
Perubahan zaman sedang
berlaku dan seperti yang dijanjikan dan memang diketahui umum bahawa silih
bergantinya pemerintahan itu akan berlaku. Persoalanya ialah kaedah bagaimana
berlaku sesuatu perubahan dan sebab musabab terjadinya. Barangkali kerana
penindasan yang berterusan, penjajahan, perompakan hasil mahsul negara atau
melalui provokasi peperangan dan sekatan supaya negara umat Islam sukar untuk mengembangkan
ekonomi dan teknologinya serta meningkatkan kepakaran mereka.
Walau bagaimanapun, umat
Islam yang di halang melaksanakan kefahaman dan perundangan mereka memang sukar
untuk dijinakkan. Kita dapat fahami di mana-mana sahaja negara umat Islam yang
diperangi, diserang, dikeroyok dan dijajah oleh penjajah akan terpukul dengan kehinaan, menerima kekalahan
dan akhirnya mereka menggunakan pelbagai alasan untuk menutup aib yang mereka
alami itu.
Dunia sedang melihat
lakunan-lakunan mereka. Orang buta walaupun tidak dapat melihat tetapi dapat
merasai akan perlakuan-perlakuan golongan samseng, bongkak dan tamak. Golongan
pekak dan bisu walaupun mereka tidak dapat bercakap tetapi mereka melihat
tentang kebiadaban manusia yang rosak tamadunnya. Bahkan orang yang sindrom dan
OKU juga memahami tentang telatah manusia yang bertopengkan kebajikan, bantuan
kemanusian, bersifat munafik dan berselindung atas nama kemanusiaan dan kuasa.
Itulah kaum imperialis dan kapitalis.
Akhirnya dapatlah kita
simpulkan bahawa kebijaksanaan itu milik orang Islam yang terlepas pandang
kerana sifat mereka yang teguh imam, konsistan, berpendirian, mengotakan
janjinya akan memilik kembali barang-barang yang tercicir itu.
Wasatiyyah
Tonggak Kesatuan Ummah
Pautan berkaitan:
No comments:
Post a Comment