Wednesday, 20 January 2016

SEMAK BAJET 2016 : KERAJAAN DAN KABINET DAPUR NAJIB LEMAH



Semak Bajet 2016 : Kerajaan Dan kabinet Dapur Najib Lemah       

Posted on Wednesday, January 13 @ 15:41:22 MYT by paktam

Penulis Tamu
Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Baru setengah bulan tahun 2016 bajet tahun ini sudah terpaksa disemak semula dan dibaiki. Langkah ini terpaksa dilakukan apabila kejatuhan harga minyak yang makin parah pada kedudukan harga USD32 satu tong. Dijangka harga minyak akan terus jatuh hingga pada kedudukan harga USD20 satu tong.

2. Persoalannya, kenapa kerajaan begitu lemah sewaktu merangka bajet 2016 dengan bersandarkan pada harga minyak USD48 satu tong, pada hal dunia sedang menyaksikan penurunan harga minyak pada waktu itu dan sejak hujung tahun 2014 lagi?

Seingat saya bajet 2015 juga terpaksa semak semula kerana kelemahan dan kegagalan dalam merangka bajet tanpa mengambil kira trend sebenar penurunan harga minyak.

3. Malaysia mempunyai dua orang menteri kewangan, dua orang timbalan menteri kewangan, Bank Negara, Jawatankuasa Pemandu, Petronas dan berbagai institusi kerajaan yang sepatutnya membekalkan maklumat dan nasihat yang benar dan tepat. Atau Malaysia hanya ada Menteri Kewangan yang makan gaji buta?

4. Bila bajet 2016 nak disemak semula, kerajaan pun memberi alasan ini disebabkan oleh faktor luaran iaitu kejatuhan harga minyak dunia. Sepatutnya jika kerajaan daripada awal dapat membaca trend penurunan harga minyak tiadalah keperluan untuk semak semula bajet 2016. Sepatutnya jika kerajaan daripada awal melihat trend penurunan harga minyak dunia, tidak salah kalau kerajaan bersandarkan bajet 2016 pada harga minyak dunia sekitar USD25-30 satu tong.

5. Bagi saya adalah lebih baik kalau kerajaan buat unjuran pada harga yang lebih rendah, kerana kalau harga minyak dunia naik pada paras harga melebihi harga unjuran maka dia adalah bonus untuk negara. Kegagalan mengunjurkan bajet pada jangkaan penurunan harga minyak dunia yang sebenar menunjukkan kita menghadapi faktor kelemahan dalaman dalam merangka bajet yang bersandarkan pada unjuran pendapatan pada harga minyak dunia.

6. Inilah "Malaysia Boleh" yang mempunyai jumlah anggota kabinet melebihi negara maju yang mempunyai penduduk yang jumlahnya jauh lebih besar daripada Malaysia. Tetapi negara Malaysia hanya memiliki KABINET DAPUR yang dipenuhi dengan lipas dan tikus yang menggigit sabun cap kapak.

MALAYSIA BOLEH,MALAYSIA HABIS.


DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

13 Januari 2016/3 Rabiulakhir 1437H.



No comments:

Post a Comment