NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 29 August 2013

Hijab bermakna wanita menutup aurat dengan sempurna



A030
A031


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” ( Q.S. An-Nuur:30-31 )


A059


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Q.S. Al-Ahzaab:59 )


Gambar hiasan
Ketika Nabi s.a.w. menerangkan tentang akhirat kepada para sahabat lalu turun Jibrail a.s. daripada langit membawa wahyu berkaitan masalah hijab.

Hijab bermakna wanita menutup aurat dengan sempurna. 

Dari segi bahasa Arabnya, hijab ertinya  sesuatu yang menghalang diri dari saya dan tuan. Maknanya kalau ada sesuatu penghalang, saya tidak dapat melihat tuan, dan tuan tidak dapat melihat saya.

Dari segi bahasa Arab, apabila awan datang menutupi matahari sehingga tidak kelihatan atau menutup bulan sehingga tidak nampak. Maka orang  Arab akan mengatakan bahawa awan telah menghijabkan matahari atau awan telah menghijabkan bulan. Tetapi jika nampak juga, maknanya penggunaan perkataan hijab itu perlu diabaikan.

Oleh itu apabila Allah s.w.t. menerangkan tentang hijab maka para sahabat telah menyampaikan kepada isteri-isteri mereka tentang ayat berkaitan hijab itu.

Pada keesokan harinya, isteri para sahabat hadir salat Subuh dan dalam riwayat hadith mengatakan mereka hitam macam burung gagak. Mereka nampak hitam seolah-olah macam burung gagak. Tidak nampak apa-apa yang lain. Walaupun sebelum itu mereka menutup aurat tetapi masih ada menzahirkan sebahagian daripada kecantikan mereka. Apabila turun ayat tersebut, mereka tutup habis-habisan.

Ada seorang wanita, yang suaminya tidak hadir salat Isyak berjamaah kerana keuzuran. Maka ketika salat Subuh wanita tersebut berjumpa dengan wanita-wanita  lain yang menutup semua badan mmereka. Lalu  ada seorang wanita telah bertanya kepada seorang wanita lain yang berada di situ:

“Apakah tidak pernah sampai firman Allah s.w.t. kepada kamu?”

Jawab wanita itu:

“Firman Allah s.w.t. yang mana?”

Lalu wanita-wanita tadi membacakan ayat hijab kepadanya. Wanita itu langsung memalingkan wajahnya ke arah dinding membelakangi pintu rumah berdekatan. Dia tidak mahu walau seorang pun melihat mukanya. Dia meminta tolong kepada seorang wanita mengambilkan kain di rumahnya untuk menutupi badannya. Apabila dia sampai di rumah dan suaminya berkata:

“Apa salahnya jika engkau balik sendiri pulang untuk mengambil kain itu?”

Jawab isterinya:

“Saya tidak mampu untuk melangkah walau satu langkah pun di dalam kemurkaan Allah s.w.t.”

Wanita tersebut merasa takut pada dirinya kerana telah melanggar perintah Allah s.w.t. itu.

Allahu Akhbar.


-----------------------------
Thursday, August 29, 2013


Gadis Perancis Sanggup Syahid Dari Dipaksa Buka Tudung...



Posted by Ibnu Hasyim

SEORANG gadis remaja Muslim Perancis yang dilaporkan mencoba 'bunuh diri' sebenarnya sanggup mati atau syahid mempertahankan diri dan identiti agamanya. Dia diserang oleh dua lelaki dekat Lapangan Berlioz pada 12 Ogos  kelmarin. Gadis yang tidak diketahui namanya itu mencuba melompat dari tingkat empat rumahnya di kota Trappes, Paris, Perancis pada hari Isnin 26 Ogos 2013.

Laman Dailymail, Selasa 27 Ogos 2013 melapor motif 'bunuh diri' remaja berusia 16 tahun itu sebenarnya  belum diketahui dengan pasti. Dia dapat diselamatkan, dibawa ke hospital terdekat bagi memperoleh pertolongan perubatan..Peristiwa itu berawal semasa remaja itu diserang oleh dua lelaki berwajah orang Eropah pada pukul 17.45 waktu setempat. Saat itu dia baru pulang dari rumah temannya. Usai peristiwa itu dia melapor kepada pihak polis.

Gadis itu menceritakan, kedua lelaki itu meneriakkan kalimat anti-Muslim dan bernada rasis kepadanya. Kemudian kedua lelaki itu mengeluarkan sebuah pisau cutter, digunakan untuk membuka cadar atau tudungnya. Tidak hanya itu, salah satu lelaki melakukan pelecehan seksual kepada gadis itu.

"Lelaki pertama mulai menyentuh dada saya, namun saya berhasil menampar wajahnya. Tidak terima, dia lalu meninju saya di bahagian dada," kata gadis itu kepada laman Huffington Post.

Sementara pisau cutter yang digunakan lelaki lainnya berhasil mengenai wajah dan tenggorokan gadis itu. Akibatnya dia mengalami luka. Kedua lelaki itu akhirnya lari dengan menggunakan sebuah kereta,semasa seorang warga lain muncul. Polis di Yveslines kini sedang menyelidiki kes tersebut. Mereka memeriksa potongan rekaman video CCTV yang ada di sekitarnya.

Bimbang kes tersebut akan kembali memicu konflik dan kemarahan umat Muslim di kota Trappes, maka pihak polis menyiapkan anggotanya di sekitar kota itu pada Isnin malam. Hal ini berlaku kerana aksi kerusuhan sebelumnya pernah terjadi di kota Trappes pada Julai lalu. Di mana polisi memaksa memeriksa seorang wanita Muslim pakai cadar, tanpa kebenaran suaminya, yang ditahan selepas itu. 

Akhirnya, ratusan orang tunjuk perasaan di depan pejabat polis menuntut pembebasan lelaki yang ditahan itu. Tunjuk perasaan jadi kicuh menyebabkan seorang remaja berusia 14 tahun mengalami luka serius di mata dan empat polis luka.

Kontroversi mengenai cadar atau tudung penutup wajah, atau burka terus muncul sejak pemerintah Perancis melarangan penggunaannya tahun 2011lalu. Bagi wanita yang melanggar, maka akan dikenai denda senilai 150 Euro atau kira-kira RM600 dan dipaksa mengikuti kelas kewarganegaraan. (IH/Pelbagai sumber)





                                      http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file
                                      http://buletinmitsal.wordpress.com/hijab-dalam-al-quran-dan ...
                                      http://hautebotique.blogspot.com/Dalil-dalil-Tentang-Wajibnya...
                                      http://www.muslim-menjawab.com/tafsir-al-quran-terkait-tentang..
                                      https://www.facebook.com/membaca-al-quran/wajib-memakai ...
                                      http://www.al-shia.org/html/id/service/maqalat/044.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”