Presiden Amerika Syarikat Barack Obama
adalah presiden kedua Amerika Syarikat
yang melawat Malaysia selepas Presiden Lyndon B. Johnson membuka tirai hubungan
yang lebih akrab dengan Malaysia pada tahun 1966.
Setelah
48 tahun berlalu, selepas Malaysia menjadi dewasa dan dalam tempoh yang begitu panjang, presiden AS berkunjung ke negara
ini mulai hari ini sehingga Isnin, dalam suasana negara teraba-raba menyelesaikan isu MH370 disorok oleh
dajal.
Presiden
Amerika Syarikat melawat rantau sini setelah mengunjungi negara China, Jepun
dan Korea Selatan.
Kehadiran
presiden AS di Malaysia dialu-alukan. ‘Selamat datang Tuan Presiden.’
Ada
beberapa isu wajar dipertimbangkan sempena lawatan Presiden Obama, iaitu:-
1. Kita ingin melihat setakat mana keupayaan AS membantu merungkai isu MH370 yang disorok
oleh dajal.
2. Jika dalam tempoh terdekat ini masalah permainan dajal sukar dirungkai maka kita beranggapan
tiada yang boleh dibanggakan.
3. Sebaliknya jika penyorokan
dajal dapat dimuktamadkan, maka tahniah kepada Tuan Presiden. Saya percaya pada
tuan.
4. Sesiapa sahaja
yang ada kuasa, teknologi yang mantap dan pelbagai rangkaian tetapi tidak
serius dalam menyelesaikan isu MH370 yang kecil itu tentu ada sesuatu yang
tersembunyi.
5. Barangkali tok
dukun yang menggunakan bubu dan meneropong dengan buluh kecil lebih peka dan
memahami kaedah pencarian secara tradisional berbanding dengan penggunaan teknologi
canggih.
Semoga
masalah kecil itu dapat diatasi dengan mudah. Waris-waris yang menaiki MH370 akan berbangga dengan penyelesaian komplot dajal yang diusahakan oleh Tuan Presiden.
Selamat
datang Tuan Presiden.
No comments:
Post a Comment