![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6omR3jGDr2bdNtwX5WiSne6b2VMUtt4ET63b54jsoZfVayzUtXI_-J08rNpA_UznbY7nvGQHLQvRGONUexEzrw1QqTAjlsGEym3_Ni0s-kj_p3CS46kQkjHWhSjkeQ6HG4tVbkhyEt-hB/s320/1013131_380697388698747_2078808368_n.jpg)
Bersempena
program tersebut, PERKIM Kebangsaan telah menjadualkan beberapa pengisian bagi
memenuhi aturcara selama dua hari itu:
Pada
6 Julai, pukul 8.30 pagi dimulai dengan sambutan dan ucapan alu-aluan diikuti
dengan ceramah bertajuk: Puasa Seorang Muslim oleh: Ustaz Mohd Yusof bin Johan
dan sesi soal jawab.
Pada
sebelah petangnya pertandingan Azan, Kuiz dan Tilawah al-Quran.
Keesokannya, 7 Julai, pukul 9.00 pagi majlis dimulai dengan ucapan aluan kemudian disusuli
dengan Forum Perdana Ambang Ramadan dengan tajuk: Memperkasa Saudara Muslim Kearah
Insan Bertakwa yang menampilkan: Ustaz Muhammad Ibrahim sebagai moderator. Ahli
panel: Ustaz Ridzuan Rahmat Ad-Dimasyqi
dan Ustaz Zulkifli Ahmad diikuti dengan sesi soal jawab.
Pada tengah harinya, kelmarin, majlis
penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh: Datuk Haji Hasbullah bin Lebai
Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM merangkap Pengerusi Surau
Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tahniah dan terima kasih Datuk.
Marhaban Ya Ramadan.
Selamat Datang Ramadan Dan Selamat Menunaikan Puasa.
Selamat Datang Ramadan Dan Selamat Menunaikan Puasa.
Semoga amalan kita
diterima oleh Allah s.w.t..
Amin Ya Rabbal Alamin.
Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment