Walau bagaimanapun; nasihat, perancangan, pengalaman dan pandangan golongan tersebut jangan diabaikan kerana ia ada nilai hikmah di
Di Malaysia penjawat awamnya
hanya berada pada takat 60 tahun. Selepas itu automatik gugur atau diberhentikan.
Maka peluang golongan muda untuk memimpin sesuatu agensi kerajaan terbentang
luas.
Golongan muda-muda itu pula mahir berbahasa Arab, maka pegawai-pegawai Arab di 1MDB wajarlah direhatkan digantikan denagn anak-anak muda yang berwawasan ketelusan, mereka pula ada azam menjulang martabat umat, yang tua-tua berehatlah. Mereka pula tidak tamak jawatan sehingga membolot pelbagai jawatan kerana disana ada upah tambahan untuk membuncitkan
perut. Allah Taala murka kepada golongan yang melampaui batas.
Golongan muda-muda itu pula mahir berbahasa Arab, maka pegawai-pegawai Arab di 1MDB wajarlah direhatkan digantikan denagn anak-anak muda yang berwawasan ketelusan, mereka pula ada azam menjulang martabat umat, yang tua-tua berehatlah. Mereka pula tidak tamak jawatan sehingga membolot pelbagai jawatan kerana di
Pandangan ulama tersohor Ibnu Taimiyah wajar diperhatikan, ambil tindakan
Pesanan-pesanan Ibnu Taimiyah kurang
diperhatikan oleh umat Islam. Peringatan-peringatannya seperti dijuling-julingkan,
sebaliknya bisikan-bisikan merudum dengan tasauf kebatinan diangkat, berzikir
munajat di tanah lapang mengarahkan orang awam mendapatkan barakahnya dimulai
salat Maghrib berjamaah sehingga selesai, mereka pula suka kepada syiar-syiar
yang dapat menghimpunkan umat setakat ini rekod perhimpunan yang belum
dipecahkan lagi seramai 500,00 orang bersalawat munajat beramai-ramai. Faksi-faksi kedajalan berpakat mengepong
kehidupan umat Islam dari pelbagai penjuru. Pesanan keikhlasan dipekakkan,
bisikan-bisikan kedajalan di dengar maka berleluasalah komplot kedajalan
menguasai kehidupan. Al-Quran dan As-sunah dipertandingkan, dilagukan dan
diagung-agungkan syiarnya tetapi pengajaran dan hukum hakam di dalamnya tidak
dijadikan penghayatan hidup. Tidak disemai dalam kehidupan bernegara kerana
dajal berperanan menghalang-halangi kehebatannya.
Negara yang hendak bangkit gagah
sepanjang kehidupan, maka pemuda-pemudanya mesti berada dibarisan hadapan
bergandingan dengan golongan dewasa. Menampilkan mereka sebagai penegak kehidupan
dalam dunia nyata dan bukan menampilkan mereka sebagai ikon-ikon mengiakan
‘yes’ dalam bisikan-bisikan ilusi-ilusi kedajalam MH370 dan merehatkan golongan
warga emas kerana metabolismenya, hormon-hormon di dalam badan mereka semakin
menyusut dan jika dibiarkan dikhuatiri mendengar dan terkena bisikan-bisikan
terpesong dari kebenaran, akhirnya tempoh masa mereka beruzlah amat singkat
kerana kematian menanti mereka pada bila-bila masa sahaja sedangkan fikiran dan
tindakan masih terikat dengan menebalkan kocek-kocek mereka. Jika mati hidup
semula pun sampai bila-bila ia tidak akan mencukupi. Insaflah sebelum malaikat
maut menjemput kerana ketika itu tiada
ampunan bagimu lagi.
Penyusunan semula potensi negara menjulang umat
Polisi-polisi yang tidak menguntungkan
wajar dirombak dan diketepikan. Manakala yang mengangkat martabat bangsa wajar
diketengahkan. Golongan warga tua wajar direhatkan dan para pelapis golongan
muda digalakan memimpin negara. Potensi mereka wajar digarap. Tulang empat
kerat mereka wajar dimanfaatkan, diketengahkan. Harapan negara terus menjulang
meniti mercunya diamanahkan kepada golongan pemuda dan menjadikan golongan
warga tua sebagai penasihat-penasihat yang mantap dan berwibawa. Jangan tamak
dalam memboloti jawatan pelbagai nama sehingga jawatan-jawatan yang dipegang itu
tempat duduknya sejuk memanjang kerana orang yang sama membolot
jawatan-jawatan tersebut. Menjadilah
manusia yang amanah, telus dan memikirkan kaedah-kaedah membina dan menjulang
negara bangsa. Jangan berada ditakuk lama.
Perjawatan dan pelbagai cabang
agensi wajar dinilai semula; dicantumkan, diperkukuhkan, dilebarbesarkan, dinaik
taraf, dihapuskan dan dijenamakan semula. Agensi-agensi yang berpotensi merudum
diangkat semula, kurangkan ‘hangky-pangky’ dalam urusan pentadbiran, fokuskan
dalam fikiran membina negara bangsa bukan memegang jawatan mencuri peluang dari
jawatan-jawatan yang dijawat mengkaut harta-harta awam. Jangan menokok tambah
nilai-nilai barangan; harga sebenar ditetapkan lebihannya masuk saku, hentikan
mendajal. Telus dalam kehidupan. Amanah. Tidak bersifat berat sebelah, memilih
klein dan menetapkan temujanji yang berbeza-beza. Akhirnya Islam kekal
gemilang, tetapi sama ada penjawat selari menjulang kegemilangannya atau
merudum bersama kedajalan. Bina negara menurut acuan Islam. Belajarlah dari
ketelusan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, kini sedang menuju kearah
kegemilangannya.
Elakkan penyimpangan pemegang amanah mencuri peluang
Antara punca-punca kecacatan dalam
hidup apabila penguasa-penguasa mengambil bahagian dalam perniagaan dan
menfaraid-faraidkan khazanah bangsa
menurut proksi-proksinya. Agihan kehidupan tidak seimbang, ada tempatnya wajar
menggunakan proksi tetapi bukan
sepanjang masa mengkabur-kabur kehidupan anak-anak bangsa.
Perancang-perancang berazam menjulang
negara bangsa memikirkan bahawa orang tua-tua wajar menginsafi diri jangan
sampai disumpah disambar petir dan bencana-bencana alam timpa-menimpa, elakkan
sumpahan-sumpahan kedajalan itu mengenai diri. Pihak pemerintah wajar
menyediakan dana untuk menangani masalah hidup warga tua ketika sisa-sisa
kehidupan mereka memerlukan ‘hadiah hidup daripada negara’ dan golongan
gelendangan yang berpelesiran mengharapkan ihsan tempat berteduh supaya munajat
mereka sampai kepada pemimpin-pemimpin bersimpati kepada kehidupan dan bukan
hembusan-hembusan sebaliknya. Tolong insafi, ingati keringat-keringat muda
mereka membina negara bangsa, jangan sampai keperitan hidup lalu menadah tangan
sebelum sesuatu musnah kerana kesannya menimpa meratai kepada semua golongan.
Tolong jangan tamak dalam
kehidupan, jika engkau mati harta-harta itu direbut-rebut oleh manusia yang
hidup. Matipun sukar, hidup lagi menyakitkan. Faham ya.
Pada teori/praktiknya penjawat awam
sehingga 60 tahun sahaja tetapi pada parktisnya ia boleh diubah-ubah dan
berubah sehingga tidak berupaya berjalan pun masih menjawat.
No comments:
Post a Comment