NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 15 September 2013

Seni Kematian



A078


“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” ( Q.S. An-Nisaa':78 )



Kematian adalah seni. Kadangkala kematian merupakan seni indah meskipun pahit. Bahkan merupakan seni terindah apabila di tangan pakar seniman. Al-Quran telah menerapkan seni kematian kepada orang-orang mukmin dengan keterangan yang indah, sehingga mereka lebih bersemangat, lebih mencintai kematian dan berasa hairan terhadap orang yang lebih mencintai kehidupan. Manusia  memang memiliki banyak pandangan terhadap kematian.

Kaum muslimin saat ini tidak selamat daripada keadaan mereka kecuali jika mereka kembali kepada falsafah al-Quran tentang kematian. Mereka akan menemui kematian sebagai suatu seni, bahkan seni yang  benar-benar indah. Al-Quran memaparkan kepada orang-orang beriman bahawa kematian merupakan akhir dari kehidupan yang singkat, fana dan meletihkan, untuk menyambut kehidupan yang tenang, indah dan menyenangkan. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis kenikmatan dan penghormatan yang tidak pernah di lihat oleh mata, tidak pernah di dengar oleh telinga, dan tidak pula terlintas dalam lubuk hati manusia.

Seni itu disediakan bagi orang yang mengerti bagaimana berbuat baik dalam kehidupan dan memilih cara yang terbaik dalam menghadapi kematian.

Kemudian al-Quran menyatakan bahawa kematian merupakan takdir yang telah ditetapkan. Tidak ada yang boleh selamat daripadanya dan tidak seorang pun yang boleh menundanya. 

Semua manusia akan menemui kematian kerana kematian merupakan takdir berbeza-beza. Di antara mereka ada yang:

Mati syahid di medan peperangan.
Mati ketika sujud
Mati ketika duduk
Mati ketika baring
Mati ketika tidur
Mati terbunuh
Mati dibunuh
Mati bunuh diri
Mati terbakar
Mati dibakar
Mati kemalangan
Mati lemas
Mati makan racun
Mati diracun
Mati keracunan
Mati ketika memandu
Mati di hospital
Mati di rumah
Mati sakit
Mati ketika di tahan reman
Mati dalam penjara
Mati di tali gantung
Mati ketika gempa bumi
Mati di sengat lebah
Mati di belit ular
Mati di tanduk kerbau
Mati di tembak
Mati di hadapan biduanita ketika berzina

Dan banyak lagi seni kematian yang jika dicatatkan dengan berbeza-beza kesenian kematiannya.

Yang pasti ialah bahawa kematian dalam kebenaran merupakan keabadiaan mutlak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”