NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 5 June 2015

1MDB MENJULANG, MH370 MERUDUM



1MDB melakukan pelaburan yang menjanjikan keuntungan. Keuntungannya berlipat ganda. Ia untung kerana semua transaksinya dikawalselia oleh pegawai-pegawai yang berkaliber. Daripada seorang Perdana Menteri sehinggalah kepada pegawai-pegawai prihatin dengan pengurusan pelaburan yang dikenali sebagai 1MDB yang menguntungkan.

Kehebatan 1MDB itu ia bermodal besar, membuat pembelian-pembelian dengan harga yang minimum, boleh dijual dengan harga-harga maksimum kerana pasaran hartanah dan pelaburan-pelaburan yang senentiasa meningkat harganya dari semasa ke semasa. Hartanah pula tidak menyusut. Ia pula dijamin oleh pemerintah kerana ahli lembaganya terdiri daripada pegawai-pegawai pemerintah dan bergabung dengan pegawai-pegawai dari Qatar.

Kadang-kadang pelaburan-pelaburan yang berskala besar biasanya diuruskan oleh syarikat-syarikat pemerintah tetapi berbeza dengan 1MDB ia diuurus oleh pegawai-pegawai dua buah negara; Malaysia dan Qatar, pusat operasinya di Malaysia.

Sukar untuk diperincikan tentang operasi 1MDB dan keuntungan-keuntungan yang diperolehinya sejak ia ditubuhkan. Jika syarikat-syarikat lain mereka akan diaudit setiap tahun dan selepas itu jika ada keuntungan daripada operasi mereka maka LHDN akan mengutip hasil-hasilnya sebagai cukaian yang wajib dikenakan kepada mereka setiap tahun.

Dengan keuntungan yang berganda-ganda itu, maka 1MDB telah mempunyai hartanah-hartanah yang berlipat ganda nilainya kerana  modalnya besar, pelaburannnya dikenal pasti menguntungkan, dan jaminan pemerintah padu seratus peratus.


MH370 kabur bersama Abu Nawas

MH370 seperti si celik menjadi buta. Buta bukan sahaja pancainderanya tetapi buta dari segi mengenali sifat-sifat ketauhidan, buta dari segi mengenali kebenaran, buta dari segi menyangkal kedajalan dan buta  kerana bersekongkol dengan kepalsuan.

Apabila MH370 dalam kekaburan, ia sukar dicerahkan maka sukar untuk kelihatan dizahirkan walaupun pihak Australia menyatakan bahawa MH370 terperosok di selatan Lautan Hindi di lautan dalam  sebagaimana golongan dungu-dungu bercerita tentang dunia ilusi-ilusi kehidupan mereka. Jika suatu hari nanti lahir seorang atau beberapa orang Abu Nawas maka beliau akan menemuramah golongan dungu-dungu yang berada dalam ilusi-ilusi kehidupan itu, dengan beberapa pertanyaan:


“Adakah pencarian MH370 diteruskan?

“Kita akan perluaskan kawasan pencarian”

“Bagaimanakah usaha-usaha pencarian ketika ini?”

“Kita tidak akan berputus asa, pencarian diteruskan.”

“Dimanakah sebenarnya MH370 terperosok?”

“Kita akan cari sampai ditemui.”

 “Berapakah tuntutan diminta oleh dajal akibat kekaburan MH370?”

“Kos-kos ditanggung sendiri.”

“Apakah kaitan 1MDB menjulang, MH370 merudum.”

“Tiada komen.”


  









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”