NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 5 February 2013

Kritikan: Memperingatkan Yang Benar Kepada Seseorang


Sinopsis:  Artikel ini dua siri. Siri pertama memfokuskan kepada penjelasan secara umum. Manakala siri kedua lebih kepada menjelaskan syarat-syarat yang diperlukan oleh seseorang pengkritik dan dibenarkan untuk memperingatkan perkara yang benar kepada seseorang yang dikritik. Semoga artikel ini bermanfaat kepada kita semua - Pengarang.
---------------------------------------------------

Antara perkara yang tidak memerlukan dalil dan mudah diterima serta tidak memerlukan memikir panjang ialah bahawa manusia tidak sama dalam memiliki daya pemikiran, Ketajaman akal, ketepatan ingatan, keupayaan mengulas, keelokkan antonasi dan susunan ayat serta kuasa tenaganya. Begitu juga perbezaan pandangan antara seseorang individu dengan seseorang individu yang satu lagi adalah perkara biasa.

Bagi kita yang menyelidiki, mempelajari, mengambil ingatan, menghayati dan memahami akan terbuktilah kepada kita, tanpa ragu-ragu lagi bahawa kaum muslimin dan ahli majlis syura Rasulullah s.a.w. khususnya akan berbeza dalam memberikan pandangan dan keputusan terhadap sesuatu persoalan, walaupun dilakukan ijtihad mereka  mengenai perkara-perkara yang berkaitan tentang hukum syarak dan mengenai Islam.

Sehubungan itu, berkaitan persoalan perbezaan pandangan, keputusan dan kelainan ijtihad dalam menentukan sesuatu isu, masalah atau suatu peristiwa, maka   muncullah  kepada kita suatu istilah  yang dikenali sebagai kritikan atau kritik. Dalam bahasa al-Quran dikenali sebagai “At-Tawasi Bil Haqqi’ yang bererti memperingatkan yang benar kepada seseorang.
Kritikan atau kritik adalah termasuk dalam salah satu daripada kewajiban agama, iaitu apabila seseorang muslim melihat sesuatu keaiban atau penyelewengan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan atau peraturan atau organisasi atau pemerintah atau oleh pihak atasan, kerana mematuhi perintah Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.


A104


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Q.S. Ali Imran: 104)


Sabda Nabi S.a.w.:


“Siapa dari antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia ubahkannya dengan tangannya. Kalau  tidak kuasa, (ubahlah) dengan lidahnya. Kalau  tidak kuasa, (ubahlah) dengan hatinya. Ini adalah iman paling lemah. Dan dalam riwayat lain: Disebalik itu tidak ada sebesar biji sawi pun daripadanya iman…”  (H.R. Imam Muslim)

“Orang-orang diam terhadap kejahatan adalah syaitan bisu.” (H.R. Imam Muslim)

Berdasar perkara tersebut, menjadikan susurgalur perjalanan agama Islam sejak zaman Nabi s.a.w. sehingga kini dapat mengharungi sejarahnya dan terpelihara daripada penyelewengan kerana yakin kepada matlamat menuju Allah s.w.t.  Perkara  ini juga berhubungkait dengan  keikhlasan  kaum muslimin yang tidak kering gusi memperingatkan perkara yang benar di kalangan kaum muslimin. 

Sabda Nabi s.a.w.:

“Orang mukmin adalah saudara orang mukmin yang tidak boleh membiarkan nasihatnya walaupun bagaimana keadaannya.” (H.R.: Imam Muslim)


Firman Allah s.w.t.:



A002A001
A003


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Q.S. Al-Ash: 1-3)


Berikut adalah kata nasihat daripada kalangan sahabat r.a.:



“Hak orang mukmin yang ditanggung oleh saudaranya ialah: Hendaknya dia menerangkan kebenaran kepada saudaranya bila diperlukan.  

Dia menyokong citanya bila sudah betul. 

Dia berterima kasih bila  yang satu telah berbuat baik kepadanya. 

Dia mengingatkannya bila yang satu sudah lupa. 

Dia  membimbingnya  bila yang satu telah menyimpang. 

Dan membetulkan bila yang satu telah silap. Dia bermujamalah (berseloroh)  dalam perkara yang benar.  
Jangan dia terikut sama dalam hal kebatilan. 

Orang mukmin (sama mukmin) adalah sebagai penunjuk, sebagai pedoman, sebagai pembantu dan sebagai menyimpan kepercayaan atau sebagai pelindung.”


Bersambung . . . . 

  

Syarat-Syarat Kritikan

Menyelidik sesuatu yang benar, tepat dan terkini.  
Tujuan dan maksud kritikan tersebut.
Memilih kaedah kebenaran dan kesabaran.
Tajuk kritikan berdasarkan nas dan hujah kukuh.
Bersifat berlapang dada.
Isu yang dibangkitkan berunsur mencegah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”