NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 5 July 2013

Organisasi Wajar Diperkukuhkan


Salat berjamaah banyak kelebihan
terutamanya di Kaabah
Organisasi adalah konsep Islam yang berdiri atas peraturan-peraturan yang dipersetujui dan saling menyempurna di antara anggota-anggotanya. Melalui organisasi beberapa elemen perlu disempurnakan kerana tanpa organisasi mustahil kesyumulan sesuatu peraturan dapat dipraktikkan. Organisasi termasuklah sama ada pemerintahan,  atau pertubuhan, atau jamaah, atau persatuan, atau kumpulan, atau anggota yang melebihi tiga orang dan mempunyai seorang ketua. 

Dalam penyempurnaan organisasi terdapat di sana beberapa usaha dakwah kepada orang Islam dan  kepada orang bukan Islam, kerja-kerja untuk hidup atas asas Islam, kerja-kerja  untuk membentuk masyarakat yang percaya kepada Islam dan untuk mendirikan negara yang melaksanakan syariat Islam.

Di sini dinyatakan beberapa contoh, antaranya ialah:

a.       Peraturan ibadat:

Ibadat itu termasuklah di dalamnya rukun Islam:-

1.       Mengucap dua kalimah syahadah.
2.       Mendirikan salat.
3.       Mengeluarkan zakat.
4.       Menunaikan puasa.
5.       Mengerjakan haji

Kesemua perkara tersebut termasuklah bahagian-bahagian dan pecahan-pecahannya berdiri atas dasar dan kaedah organisasi yang jelas, ikhlas dan  benar.

b.      Peraturan masyarakat:

Masyarakat itu termasuklah di dalamnya:-

1.       Undang-undang perkahwinan.
2.       Semua undang-undang yang mengikat keluarga Islam.
3.       Undang-undang yang mengatur perhubungan mereka daripada pelbagai sudut.

Kesemua perkara-perkara tersebut daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya hanya boleh dilakukan, dipraktikkan dan  dikuatkuasakan peraturannya melalui organisasi yang tetap, kuat dan dipersetujui oleh organisasi dan anggota-anggotanya. Dengan kolektifnya undang-undang yang digabungkan menjadi peraturan membolehkan konsep Islam semuanya tertegak atas kaedah-kaedah organisasi yang kukuh.

Pertanyaan:

1.       Bolehkah tertegaknya  sesebuah  organisasi  mantap  jika tidak wujud kesungguhan 
  di kalangan ahli-ahli organisasi untuk mengukuhkan usaha-usaha dakwah?

2.       Boleh atau tidak perompak yang merancang sesuatu muslihat dan berjaya, 
        kemudiannya selepas itu ia bersedekah, ikhlas dan menjadi dermawan?

3.       Berjaya  atau  tidak  hamba  Allah  yang ikhlas, dia diperangkap oleh penjahat  dan 
        dijadikan  kambing  hitam  hanya  menyerah  diri kepada Allah s.w.t. semata-mata 
        tanpa ada usaha dan azam tetapi hanya bertawakal sahaja?

Jamaah sedang salat di hadapan Kaabah
Jamaah yang tersusun kukuh sukar ditumbangkan

Salat sehingga melimpah sampai di luar masjid

Salat walaupun di medan pertempuran

Rakyat berdisplin hasil daripada pendidikan tauhid

Teknologi yang boleh mengimbas pergerakan di bumi

Pengawasan yang memberi isyarat sesuatu pergerakan

Satelit yang banyak membantu kehidupan manusia

Pesawat tanpa pemandu bertekologi tinggi

Peluru berpandu dikawal melalui satelit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”