Nyenyak tidur ya. |
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan
kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi
segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama
tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya
menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi
Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan
syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli
neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu
dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.” (H.R. Imam Bukhari dan Muslim)
Ya
Allah,
Ya
Tuhan kami,
Wahai
yang menguasai langit dan bumi,
Wahai
yang menghidup dan memati,
Wahai
yang menentukan waktu dan musim,
Wahai
yang ditujukan tasbih dan tahmid oleh roh-roh langit dan bumi,
Wahai
yang berkehendak cahaya dan gelap di langit dan bumi,
Wahai
yang mengasihi makhluk di langit dan bumi,
Wahai
yang mengetahui dan menyimpan rahsia langit dan bumi,
Wahai
yang memiliki wasiat.
Ya Allah.
Ya
Allah,
Ya Tuhan kami,
Kami
mohon agar engkau menyingkap kehendakmu di bumi,
Engkau
menunaikan segala harapan,
Sesungguhnya
engkau berkuasa memanjangkan umur,
Kepada mereka yang ingin panjang umur,
Engkau
menghukum dengan penuh keadilan menurut tahap kemampuan manusia,
Yang melakukan dosa-dosa,
Tiada
yang mampu menembusi rahsia-rahsiamu,
Dosa apakah yang kami lakukan?,
Sehingga keras membatu daki yang sukar dihapuskan,
Atau kezaliman membaling batu sembunyi tangan,
Ampunilah
dosa-dosa yang hambamu lakukan,
Terimalah
taubat mereka,
Sekiranya
engkau murka,
Janganlah
seksa kami kerana dosa-dosa mereka,
Engkaulah
ketua segala Tuhan,
Ya
Tuhan kami,
Sayang-sayang, tidur ya. |
Sila layari pautan berikut:
No comments:
Post a Comment