NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 24 August 2013

Masa





Masa adalah nadi kehidupan. Masa tidak akan berhenti. Nadi akan terhenti apabila telah tamat tempoh hayatnya. Penggunaan masa kini dan akan datang perlu dirancang sebaik-baiknya. Kesilapan penggunaannya amat merugikan. Mengapa kita perlu menjaga masa? 
Antaranya adalah:





1.  Masa adalah kehidupan.

2.  Masa itu milik orang beriman dan beramal saleh.

3.  Sentiasa berpesan-pesan berkaitan perkara kebenaran dan kesabaran.

4.  Masa adalah emas. 

5.  Emas boleh dicari tetapi masa yang hilang tidak akan dikembali dan 
     tidak mungkin berulang lagi.

6.  Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.

7.  Menghargai setiap masa jika terlepas tidak akan kembali lagi.

8.  Merancang dan memanfaatkan masa sebelum tibanya saat kesibukan.

9.  Masa adalah kecelakaan kepada mereka yang: 
     a. Ada hati, tetapi tidak digunakan memahami (ayat-ayat Allah).
     b. Ada mata, tetapi tidak digunakan melihat (tanda-tanda kekuasan Allah)
     c. Ada telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah)

10.  Kehilangan masa amat merugikan.

11.  Sentiasa menjaga masa sebagaimana dalam menjadualkan:   
      a. Ikrar syahadahnya.
      b. Waktu salatnya.
      c. Haul zakatnya.
      d. Tarikh puasanya.
      e. Bulan hajinya.

12.  Merancang untuk aktiviti berfaedah.

13.  Merancang untuk perancangan masa hadapan.

14.  Menentukan secara spesifik dan objektif.

15.  Sasaran yang hendak dicapai hendaklah:
      a. Realistik.
      b. Mampu.
      c. Mudah.
      d. Mengatasi halangan.
      e. Konsisten.

16.  Masa yang tepat adalah suatu saat kejayaan manis yang diperolehi.

17.  Masa adalah kerugian bagi mereka yang lalai.

18.  Memberi keutamaan dan memikir sebelum membuat keputusan.

19.  Merangka dan memikirkan penjimatan masa:
      a. Selesa.
      b. Mengelak berulang kali melakukan perkara yang sama.
      c. Muhasabah.
      d. Manfaatkan secara maksimum.
      e. Mengoptimumkan penggunaannya.

20. Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa: "Setiap kali fajar menyinsing, maka 
     hari berseru, ‘Wahai manusia, aku adalah makhluk yang baru, menjadi 
     saksi atas amalmu, maka ambillah bakal dariku, kerana aku tidak akan 
     kembali hingga hari kiamat.’”

21. Hassan Al-Banna berkata: “Jadilah tajam seperti waktu, kerana kebencian 
     timbul daripada kata 'mudah-mudahan' dan tinggalkan perkataan 
     ‘barangkali’ kerana ia merupakan penyakit terbesar.”

22. Masa  yang diberikan kepada kita supaya:
     a. Ingat dan sedar.
     b. Merasai hembusan dan angin yang dihidu.
     c. Mengangkat martabat darjat.
     d. Membuka pintu taubat.
     e. Memberi ruang syahid.
     f. Mendoakan menerima taufik hidayah.
     g. Menyebut nama Allah s.w.t. menurut denyutan nadi.
     h. Menginfakkan nyawa untuk Islam.
      i. Selalu berzikir.
      j. Beribadat.
      k. Melakukan amal kebajikan.

23. Masa itu suatu yang amat berharga  dan ia berbeza dari segi.
      a. Berkatnya.
      b. Keuntungannya.
      c. Kebaikannya.
      d. Kelebihannya.
      e. Kemuliaannya.
      f.  Keutamaannya.
      g. Kebahagiannya.

24. Masa orang mukmin berada di antara waktu dekat yang telah berlalu dan
     tidak diketahui keputusan Allah s.w.t, dan waktu yang jauh masih tinggal

2.5. Masa kita hendaklah dimanfaatkan dari diri untuk dirinya, dari dunia untuk
      akhirat,  menggunakan  masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum 
      miskin, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua, masa 
      hidup sebelum mati.

26.  Masa adalah yang paling berharga.

27. Jangan sisa-sisa masa walau sesaat.

28. Allahu Akhbar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”