NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 16 August 2013

Sebuah dokumentari mengenai pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Mesir bagi menyelesaikan demontrasi aman



Kebiasaannya mana-mana pemerintah terutamanya melalui 'rampasan kuasa' yang melakukan pembunuhan kepada rakyatnya terutaman secara terbuka akan menemui keruntuhan sama ada disebabkan oleh desakan rakyat atau tekanan daripada luar, sekalipun pemerintah tersebut bersekongkol dengan pengganas-pengganas yang berselindung di atas nama: "keamanan sejagat".

Jika rakyat bangkit menyatakan kekecewaan mereka; maka pemerintahan yang ada akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. Mereka yang syahid melambai-lambai kepada para mujahid yang tidak pernah pupus. Para mujahid tidak akan memulakan sesuatu persengketaan tetapi apabila mereka dicabar semua peringkat masyarakat akan memperlihatkan taringnya.  

Allah s.w.t. memberi kita akal untuk memikirkan. Jangan jadikan akal kita mengatasi harta.

Daripada lbnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.” ( H.R. lmam Bukhari dan Muslim )

Seseorang manusia adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya mereka  berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara’. 

Orang yang membunuh dengan cara yang tidak benar akan menerima azab yang pedih. 

Orang yang membunuh secara sengaja juga bukan dengan hak mendapat hukuman laknat daripada Allah dan diazab. 

Rasulullah menjelaskan membunuh bukan dengan hak termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:



“Hendaklah kalian menghindari tujuh dosa yang dapat menyebabkan kebinasaan.” Dikatakan kepada beliau, “Apakah ketujuh dosa itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Dosa menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah untuk dibunuh kecuali dengan haq, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran, dan menuduh wanita mukminah baik-baik berbuat zina.” ( H.R. Al-Bukhari )

Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh; mereka ialah:

1. Orang penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal.

2. Orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’ dan

3. Orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimin.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”