Islam adalah persaudaraan. Persaudaraan yang
dipertautkan antara sesama manusia berdasarkan jalinan akidah. Tidak ada
persaudaraan jika tiada akidah. Ia merupakan pengikat antara hati-hati mereka,
perasaan naluri dan sikap mereka serta tindakan dan kerjasama mereka dalam menghubungkan diri kepada pencipta alam
semesta, Allah s.w.t..
Persaudaraan dalam Islam adalah sendi yang menjadi tunjang untuk memperkukuhkan binaan dan mengeratkan hubungan antara penganut-penganutnya. Persatuan-persatuan Islam amat memerlukan ikatan yang saling bertaut, bersimpul dan mengikat antara satu dengan lain supaya menjadi satu jasad yang apabila menjadi sakit akan mengadu kepada anggota-anggota yang lain ketika diserang penyakit dan anggota-anggota lain pula saling membantu mengubatinya atau terlibat sama terpalit oleh sakit yang menimpa jasadnya.
Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
Apabila beliau menjemputmu hendak- lah engkau menunaikan jemputannya.
Apabila beliau menasihatimu hendak-lah engkau juga menasihatinya.
Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah ( )
Menjawabnya hendaklah engkau menyebut Yarhamkallah ( ).
Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.”
Oleh yang demikian,
tanggungjawab dan hak-hak persaudaraan yang
praktikal dapat menunjukkan sebenarnya kewajiban-kewajiban yang dapat dilihat sebagai suatu
tanggungjawab bukan hanya setakat
dilontarkan dalam bentuk kata-kata dibibir atau teori yang tidak berpijak di alam
nyata tetapi yang penting ialah mari kita perhatikan nasihat Nabi s.a.w. dan Sahabat r.a. mengenai
persaudaraan itu.
Islam itu persaudaraan kerana:
(H.R. Imam Muslim. Imam Bukhari
menyebut lima hak sahaja)
“Ikatan iman yang paling kuat
ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah.” ( H.R. Imam Ahmad )
“Siapa yang dikehendaki Allah
mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang
saleh. Seandainya beliau lupa (temannya
itu) akan memperingatkandan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan
menolongnya.”
“Sekiranya seorang dari kamu
berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya ,(dan Baginda s.a.w. memberi
isyarat dengan jejarinya) itu yang lebih baik baginya dari beriktikaf di masjidku ini selama dua
bulan.” (H.R. Imam Hakim dan Tabarani
daripada Ibn Abbas)
“Siapa yang melapangkan orang
muslim dari satu kemanusiaan dunia Allah akan
melapangkannya dari satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang memberi
kemudahan kepada orang yang
berkepayahan ALLAH akan memberikannya kemudahan di dunia dan di akhirat. Siapa yang
menyembunyikan rahsia orang muslim di dunia, ALLAH akan menyembunyikan
rahsianya di dunia dan di akhirat. ALLAH
akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya.” (H.R. Imam Muslim, Abu Daud,
Nasai, Tirmidhi dan Ibn Majah)
“Hak seorang muslim terhadap
seorang muslim adalah enam perkara:
Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau member salam. Apabila beliau
menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.
Apabila beliau menasihatmu hendaklah
engkau juga menasihatinya. Apabila beliau bersin dan menyebut (ALHAMDULILLAH)
hendaklah engkau menyebut (YARHAMKALLAH). Apabila beliau sakit hendaklah engkau
menziarahinya dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi
jenazahnya.” ( H.R. Imam Muslim dan Imam Bukhari)
“Janganlah kamu memutuskan
silaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci
membenci, jangan kamu hasad dengki. Jadillah kamu hamba-hamba ALLAH yang
bersaudara. Tidak harus bagi muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga
hari .” (H.R. Imam Malik, Abu Daud, N
“Jangan kamu memandang rendah
sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka
yang manis.” (H.R. Imam Muslim daripada Abu
Dzarr)
“Setiap perkara kebaikan itu
sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu
kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) dari bejanamu ke dalam bejana saudaramu.” (H.R. Imam Tirmidzi dan Ahmad)
“Hendaklah kamu saling memberi
hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan.” (H.R. Imam Bukhari dan Imam Abu Ya’la)
“Siapa yang mempertahankan
kerhormatan saudaranya ALLAH akan menjauhkan api dari mukanya di hari kiamat
kelak.” (H.R. Imam Tirmidzi daripada
Abu Darda)
“Doa seorang saudara terhadap
saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang
diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap mendoakan
kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: “Amin dan bagimu juga sepertimu.” (H.R. Imam Muslim daripada Abu
Darda)
Saidina Omar bin Khattab r.a. berkata:
“Engkau mestilah mencari
saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka
merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran.”
No comments:
Post a Comment