NILAI & AKHLAK: UNTUK KEBANGKITAN MASYARAKAT
الحمد لله حمدًا
كثيرًا مباركًا فيه، والصلاة
والسلام على سيدنا رسول
الله وعلى آله وصحبه
وسلم، وبعد..
Islam
adalah agama Allah dan agama kesemua Nabi dan Rasul. Ia akan terus menjadi
penyelamat sebenar buat manusia. Islam telah menghadapi pelbagai cabaran besar
sejak beberapa tahun dahulu.
Antara
sokongan yang paling penting dalam merealisasikan kebangkitan ialah : Nilai dan
akhlak yang termaktub didalam jiwa, lalu ia menggerakkan tubuh badan. Maka
nilai dan akhlak itu akan bercakap dengan amal kerja, dan terjadilah cita-cita
besar yang diinginkan, yang dahulunya hanya satu angan-angan.
Asas-asas
gambaran praktikalnya telah ditunjukkan oleh didikan Rasulullah saw kepada para
sahabatnya. Rasulullah menanamkan akhlak dalam jiwa mereka, lalu terbukalah
dunia (dibawah pemerintahan Islam). Mereka itu adalah teladan yang terbaik di
atas muka bumi ini. Nabi saw mengajar mereka dengan katanya :
“Bahawasanya
aku ini diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Hadis sahih direkod
oleh Malik)
Begitu
juga apa yang kita temui bahawa Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiah telah
menekankan berulang kali akan kepentingan praktikal amali atas kesinambungan
iman da kepercayaan. Iman itu di aplikasi dalam alam realiti manusia. Ini
diajar dengan jelas dalam petikan kata-kata sahabat:
“Iman
adalah apa yang mendiami dalam hati, dan dibenarkan dengan amalan”
Para
ulama telah mendefinasikan akhlak dengan : “Kumpulan perkara-perkara mulia dan
tingkah laku yang diungkapkan”. Dengan itu, pembinaan kebangkitan dalam erti
kata sebenar mestilah membangkitkan sokongan akhlak yang sebenar, sepertimana
yang diajarkan Islam kepada kita. Pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan
semata-mata hanya akan merosakkan dan tidak menguatkan. Ia akan membawa
faktor-faktor kemusnahan. Tiada bukti dari sejarah silam dan hari ini yang
mengatakan pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan semata-mata akan
menguatkan daya kebangkitan. Tiada bukti dan hujah sejarah.
Apa
yang kita lihat berlaku pada hari ini dalam masyarakat kita, masyarakat arab
dan masyarakat Islam. Berlakunya pelbagai cabaran, pertembungan dan
permasalahan yang menghendaki kita untuk menimbang semula untuk kembali kepada
jalan yang benar. Kembali membina semula apa yang telah dirosakkan oleh sistem
zalim yang telah berlarutan dalam beberapa tahun ini. Jalan yang dibina itu
hendaklah menepati kaedah nabawi yang mulia.
Kebebasan
Islam
telah menjamin kebebasan sejak dari awal lagi. Kebebasan inilah yang membentuk
kemodenan-kemodenan. Islam telah memberikan kebebasan akal dan jiwa sebelum
membebaskan tubuh badan. Lantas, terbitlah kemampuan yang berpotensi dari jiwa
untuk pembinaan dan kebangkitan yang sebenar.
Allah
Taala telah menciptakan manusia pada asalnya sebagai bebas merdeka. Amirul
Mukminin Umar bin AlKhattab pernah berkata : “Sejak bila kamu (dibenar)
memperhambakan manusia, sedang mereka dilahirkan ibu mereka dalam keadaan
merdeka?”.Kebebasan itu telah wujud pada diri manusia sebelum mereka baligh dan
dipertanggungjawabkan lagi, supaya mereka mampu memilih setelah itu, bukan
sebelumnya. Sepertimana manusia diberikan hak kemahuan, kehendak, dan pilihan
supaya mereka dapat menilainya.
Islam
datang dan mengistiharkan kebebasan diri manusia di zaman manusia ketika itu
diperhambakan. Hamba dari segi pemikiran, politik, masyarakat, agama, dan
ekonomi. Islam datang dan memperkenalkan kebebasan: Kebebasan pegangan akidah,
kebebasan berfikir, kebebasan berkata-kata (bersuara) dan kebebasan mengkritik.
Kata Allah :
“Dan
(bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh manusia beriman),
jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di bumi.
(Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu;
kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Q.S. Yunus:
99)
Islam
menjamin kebebasan berfikir, kebebesan ilmu, kebebasan berpandangan, bersuara,
dan mengkritik. Juga kebebasan pegangan akidah dan slogan-slogan amalan agama
bagi pengikut risalah samawi. Diizinkan kebebasan ini bagi membangunkan
kebangkitan yang sebenar.
Demikian
juga, Islam mengakui kebebasan bertindak selagimana tidak menyakiti orang lain.
Ini bertepatan dengan kaedah umum dalam Islam : “Tidak mudarat dan
memudaratkan”. Justeru, apa jua kebebasan yang membawa kepada kemudaratan diri
atau orang lain adalah dihalang. Terikat dalam kaedah ini, bahawa kebebasan
anda berakhir apabila bermulanya kebebasan orang lain. Ini bagi memperluaskan
keamanan dan memberi peluang pembinaan kecemerlangan dalam erti kata sebenar.
Kesatuan
Kekuatan
kita adalah pada kesatuan dan perpaduan kita. Manakala kelemahan kita adalah
pada pepecahan kita. Allah berkata :
“Dan
berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan
(semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga
kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat
Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Q.S. Ali
Imraan: 103]
Antara
keistimewaan paling besar dalam umat ini adalah; ia merupakan sebuah umat yang
bersatu. Kata Allah :
“Dan
sesungguhnya agama Islam ini adalah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaku” (Q.S. Al-Mukminun: 52)
Hendaklah
kita bersatu padu bagi membina negara ini dan memberikan kebaikan terbaik atas
permasalahan peribadi. Ini bertujuan kembali membina apa yang telah dihancurkan
oleh si zalim. Allah telah menghancurkan mereka untuk kita. Perpecahan dan
perselisihan tidak akan memberi manfaat kepada kita, melainkan memberi manfaat
kepada musuh kita. Hendaklah kita berpegang teguh dengan kata Allah :
“Dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan
sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang bersabar.” (Q.S. Al-Anfaal: 46)
Adab
Berdebat
Tujuan
berdebat ialah untuk mencapai kebenaran, bukannya untuk memenangkan pendapat.
Kebenaran itu adalah objektif yang dikehendaki dan tinggalan yang diingini.
Antara kata-kata popular Imam Asy-Syafie, beliau pernah berkata : “Aku tidak
pernah berdebat melainkan aku tidak peduli; samada Allah menjelaskan kebenaran
itu dari lidahku, atau lidahnya”
Berdialog
dengan buruk dan tidak berdebat gaya terbaik akan menyempitkan dada, memecahkan
hati-hati, serta menaburkan tenaga dan usaha. Apabila telah jelas kebenaran
dari pihak lawan, dan kuat pula buktinya, hendaklah pendebat mengikutinya dan
mengakui kesalahannya. Bahkan lagi, hendaklah dia berterima kasih kerana telah
mendapat penjelasan kebenaran dari pihak lawannya. Kebenaran itu hendaklah
diikuti, manakala kebatilan hendaklah dijauhi. Jangan sesekali dia fanatik
dengan pandangannya dan berkeras pula memenangkan pandangan tersebut sekalipun
ia salah.
Allah
telah memberi amaran kepada kita dengan kataNya:
“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentangnya)." (Q.S. Al-Israa`: 53)
Fiqh
Berbeza Pendapat
Al-Quran
telah mengakui wujudnya perbezaan pendapat.
“Dan
kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat
manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian)
dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih.” (Q.S. Hud:
118)
Ayat
tersebut menjelaskan bahawa atas kehendak Allah, maka Dia menjadikan manusia
itu berselisih. Wajiblah bagi kita menjadikan perselisihan itu sebagai titik
mula pembinaan bukan pilihan kehancuran. Kita hendaklah menjadikan perselisihan
yang mambantu (Ikhtilaf Tanawwu`) yang membina pandangan, bukannya perselisihan
menentang (Ikhtilaf Tudhad) yang menyelerakkan kesungguhan dan kemampuan.
Hendaklah
kita menghormati orang lain, serta janganlah berburuk sangka. Jangan juga kita
mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain. Hendaklah kita berkomunikasi
dengan positif, insaf, terbuka, dan berkomunikasi yang terbaik dengannya.
Negara kita menghendaki dari kita kesungguhguhan total untuk melakukan
pembinaan yang telah diruntuhkan dari kita.
Bagaimana
kita dapat membinanya sekiranya kesungguhan kita masih berselerak dan hati-hati
kita masih berpecah belah, setiap orang mencari-cari kesalahan dan kekurangan
saudaranya untuk menjatuhkannya. Hendaklah kita meletakkan diri pada tempat
saudara kita kerana iman itu tidak akan menjadi sempurna melainkan jika kita
mengasihi saudara kita sepertimana kita mencintai diri sendiri.
Keadilan
Mengembalikan
keadilan merupakan asas penting Islam yang membangunkan kebangkitan, memajukan
masyarakat, serta merealisasikan kebahagiaan individu dan kumpulan.
“Sesungguhnya
Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan
mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (Q.S. An-Nahl:
90)
Ibnu
Qayyim berkata : “Sesungguhnya Allah swt mengutuskan rasul-RasulNya, menurunkan
kitab-kitabNya, bagi memberi keadilan kepada manusia. Ia adalah kebenaran yang
mendirikan bumi dan langit. Apabila kamu melihat tanda-tanda keadilan dimana
saja sekalipun, maka ianya adalah syariat Allah dan agamanya.”
Keadilan
itu hendaklah diberikan kepada orang yang menyokong dan orang yang menentang.
