NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 20 July 2011

Al-Quran Hidangan Allah



Sabda Nabi s.a.w.:


“Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah,datangilah hidangan Allah selagi kamu berkuasa.


Sesungguhnya  Al-Quran ini tali Allah, cahaya yang terang dan penyembuh yang bermanfaat, pengawas bagi orang yang berpegang dengannya dan jalan kejayaan bagi mereka yang mengikutinya.


Apabila beliau menyeleweng (Al-Quran) akan memperingatkannya,
apabila beliau menyimpang (Al-Quran) akan memperbetulkannya.


keajaiban tidak putus-putus.
Seseorang tidak merasa jemu lantaran banyak dibaca.


Bacalah (Al-Quran),
sesungguhnya Allah akan memberikan kamu pahala membacanya,
setiap huruf sepuluh kebaikan,


Aku tidak mengatakan “alif lam mim” itu satu huruf,
Tetapi (tiap-tiap huruf itu ialah)  alif, lam dan mim.”


“Engkau mestilah membaca Al-Quran,
kerana al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”