NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 2 October 2013

Amir Jaisy Islam Syria: Syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy


Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah Alusy 
Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah Alusy (Abu Abdullah), dilahirkan di Douma,  di pinggiran kota Damaskus, Syria.  Ayah beliau; Syaikh Abdullah Alusy,  seorang ulama yang sangat berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Sejak kecil Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah,  rajin mempelajari al-Quran dari ayahnya dan juga para syaikh-syaikh di kampungnya.

Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Madinah Munawwarah, Arab Saudi, dengan pengkhususan dibidang hadits.  Kemudian beliau menyambung Masternya di kuliah Syariah Islam di Universiti Damaskus, Syria.

Sebelum revolusi berlaku beliau bekerja di perusahaan real estate. Beliau memiliki sebuah perusahaan berasaskan pembinaan.

Ketika revolusi Syria bermula pada March 2011, beliau masih berada di dalam penjara rejim Assad, kerana kegiatan dakwah yang beliau lakukan di Syria sejak tahun 1987.  

Pada awal tahun 2009, beliau mendapat banyak tekanan dari kerajaan rejim Assad dan ancaman dari pihak tentera rejim kerana kegiatan dakwah beliau yang berakhir dengan penangkapannya oleh agensi perisikan rejim, kemudian beliau dipindahkan ke dalam penjara tentera Sednaya 1.

Kesan daripada demonstrasi berterusan yang berlaku pada awal revolusi  telah memberi tekanan kepada rejim Assad,  melepaskan sejumlah tahanan dan termasuk di dalam senarai tersebut ialah Syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy. Beliau dibebaskan dari penjara pada 22 Jun 2011, setelah tiga bulan revolusi bermula.

Pembebasan beliau telah mengujudkan pembentukan kekuatan tentera untuk melawan rejim Assad yang saban hari menyerang dan membunuh rakyatnya.  Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan mujahidin ini diberi nama "Sirriyah Islam" kemudian berkembang dan diganti namanya menjadi "Liwa Islam" yang hingga kini masih merupakan salah satu brigade mujahidin yang berada dibarisan hadapan.

Akhirnya, kini syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin dari 50 brigade/batalion untuk membentuk kekuatan mujahidin di Syria yang diberi nama "Tentera Islam". Diharapkan pada masa hadapan akan bergabung dalam penyatuan mujahidin, memperolehi lebih banyak kejayaan, digeruni dan penggemblengan para mujahid seluruh pelusuk alam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”