingga selesai, mereka pula suka kepada syiar-syiar yang dapat menghimpunkan umat setakat ini rekod perhimpunan yang belum dipecahkan lagi seramai 500,00 orang bersalawat munajat beramai-ramai.  Faksi-faksi kedajalan berpakat mengepong kehidupan umat Islam dari pelbagai penjuru. Pesanan keikhlasan dipekakkan, bisikan-bisikan kedajalan di dengar maka berleluasalah komplot kedajalan menguasai kehidupan. Al-Quran dan As-sunah dipertandingkan, dilagukan dan diagung-agungkan syiarnya tetapi pengajaran dan hukum hakam di dalamnya tidak dijadikan penghayatan hidup. Tidak disemai dalam kehidupan bernegara kerana dajal berperanan menghalang-halangi kehebatannya.

Negara yang hendak bangkit gagah sepanjang kehidupan, maka pemuda-pemudanya mesti berada dibarisan hadapan bergandingan dengan golongan dewasa. Menampilkan mereka sebagai penegak kehidupan dalam dunia nyata dan bukan menampilkan mereka sebagai ikon-ikon mengiakan ‘yes’ dalam bisikan-bisikan ilusi-ilusi kedajalam MH370 dan merehatkan golongan warga emas kerana metabolismenya, hormon-hormon di dalam badan mereka semakin menyusut dan jika dibiarkan dikhuatiri mendengar dan terkena bisikan-bisikan terpesong dari kebenaran, akhirnya tempoh masa mereka beruzlah amat singkat kerana kematian menanti mereka pada bila-bila masa sahaja sedangkan fikiran dan tindakan masih terikat dengan menebalkan kocek-kocek mereka. Jika mati hidup semula pun sampai bila-bila ia tidak akan mencukupi. Insaflah sebelum malaikat maut  menjemput kerana ketika itu tiada ampunan bagimu lagi.


Penyusunan semula potensi negara menjulang umat

Polisi-polisi yang tidak menguntungkan wajar dirombak dan diketepikan. Manakala yang mengangkat martabat bangsa wajar diketengahkan. Golongan warga tua wajar direhatkan dan para pelapis golongan muda digalakan memimpin negara. Potensi mereka wajar digarap. Tulang empat kerat mereka wajar dimanfaatkan, diketengahkan. Harapan negara terus menjulang meniti mercunya diamanahkan kepada golongan pemuda dan menjadikan golongan warga tua sebagai penasihat-penasihat yang mantap dan berwibawa. Jangan tamak dalam memboloti jawatan pelbagai nama sehingga jawatan-jawatan yang dipegang itu tempat duduknya sejuk memanjang kerana orang yang sama membolot jawatan-jawatan  tersebut. Menjadilah manusia yang amanah, telus dan memikirkan kaedah-kaedah membina dan menjulang negara bangsa. Jangan berada ditakuk lama.

Perjawatan dan pelbagai cabang agensi wajar dinilai semula; dicantumkan, diperkukuhkan, dilebarbesarkan, dinaik taraf, dihapuskan dan dijenamakan semula. Agensi-agensi yang berpotensi merudum diangkat semula, kurangkan ‘hangky-pangky’ dalam urusan pentadbiran, fokuskan dalam fikiran membina negara bangsa bukan memegang jawatan mencuri peluang dari jawatan-jawatan yang dijawat mengkaut harta-harta awam. Jangan menokok tambah nilai-nilai barangan; harga sebenar ditetapkan lebihannya masuk saku, hentikan mendajal. Telus dalam kehidupan. Amanah. Tidak bersifat berat sebelah, memilih klein dan menetapkan temujanji yang berbeza-beza. Akhirnya Islam kekal gemilang, tetapi sama ada penjawat selari menjulang kegemilangannya atau merudum bersama kedajalan. Bina negara menurut acuan Islam. Belajarlah dari ketelusan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, kini sedang menuju kearah kegemilangannya.


Elakkan penyimpangan pemegang amanah mencuri peluang 

Antara punca-punca kecacatan dalam hidup apabila penguasa-penguasa mengambil bahagian dalam perniagaan dan menfaraid-faraidkan  khazanah bangsa menurut proksi-proksinya. Agihan kehidupan tidak seimbang, ada tempatnya wajar menggunakan proksi tetapi  bukan sepanjang masa mengkabur-kabur kehidupan anak-anak bangsa.

Perancang-perancang berazam menjulang negara bangsa memikirkan bahawa orang tua-tua wajar menginsafi diri jangan sampai disumpah disambar petir dan bencana-bencana alam timpa-menimpa, elakkan sumpahan-sumpahan kedajalan itu mengenai diri. Pihak pemerintah wajar menyediakan dana untuk menangani masalah hidup warga tua ketika sisa-sisa kehidupan mereka memerlukan ‘hadiah hidup daripada negara’ dan golongan gelendangan yang berpelesiran mengharapkan ihsan tempat berteduh supaya munajat mereka sampai kepada pemimpin-pemimpin bersimpati kepada kehidupan dan bukan hembusan-hembusan sebaliknya. Tolong insafi, ingati keringat-keringat muda mereka membina negara bangsa, jangan sampai keperitan hidup lalu menadah tangan sebelum sesuatu musnah kerana kesannya menimpa meratai kepada semua golongan.

Tolong jangan tamak dalam kehidupan, jika engkau mati harta-harta itu direbut-rebut oleh manusia yang hidup. Matipun sukar, hidup lagi menyakitkan. Faham ya.

Pada teori/praktiknya penjawat awam sehingga 60 tahun sahaja tetapi pada parktisnya ia boleh diubah-ubah dan berubah sehingga tidak berupaya berjalan pun masih menjawat.







No comments:

Post a Comment