Tuesday, 26 January 2016

VIDEO PENYERANG PARIS DIKELUARKAN



Video penyerang Paris dikeluarkan

26 Januari 2016 12:23 AM

Video yang dikeluarkan militan IS menunjukkan tujuh daripada sembilan anggota kumpulan itu yang didakwa terlibat dalam serangan di Paris pada November lalu. Dari kiri, Abu Qital al-Faransi, Abu Mujaed Al-Baljiki, Abu Rayyan Al-Faransi, Ukashah Al-Iraqi’, Ali Al-Iraqi, Abu Fu’ad Al-Faransi dan gambar bawah dikenali sebagai Abul Qa’Qa’ Al-Baljiki. – Reuters

BEIRUT 25 Jan. – Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam, mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan sembilan anggota kumpulan militan itu yang terlibat dalam serangan di Paris pada November lalu yang mengorbankan 130 orang, di mana mereka turut mengancam negara ‘yang menyer­tai pakatan’ termasuk Britain.

Video tersebut yang disiarkan di laman web dan diberi tajuk ‘Bunuh siapa sahaja yang kamu temui’ itu menunjukkan empat rakyat Belgium, tiga rakyat Perancis dan dua warga Iraq dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Dalam video tersebut, kumpulan militan IS yang bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab memberitahu bahawa ‘pesanan itu dikeluarkan kepada semua negara yang menyertai pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS)’ dalam pertempuran di Syria dan Iraq sejak September 2014.

Video itu juga menunjukkan gambar Perdana Menteri Britain, David Cameron bersama slogan dalam bahasa Inggeris ‘sesiapa yang berdiri dalam keadaan kufur akan menjadi sasaran kami’.

Video yang dihasilkan oleh Pusat Media Al-Hayat IS itu menyifatkan sembilan anggota itu sebagai ‘singa’ yang membawa Perancis kepada kekalahan.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa gambar serangan di Paris serta operasi keselamatan oleh pasukan khas Perancis semasa serangan.

Malah turut disiarkan sembilan anggota militan IS yang melakukan kekejaman termasuk memenggal kepala tahanan dan menembak tebusan. – AFP







No comments:

Post a Comment