NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 1 April 2014

RUSIA MENANG DIPLOMASI



Rusia telah memeluk Crimea. Pelukannya seerat seorang ibu memeluk bayinya yang disayangi – comel. Lebih  comel daripada bayi-bayi lain, tetapi Crimea bukan seorang bayi tetapi ia lebih daripada itu kerana di situ telah dipasak akarnya seteguh tanah genting Perekop, gagah, megah dan menjadi kebanggaan Rusia. Sukar digegar. Jangan diusik, jika tidak padah akibatnya dan silap langkah maut mengenai jantung. Rusia tidak perlu memerah tenaga dan membazir peluru untuk merangkul Crimea kerana ia memiliki kehebatan.

Kini Rusia terus memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja di Crimea tetapi juga meletakkan ketumbukan tenteranya di sepanjang sempadan antara negaranya dengan Ukraine. Dengan berbuat sedemikian tidak semestinya Rusia memasuki Ukraine kerana hubungan baik Rusia dengan ketenteraan Ukraine ibarat kuku dengan isi. Ketenteraan Ukraine lebih memahami ketenteraan Rusia dan demikian juga ketenteraan Rusia lebih  memahami ketenteraan Ukraine berbanding ketenteraan negara lain, walaupun ahli politiknya mungkin berbeza fahaman tetapi itulah realiti ketenteraan. Latihan, peralatan, taktikal, budaya, kekuatan, kepakaran memang saling difahami oleh kedua-dua ketenteraan Ukraine dan Rusia.

Dalam kedudukan rakyat yang berbelah bahagi disebabkan oleh pendekatan aliran politik, golongan berpendidikan Barat dengan jati diri ahli politik berfahaman Timur meletakkan Ukraine berada dalam jurang pemisahan; dua blok, dua fahaman, dua kepentingan dan dua yang berbeza-beza. Perkara ini berlaku apabila mantan Presiden Viktor Yanukovyck disingkirkan melalui demotrasi ganas dan digantikan oleh golongan prodemontrasi.

Ketika melakukan undian penyingkiran Viktor Yanukovyck di Parlimen, peratusan yang menyokong majoriti dengan sentimen prodemontrasi dan meredakan keadaan tanpa kehadiran Viktor Yanukovyck. Pertembungan tersebut menyediakan perebutan jawatan yang akan berlanjutan yang sukar diramal pada ketika ini tetapi yang pasti ia belum berakhir. Kita berharap Ukraine tidak akan terbelah dua; sebahagian di sebelah Barat dan sebahagian lagi di sebelah Timur. Rusia wajar menangani masalah tersebut dengan cara terbaik. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak       


Walau bagaimanapun Rusia telah memenangi perang diplomasi.


Pada kedudukan kini, Rusia wajar proaktif supaya kewajaran menangani krisis Ukraine melalui jalan terbaik walaupun mungkin Ukraine tidak berhasrat duduk di dalam blok Rusia lagi tetapi setidaak-tidaknya penduduk Ukraine lebih berpaut kepada kebergantungan mereka kepada Rusia. Dalam keadaan beberapa negara Eropah sedang berhempas-pulas menghadapi hutang dan ekonomi yang sukar maka Rusia mesti mengambil peluang tersebut tanpa memuntahkan peluru,  dan dalam tempoh yang sama rakyat Ukraine akan melambai-lambai kepadanya dengan penuh keriangan dan kehibaan, kerana kehebatannya menggunakan diplomasi. Maka, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:


  1. Keperluan asasi rakyat Ukraine melalui Rusia berfungsi/disalurkan seperti biasa.

  1. Sumber sedia ada perlu distrukturkan semula.

  1. Jika musuh tidak menghulur tangan tetapi tetap menghormati Rusia.

  1. Kedudukan Rusia mantap, negara Eropah menghulur tangan persahabatan.

  1. Rusia dihormati oleh kawan dan lawan.

Strategi yang digunakan oleh Rusia pada ketika ini, merupakan keberhasilannya bersabar kerana sebahagian anggota bersenjata Ukraine lebih selesa bersama rakan-rakan mereka di Rusia berbanding dengan negara lain. Perkara ini boleh dilihat melalui kecerdikan Rusia mengendali, mengambilalih dan peralihan kuasa dengan selesa di Crimea. Pihak penentang Rusia hanya mampu berkokok sahaja, tanpa mampu berbuat sesuatu kerana Rusia memiliki kehebatan. Ini satu contoh terbaik pernah saya saksikan.

Walaupun Rusia memiliki kehebatan, tetapi masih dianggap pincang kerana elemen-elemen terbaik yang dimiliki Rusia terhijab. Untuk merungkainya Rusia mesti berbaik-baik dengan umat Islam. Rusia mengeratkan hubungan baik dengan negara-negera Islam sebagaimana Amerika Syarikat mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Islam. Di samping Amerika Syarikat bersahabat dengan pelbagai negara dan pejuang-pejuang; Rusia juga mesti berbaik-baik dengan pejuang-pejuang Taliban, Al-Qaeda dan Al-Shabaab yang mereka juga ingin kehidupan sama seperti negara-negara lain, aman damai, hidup dengan selesa seperti masyarakat dunia yang bernaung di bawah panji-panji PBB - Khalimah Tauhid.

Di samping mempunyai negara rakan di Eropah, Asia, Timur Tengah, Afrika, Amerika Selatan; Rusia juga wajar menambah rakan dagang dari Asia Tenggara, negara-negara Islam, negara-negara Afrika Utara supaya kehebatan Rusia dapat digembleng, dimanfaatkan kerana kehebatan yang bertahan akan mudah goyang kecuali membina rangkaian dan kekuatan mantap.

Rusia wajar meneliti sejarah bahawa umat Islam setia dengan janji, tidak mungkir janji tiada komplot, saling bekerjasama, sama ada dalam keadaan aman atau ketika keadaan genting seperti ketika ‘krisis Ukraine’. Berpegang dengan ikrar dan persetujuan. Ia bukan sahaja dipersetujui oleh pemerintah tetapi diaku terima oleh rakyat yang patuh dengan agama Islam. Fahamilah Islam kerana ia membawa kepada keamaanan dan kekuatan.

Untuk memahami Islam tidak sukar;  meneliti, mentelaah dan mengoreksi Al-Quran, Sunah Rasullullah dan kehidupan Para Sahabat. Bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada individu yang dihormati bukan sahaja di dunia tetapi selepas mati.






































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”