NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 5 October 2009

Menyembah kuburan




Kepercayaan bahawa para wali yang telah meninggal dunia  mampu memenuhi hajat, serta mampu membebaskan manusia dari berbagai kesulitan. 

Dengan kepercayaan seumpama itu, mereka lalu meminta pertolongan dan bantuan kepada para wali yang telah meninggal dunia, pada hal Allah s.w.t. berfirman: 





A023


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Q.S. al-Isra’: 23)
  
Sebahagian penyembah kubur mohon syafaat kesenangan dan kesukaran hidup. Termasuk dalam kategori menyembah kuburan adalah memohon kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada para nabi, orang-orang saleh, atau lainnya untuk mendapatkan syaafat  atau melepaskan diri dari berbagai kesukaran hidup. Pada hal Allah s.w.t. berfirman:  


A063


“Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.” ( Q.S. al-Naml: 62 )

Sebahagian penyembah kubur menyebut syeikh atau wali tertentu ketika mengalami  kesukaran hidup. Sebahagian mereka, bahkan membiasakan dan menjadikan sebagai adat menyebut nama syeikh atau wali tertentu, sama ada dalam keadaan berdiri, duduk, ketika melakukan  sesuatu kesalahan, dalam setiap situasi sulit,  ketika ditimpa petaka, musibah atau kesukaran hidup.

Di antaranya ada yang menyeru: “Wahai Muhammad.”

Yang lain lagi menyebut: “Wahai Jailani.”

Kemudian ada yang menyebut: “Wahai Syazali.”

Dan yang lain menyebut: “Wahai Rafai.”

Yang lain lagi: “Al-Idrus Sayyidah Zainab.”

Ada pula yang menyeru: “Ibnu ‘Ulwan.”

Dan banyak lagi. Pada hal Allah telah menegaskan: 


A194


“Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.” ( Q.S. al-A’raaf: 194 )

Sebahagian penyembah kubur itu bertawaf mengelilingi kubur. Mencium setiap sudutnya, lalu mengusapkannya kebahagian-bahagian tubuhnya. Mereka juga mencium pintu  kubur tersebut dan melumuri wajahnya dengan tanah dan debu kubur. Sebahagian  bahkan ada yang bersujud ketika melihatnya,  berdiri di depannya dengan penuh khusyuk, merendahkan dan menghinakan diri seraya mengajukan permintaan dan memohon hajat mereka.  Ada yang meminta sembuh dari sakit, mendapatkan keturunan, dipermudahkan urusannya dan jarang daripada mereka menyeru: Ya sayyidi, aku dating kepadamu dari negeri yang jauh, maka janganlah engkau kecewakan aku.pada hal Allah s.w.t. berfirman: 


A005


“Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.” ( Q.S. al-Ahqaf: 5 )

Nabi s.a.w. bersabda: 


“Sesiapa mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allahnescaya akan masuk neraka.” (H.R. Imam Bukhari)

Sebahagian penyembah kubur  mencukur rambut diperkuburan. Sebahagian lagi membawa buku yang berjudul: Manasikul hajjil masyahid ( Tata cara ibadah haji di kubur keramat ). Yang mereka maksudkan dengan masyahid adalah kubur-kubur para wali. Sebahagian mereka percaya bahawa para wali itu turut mengatur alam semesta, dan mereka mampu member mudharat dan manfaat. Pada hal Allah berfirman:


A107


“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari  hamba-hambaNya,  dan  Dialah  yang   Maha  Pengampun  lagi  Maha  Mengasihani.” ( Q.S. Yunus: 107) 

Meletakkan bantal, botol susu atau puting susu dan air atau makanan. Mereka meletakkan barang-barang keperluan bayi atau kanak-kanak di atas kuburan dengan alas an bahawa anak-anak tersebut boleh menggunakan barang tersebut untuk keperluan mereka di sana. Mereka juga beranggapan bahawa anak-anak tersebut dahaga  dan perlukan susu.

Termasuk syirik adalah bernazar selain Allah dengan meletakkan lilin dan lampu untuk para ahli kubur.

Termasuk syirik besar adalah menyembah binatang untuk selain Allah kerana Allah berfirman: 


A001


“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).” ( Q.S. al-Kuthar: 2 )

Maksudnya berkorbanlah hanya untuk Allah dan atas namaNya. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah.” (H.R. Imam Muslim)

Pada binatang sembelihan itu terdapat dua hala yang diharamkan:
Pertama: Penyembelihannya untuk selain Allah.
Kedua: Penyembelihan dengan atas nama selain Allah.
Kedua-dua perkara ini menjadikan daging binatang semebelihan itu tidak boleh dimakan.

Termasuk penyembelihan jahiliyah yang terkenal di zaman kita waktu ini adalah menyembelihi untuk jin.

Iaitu apabila mereka membeli rumah atau membinanya, atau ketika mengali perigi, merek menyembeli di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan (sajian) kerana takut dari genggaman jin. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”