Penipuan
tidak pernah berubah; cuma ia menggunakan helah baru, teknik, taktik, penyamaran,
mengaburi, mengguna teknologi semasa serta
gabungan antara pengalaman dan pembelajaran masakini yang sukar untuk dikesan
kerana sifatnya yang canggih seperti nasihat ulama; “ Syirik Khafi itu umpama
semut hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat.”
Sifatnya
yang boleh mengubah dan berubah corak, bentuk, warna dan latar belakangnya yang
sukar untuk dikesan menyebabkan perlakuannya berleluasa di samping didokong,
disokong dan dipertautkan oleh geng-geng yang bergerak secara terbuka dan di belakang
tabir.
Sesuatu
perlakuan yang sifatnya bergerak akan dapat dikesan juga akhirnya apabila takat
perlakuannya sampai kepada peringkat klimaks. Barangkali teknologi terkini boleh membantu mengesan dan menyelesaikan
pergerakan sesuatu objek sama ada yang berada di udara, daratan atau lautan. Bahkan alat-alat pengesan pergerakan itu pun telah dipertingkatkan dari semasa ke
semasa menurut keutaman, keperluan dan kepentingannya oleh negara-negara yang
mempunyai teknologi kendiri. Negara-negara pengguna pun mendapat manfaat
daripadanya.
Umat
Islam wajar memanfaatkan kehebatan teknologi yang sedia ada di samping
memikirkan tentang kaedah, peluang dan
ruang untuk mendapatkannya. Kekayaan yang kita miliki, sama ada di udara,
daratan dan lautan akan punah dan sia-sia jika kita tidak memiliki kekuatan dan
kehebatan. Kita mudah dibuli, diberi kata dua, diugut dan ditelanjangkan. Akhirnya
pengganas, penjahat, lanun, penyamun, perompak dan pencuri bersekongkol untuk
saling bekerjasama untuk manfaat bersama. Sebaliknya kita sebagai penegak
undang-undang ternganga, meleleh air, tercegat, tercengang tidak boleh berbuat
apa-apa kerana kita terkepung oleh kelemahan kita sendiri.
Anak-anak
bangsa kita yang pakar dalam bidang masing-masing wajar disatukan, digembleng
dan digerakkan kepakarannya. Manfaatkan semaksimumnya. Kita khuatir keseronokan yang tiada kawalan, perhiasan
beraneka ragam/gaya sehingga terlondeh tubuh, hiburan yang melampau dan wanita murahan
yang boleh di jamah di hotel bajet dua jam boleh membelitbinasakan, yang pada
akhirnya akan merugikan negara, merugikan umat ini dan merugikan diri kita
sendiri.
Mengapa
penipuan itu berlaku sedangkan kita mengetahuinya atau barangkali kita menipu
diri kita sendiri? Allahu Akhbar.
No comments:
Post a Comment