NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 10 February 2013

Musuh Semakin Hebat


Musuh semakin hebat dari segi persenjataan, latihan, kemampuan, komunikasi dan rangkaiannya yang semakin meningkat. Manakala kita semakin tertinggal jauh di belakang. Semakin jauh jaraknya semakin jauh pula kita ketinggalan. Di manakah silapnya dan bagaimana pula mengatasinya? Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beberapa individu bahawa untuk mencapai kejayaan memang mudah diperolehi tetapi untuk mengekalkannya adalah suatu yang sukar, atau barangkali benar juga nasihat orang-orang tua bahawa berubahnya ‘musim’ maka manusia juga akan berubah sikap.

Kita memilik senjata yang canggih tetapi kita tidak gunakan semaksimumnya. Doa adalah senjata orang mukmin. Doa adalah kekuatan. Doa adalah benteng diri. Doa adalah ilmu menyediakan tesis. Doa adalah ilham. Doa adalah pencetus perasan, fikiran dan tindakan. Doa adalah memohon keampunan Allah s.w.t. Doa adalah senjata yang menyerang balik pihak musuh. Kita berdoa  untuk menjadi mujahid. Kita bukan berdoa untuk menjadi abid.

Musuh menggunakan persenjataan daripada sekecil-kecilnya sehinggalah kepada sebesar-besarnya. Sama ada dari segi perang psikologi, diplomasi atau penggunaan senjata hebat. Mereka mengguna semaksimumnya dari segi penyebaran maklumat, penggunaan media, mengalih perhatian, merai simpati, membentangkan resolusi yang memburuk-burukkan musuh dan menyakinkan audiens bahawa tindakan yang dilakukan untuk kepentingan umum,   mempamerkan kekuatan dan melakukan tindakan untuk membunuh musuh. Mereka telah bersedia dari segi persenjataan. Mereka akan menggunakannya jika ekonomi, kuasa dan kepentingannya tergugat.

Kita melakuan latihan dalam bentuk berkala, berjadual, bermusim tetapi lawan dari masa ke semasa mempertingkatkan  sesi latihan, ketepatan tindakan, keupayaan persenjataan, kekuatan ekonomi, meningkatkan ketahanan sumber manusia dan melakukan latihan-latihan berterusan kerana mereka berlatih dalam bentuk praktikal, konsistan, pelbagai cara, penggunaan teknologi terkini dan sentiasa dipertingkatkan,  kawasan latihan mereka dipelbagai lapangan; daratan, lautan dan udara, merentasi negara dan benua. Mereka berfikir secara global kerana pendidikan mereka kearah tersebut. Mana-mana negara yang menguasai ruang udara maka untuk bertapak di lautan dan daratan adalah suatu perkara yang mudah.

Manakala kita masih berfikir tentang keperluan hidup, kos yang  meningkat, pendapatan yang rendah, mendapatkan sokongan 'massa', merebut peluang bajet yang disediakan oleh negara, menjadi ‘orang tengah’ mengaut keuntungan walaupun pendapatan tak seberapa dan yang amat menyedihkan, kita menjadi kuasa pengguna yang dipraktikkan secara langsung

Kemampuan kita terbatas kerana kita membataskan keupayaan kita kearah kejayaan. Kita berfikir mengkaut keuntungan daripada  proksi perniagaan, mendapat komisen, mendapatkan peratusan keuntungan hasil urusniaga dan imbuhan daripada bantuan yang disediakan. Jika ‘trend’ seumpama ini berterusan kita tidak akan kemana. Akan berterusan sebagai pengguna barangan siap.

Wajar juga kita berfikir, menganalisis dan menilai semula tindakan yang kita lakukan dengan merangka sesuatu yang boleh memartabkan jati diri kita. Kita imbas kembali kejayaan-kejayaan yang lepas di mana kita berjaya dalam bidang perlombongan, minyak, gas, kayu balak dan pertanian termasuklah kelapa sawit, getah, lada hitam, teh, nenas, gula, padi dan sayur-sayuran.  Kita juga kaya dengan makanan laut. Kerja-kerja dan kejayaan tersebut dilakukan hasil daripada keprihatinan pimpinan negara yang berjiwa besar. Tetapi pada hari ini sebahagian bidang-bidang tersebut telah merudum dan sebahagian lagi telah diusahakan semaksimumnya.

