Madiha Abdullah, Astro Awani |
Kemas kini: Jun 03, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 03, 2015
15:43 MYT)
Mereka membuat kesimpulan bahawa
pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibedil sebuah peluru berpandu yang lebih
tua usianya yang digunakan oleh Ukraine .
Mikhail Malyshevsky, penasihat
kepada Pengarah Besar syarikat pembuatan tersebut, berkata dalam satu sidang
akhbar bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan penilaian pada gambar bangkai
pesawat yang didedahkan kepada umum, lapor AP.
Malyshevsky berkata lubang-lubang
pada beberapa bahagian kapal terbang itu konsisten dengan satu contoh spesifik
peluru berpandu Buk dan kepala peledaknya.
Setiap subjenis Buk tersebut
dilengkapi kepala peledak dengan serpihan bom dengan bentuk yang khusus.
Variasi peluru berpandu ini hanya
terdapat di kem tentera Ukraine ,
kata Pengarah Almaz Antey, Yan Novikov.
Novikov turut memaklumkan, Ukraine
memiliki sejumlah 991 misil seumpamanya pada tahun 2005.
Novikov dipetik The Guardian
sebagai berkata Almaz-Antey bersedia untuk memperbuat semula insiden nahas,
“walaupun melibatkan kos yang besar”, untuk membuktikannya selain menjemput
pemerhati antarabangsa untuk turut mengambil bahagian.
“Mereka mungkin akan membeli
sebuah pesawat yang tidak digunakan lagi, terbangkannya menggunakan sistem
pandu auto, dan kemudian menembaknya jatuh di tapak ujian ketenteraan,” kata
Igor Korotchenko, seorang penganalisis pertahanan Rusia.
“Matlamatnya untuk mendapatkan
semua sudut dan menunjukkan kerosakan yang dialami.”
Rusia sebelum ini menafikan
mereka adalah punca pesawat malang
itu terhempas dan mengorbankan 298 orang pada Julai tahun lalu.
No comments:
Post a Comment