NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 10 November 2013

Dakwah Yang Diredhai


Tuan/puan, kebenaran ada pada Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin yang menuruti jejak langkahnya adalah mereka yang berpijak di atas jalan yang nyata, jelas, benar dan petunjuknya setelah Allah s.w.t. mengisi hati dan akal mereka dengan dalil-dalil bukti, kemudian mereka berdakwah secara terang-terangan dengan segala kemampuan dan kesanggupan mereka yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui perlakuan, amalan dan lidah nabi s.a.w.. Beruntunglah mereka yang bertakwa, mempunyai keazaman, tegas, memilik dan memahami al-Quran dan as-Sunnah.

Contoh seruan dakwah oleh tiga orang Nab a.s. kepada kaum masing-masing:

  1. Nabi Muhammad s.a.w. memulai dakwahnya di Mekah. Baginda s.a.w. mengajak kaumnya  bertauhid kepada Allah s.w.t.. Melarang kaumnya supaya meninggalkan menyembah berhala-hala yang tidak memberi manfaat kepada diri dan keluarga mereka. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada akhlak yang mulia, membuang keruntuhan moral sifat jahiliyah yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahkan fikiran-fikiran syirik. Ini kerana sistem kenabian yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah menghubungkan antara akidah dan akhlak sehingga dakwahnya melahirkan keberkatan dalam rangka melahir dan membangunkan kecemerlangan manusia. Allah s.w.t. merakamkan dalam al-Quran surah al-An’am ayat 151 hingga  153:

A151
A152
A153
A154
A155
A156
A157
A158
A159

"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Kemudian (ketahuilah pula bahawa) Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat untuk menyempurnakan (kemuliaan dan nikmat Kami) kepada orang yang telah berbuat baik (menjalankan ajaran Kitab itu iaitu Nabi Musa), dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat, supaya mereka beriman kepada pertemuan dengan Tuhan mereka (pada hari akhirat kelak).

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (agama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka.

Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). "

  1. Nabi Ibrahim a.s. menentang seluruh kaumnya yang kafir. Baginda menyeru kepada penyembahan kepada tuhan yang esa. Ajaran tauhid. Baginda a.s. menyatakan berlepas tangan atas dosa-dosa yang dikerjakan oleh mereka. Persengkongkolan golongan kafir bukan sahaja melibatkan kuasa tetapi juga melipatkan keyakinan. Kepercayaan kepada Allah s.w.t. Dakwah Nabi Ibrahim a.s. bukan sahaja ditolak oleh mereka tetapi menentangnya. Peringatan tersebut dinukilkan oleh Allah s.w.t. dalam surah asy-Syu’ara’ ayat 145 hingga 152:
A145
A146
A147
A148
A149
A150
A151
A152

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? –

Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),

Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;

Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -

Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan."


  1. Nabi Musa a.s.  mengajak Firaun dan kaumnya kepada tauhid. Nabi Musa a.s. menyeru Bani Israil melepaskan diri dari kezaliman Firaun dan menyeru Firaun kerana melalui nikmat Allah s.w.t. kepadanya ia berkuasa dan kaya-raya. Menghentikan kezalimannya melalui sifat sombong,  angkuh, keras kepala dan kekejaman-kejamannya kerana melakukan sewenang-wenangnya terhadap Bani Israil (kaumnya).   Nabi Musa a.s. menentangnya disebabkan oleh perkara tersebut. Nabi Musa mengajaknya supaya kembali kepada tauhid, tetapi Firaun menolak sebaliknya mendendami dan mengejar Nabi Musa a.s.. Allah s.w.t. menurunkan seksanya. Akhirnya tamatlah hayat Firaun raja yang zalim. Allah s.w.t. menceritakan peristiwa Firaun itu supaya kita beringat dan bertakwa kepadaNya melalui surah Ad-Dukhan ayat 17 hingga 31:


A017
A018
A019
A020
A021
A022
A023
A024
A025
A026
A027
A028
A029
A030
A031


"Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.

Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).

(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)."

Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).

Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)."

Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,

Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,

Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.

Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya). "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”