Secara relatifnya kita juga mesti menyusun semula penyesuaian ekonomi supaya dapat meningkatkan pendapatan negara, meneroka  dan mencari peluang baru sementara kita memiliki modal yang boleh dimanfaatkan, mendirikan teknologi dan kepakaran  berpusat di negara ini. 

Jika tidak memiliki kekuatan, kita mudah dibuli.  Keamanan mudah tergugat. Melemahkan semangat juang kerana musuh bila melalukan serangan  tidak mengisytiharkan peperangan. Lawan bersekongkol tetapi kita akhirnya bersendirian.

Komunikasi  pengganas semakin meningkat. Bukan sahaja boleh dioperasikan daripada jarak jauh tetapi juga boleh menembusi tembok kebal. Di mana kita hendak bersembunyi. Dalam  longkang, lubang,  terowong, gua, dalam hutan atau lari keluar negeri?            Kita jangan selesa kerana dapat mengguna teknologi yang murah yang diimport daripada luar. Kita mesti memiliki teknologi yang pusat operasinya di kawasan kita sendiri.  Kita tidak berminat mengundang orang lain melakukan aktiviti yang boleh mendedahkan kerahsiaan teknologi kita terdedah kepada intaian dan serangan pengganas. Kita wajar belajar daripada penggalaman. Pada ketika ini peperangan dilakukan daripada jarak jauh dan dikendalikan oleh kenderaan tanpa pemandu. Yang penting sasaran dan maklumat tepat.
               
Kita jangan tidur terlalu lama kerana dibuai oleh lagu-lagu yang mengkhayalkan atau lawak yang melucukan atau drama cinta yang menjiwa-jiwakan atau atau atau. Kita tidak mahu pada keesokan harinya apabila kita bangun daripada tidur rupa-rupanya kita bermimpi di siang hari. Kita jangan pentingkan diri kerana golongan yang pentingkan diri akan merugikan diri sendiri dan orang lain. Kita mesti ada jati diri dan bangkit di atas kealfaan kita. Kita ada kekuatan, kekuasaan dan kehebatan. Moga-moga komunikasi kita dengan Allah s.w.t. akan diterima sebagai seorang mujahid.
  
Kita berkelurga tetapi keluarga yang bermasalah. Kita berjiran tetapi tidak mesra. Kita berkawan tetapi sentiasa becok bila berbicara dengannya, perlekeh pandangannya, meremehkan cadangannya, mengolok-olok perkataannya,  menjadikan maklumat yang murni  yang hendak disampaikan terbantut, terhijab dan akhirnya tiada persefahaman di antara dua pihak. Tiada tolak ansur walaupun ia melibatkan kepentingan ummah. Mengapa berlaku scenario seperti itu? Jawapanya mudah sahaja kerana kita tidak ada unsur kepentingan kepadanya. Kita tidak berjiwa besar. Kerana Kita beranggapan diri dan kelompok kita sahaja yang benar. Yang akhirnya mengundang kepada kebencian kawan dan menguntungkan pihak lawan.

Kita mengharapkan barangan ciptaan orang lain kerana harganya murah RM1.00 atau RM2.00 atau mungkin kerana ada balasan balik yang menguntungkan diri menjadikan kita khayal. Kita sebenarnya kurang jati diri. Tamak. Kita diajar betapa pentingannya rangkaian dalam perniagaan tetapi kita ragu-ragu melaksanakan keputusan yang disepakati bersama. Kita belum kena patukan ular tetapi kita telah ragu kepadanya. Kita tidak berhasrat untuk dipatuk oleh ular. Jika kita kena patukan ular sekalipun tidak mungkin kita akan dipatuk lagi dalam lubang yang sama, oleh ular yang sama, oleh peristiwa yang sama dan oleh kaedah yang sama. Dengan siapa lagi kita boleh percaya? Kita mesti yakin dengan kawan-kawan sebagaimana kita yakin dengan Allah s.w.t..

Allah s.w.t. bersama dengan golongan yang yakin dengan janjiNya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”