Pemuda yang akan membawa panji-panji dari Timur |
Pada zaman tabi’
tabi’in ada seorang pemuda miskin tetapi rajin belajar dan melazimkan menghafal serta membaca al-Quran. Dia tinggal di kawasan pinggiran pekan sebatang kara di
sebuah pondok. Pada siang harinya dia belajar manakala pada malam harinya pula
dia banyak menghafal/membaca al-Quran.
Suatu malam, ketika hujan lebat tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Maka dibukanya pintu itu. Dia terperanjat
kerana tercegat di hadapannya seorang gadis yang amat cantik dengan tubunya yang basah kuyup.
“Assalamualaikum!”
“Wa alaikum salam.”
“Boleh saya menumpang berteduh di rumah encik.”
“Boleh. Sila masuk.”
“Terima kasih.”
“Kenapa datang ketika malam dan apa tujuan cik.”
“Saya mohon perlindungan tuan. Ada orang jahat yang
berusaha menangkap saya. Saya mengelak daripada kejahatan mereka itu dan tidak
semena-mena saya telah sampai di rumah tuan tanpa dirancang dan difikirkan.”
“Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui.”
Semasa gadis cantik itu berlindung di rumahnya, terdetik
difikiranya. Dia seorang teruna manakala seorang gadis cantik menumpang di
rumahnya. Dia teringat sabda Nabi s.a.w.:
“Tiada duduk berdua-duaan, seorang lelaki dan seorang
wanita yang bukan mahram, melainkan syaitan akan menjadi ketiganya.”
Sebagai seorang teruna yang melebihi akil baliq merasakan
ada sesuatu yang mendesaknya sehingga dia tidak mampu menahan nafsu syahwatnya.
Kegusaran yang menimpa dirinya amat membuak-buak. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha
Mengetahui. Dia berusaha mengekang perasaannya. Bagi menolak nafsu jahatnya
itu, dia melangkah kearah unggun api yang berhampiran dengannya dan meletakkan
tangannya untuk dibakar di atas api
tersebut. Maka kelihatanlah tangannya terbakar sehingga menitis lemak
dagingnya. Apabila dia merasai sakit,
ditariknya tangannya. Apabila kesakitan berkurangan, dimasukkannya lagi
tangannya ke dalam api tersebut. Begitulah keadaan pemuda tersebut berulang kali dilakukanya sehingga
menjelangnya waktu subuh. Apabila waktu
siang hari menjelma, gadis cantik itu mohon beredar daripada situ dan
mengucapkan terima kasih.
Keesokan harinya, ada orang mengetuk pintu rumahnya. Ketika dia membuka pintu rumahnya, tercegat seorang pengawal dengan tentera. Berkata salah seorang di antara mereka:
“Kamukah yang memberi perlindungan tempat tinggal kepada
seorang gadis malam tadi?”
“Ya tuan.”
“Tetapi kenapa kamu membakar tangan kamu dan jari-jari
kamu itu?”
Maka pemuda itu pun bercerita tentang dirinya dan perasaannya ketika itu.
Kemudiaan berkata orang itu:
“Anak gadis itu adalah anak saya sendiri. Saya adalah
raja negeri ini. Sekarang saya jemput kamu dan saya akan kahwinkan kamu dengan
dia.”
Maka benarlah firman Allah s.w.t.:
" ... sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis
tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik,
atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang
adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah
kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah
semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran
kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang
tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
( Q. S. At-Talaaq:2-3 )
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah
menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan
Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa)
Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” ( Q.S. At-Talaaq:7
)
Sabda Nabi s.a.w.:
"Sesiapa yang
menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." (
H.R. Imam Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud )
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang
tuanya nescaya terputuslah rezeki daripadanya.” ( H.R. Imam al-Hakim dan
ad-Dailami )
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh,
sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Seorang penyair berkata:
“Alangkah bagusnya
kalau dari muda kita mentaati Allah.
Marilah kita wahai
saudaraku bertakwa kepadaNya.
Lakukanlah akan
perkara yang difardukan.
Meninggalkan perkara yang diharamkan.
Menghabiskan malam
dan hari kamu dalam mendekati diri kepada Allah s.w.t.”
Menurut riwayat, pemuda itu menjadi ulama yang
besar dan menjadi kaya raya disebabkan kerana takwanya kepada Allah s.w.t..
Allahu Akhbar.
No comments:
Post a Comment