Anak-anak
yang belum mumaiyiz dikatakan kanak-kanak. Mereka banyak bergantung harap
kepada penjaganya. Kanak-kanak tabiatnya suka bermain. Permainan yang digemari
yang mempunyai unsur-unsur mencabar, kreatif dan pergerakan agresif. Mereka
bukan hanya berminat permainan di taman, padang, masjid, surau, madrasah,
sekolah, rumah tetapi juga permainan air dan kapal terbang. Mereka suka
permainan kerana naluri kanak-kanak memang terarah kepada perkembangan dan
pertumbuhannya. Oleh itu, ibu bapa wajar memahami dan jangan menyekat
kreativiti, keaktifan, perkembangan dan keceriaan yang mereka miliki kerana
jika dihalang akan membantutkan potensi dan keberaniaan mereka.
Manakala
kanak-kanak perempuan suka kepada sifat-sifat keibuan, main masak-masak,
berbedak, dimanja, dibelai dan minta perlindungan.
Ada
ibu bapa tidak perasan, mereka mengekang potensi anaknya. Mereka beranggapan
apabila kanak-kanak bermain, lasak, berkejar-kejar, bergusti, bergaduh; meremaskan,
mengganggu dan buang masa - bising. Sebenarnya jangan melarang anak-anak ketika
mereka sedang mengasah potensi disamping memang tabiatnya begitu, boleh
membantut bakatnya. Jika melarang juga
gunakan inisiatif yang tidak menganggu emosinya. Apabila anak-anak melihat
cerita-cerita tahyul dan seram; mereka diugut, ditengking, dimarahi dan
ditakut-takutkan dengan cerita-cerita wayang itu. Kesannya psikologi kanak-kanak
akan terganggu, emosinya terbantut dan akalnya tersentak. Akibatnya amat
dahsyat untuk jangka panjang.
Pada satu peringkat, keceriaan
anak-anak akan hilang, jiwa, perasaan dan tindakan mereka akhirnya akan
mengecut dan menikus. Perkara ini amat membahayakan kepada mereka dan ibu bapa.
Untuk memulihkan potensi kanak-kanak
bukanlah kerja yang mudah. Ada ketikanya ia pulih secara semula jadi, ada pula
terpaksa melalui proses pemulihan, galakan, bangkitkan semangat semula, bantu kembangkan
potensi mereka. Tidak dinafikan kanak-kanak yang menjadi mangsa ibu bapa;
didera, tertekan, terpinggir dan pelbagai unsur-unsur negatif yang menjadikan
kanak-kanak itu menjadi terlebih nakal dan jahat.
Perangai
kanak-kanak dikenali melalui wata-watak mereka:
1.
Aktif
2.
Bengang.
3.
Bergaduh.
4.
Bermain.
5.
Ceria.
6.
Jahat.
7.
Kesakitan.
8.
Ketawa.
9.
Lembab.
10.
Marah.
11.
Menangis.
12.
Mendendam.
13.
Mengacah-acah.
14.
Mengingat.
15.
Merajuk.
16.
Minta
simpati.
17.
Nakal.
18.
Pasif
- dungu.
19.
Proaktif.
20.
Pucat.
21.
Risau.
22.
Sedih.
23.
Sensitif.
24.
Dan
pelbagai watak lagi.

.jpg)
d.jpg)
h.jpg)
m.jpg)

.jpg)





















































































No comments:
Post a Comment