Kata Allah “Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Q.S. Al-Maidah:
8)
Masyarakat
hendaklah merealisasikan keadilan di muka bumi, dan membina seluruh
kehidupannya atas asas dan kaedah-kaedah keadilan sehingga ia mampu untuk hidup
dengan kehidupan yang bebas mulia. Setiap individu pula gembira berada dalam
naungan kebebasannya, bagi mencipta, melahirkan, dan menyebarkan kebaikan untuk
semua.
Menghormati
Kehendak rakyat
Revolusi
‘Musim Bunga’ Tanah Arab telah mengakhirkan penghambaan dan autokrasi dalam
negara dan rakyat. Autokrasi itu mencuri kekayaan negara dan memalsukan kehendak
rakyat. Zaman “Firaun berkata : Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan
dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada
kamu melainkan jalan yang benar”[Al-Mukmin: 29] Telah berakhir. Pandangan
rakyat kini diangkat tinggi sehingga mereka menjadi ketua akan keputusannya.
Imam
kita, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah melakarkan batasan bagi pembinaan
kebangkitan dan menjulang rakyatnya. Beliau berkata: “Sesungguhnya pembentukan
masyarakat, pendidikan rakyat, realisasi cita-cita, dan kemenangan prinsip..
menagih dari masyarakat akan kekuatan besar yang meliputi beberapa perkara: (1)
Kemahuan yang kuat, yang tidak terpukul oleh kelemahan (2) Keteguhan yang tidak
dikalahkan oleh pengkhianatan (3) Pengorbanan yang murni, yang tidak dihalangi
oleh sifat tamak dan kedekut (4) Mengenali prinsip dan meyakininya serta
menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan
dan tawar-menawar serta penipuan padanya”
Tumpahnya
darah syuhadak membuktikan kehendak rakyat, lantas membangkitlah pohon
kebebasan. Janganlah kita memperkecilkan kehendak rakyat, tetapi hendaklah kita
memberi jalan padanya, dan bergerak dengan suasananya. Dan janganlah cuba
memutar belitkan keadaan- sekalipun dia merasa mampu untuk menghadapi
masyarakat.
Persaingan
dalam cara kebangkitan di negara kita, melaksanakan program yang berfaedah, dan
kesalingan kita untu membantu kemajuan merupakan persaingan yang mulia. Jauh
dari perlawanan yang keji yang hanya menyempitkan dada, dan menghentikan
kemajuan. Hendaklah kita memandang (kehendak) Allah kemudian rakyat kita dari
diri kita sendiri bagi menjelaskan praktikal cinta kita kepada mereka. Ia
dilihat dari tindakan praktikal dalam kebangkitan yang sebenar yang
mengembalikan hak kedudukan antara masyarakat. Semua rakyat diseluruh penjuru
dunia telah bersepakat untuk berganti kepada pemerintahan demokrasi atas
undian, barangsiapa yang mengajak pada selain dari itu, maka dia tidak
bersetuju dengan dirinya sendiri.
Kehendak
rakyat adalah yang mendominasi. Ianya kekal dan sangat kuat dengan izin Allah.
Ia diatas segala kekuatan dan pemerintahan. Maka semua orang hendaklah
menghormatinya dan janganlah memperkecilkannya bagi kemajuan negara untuk
masyarakat.
Awas
Dengan Khabar Angin
Awas
dengan khabar angin. Ianya senjata yang membawa maut. Ia digunakan oleh musuh
untuk menentang. Dulunya ia digunakan ketika perang. Malangnya, kini ia
digunakan oleh orang yang saling bersaing dalam politik antara mereka tanpa
mengetahui akan bahayanya terhadap negara dan rakyat. Mereka terlupa akan kata
Allah :
“Tidak
ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan)
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan
menulisnya).” (.Q.S. [Qaaf:
18)
“Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Q.S. Al-Israa:
36)
Sebahagian
dari media bacaan, tontonan, dan yang didengar tidak memberikan kebenaran.
Lantas ia membantu mewujudkan kekeliruan dan keraguan. Ia cenderung kepada satu
individu atau kelompok. Lalu tersebarlah kabar angin, cerita tidak benar, dan
analisis salah. Ia dinyatakan seolah-olah ia satu kebenaran (sedangkan ia
tidak).
Sesungguhnya
kabar angina hanya menghancurkan, tidak membina. Tidak mungkin terjadi
kebangkitan atas sokongan kaedah kabar angin. Jadikanlah kaedah kita
sepertimana kata Allah :
“Wahai
orang yang beriman, apabila datang kepada kamu satu berita maka selidiklah
terlebih dahulu kebenarannya. Supaya kamu tidak menimpakan satu kaum dengan
perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) –
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. Al-Hujurat
: 6)
Maka
awasilah khabar angin dan bahaya menyebarkannya atau memberi saham dalam
menyebarkannya.
“Cukuplah
dikatakan seorang itu sebagai pendusta apabila dia berbicara tentang apa sahaja
yang dia dengar” – Hadis Sahih dalam rekod Muslim.
Wahai
umat Islam.. wahai manusia keseluruhannya.
Sesungguhnya
umat kita sekarang ini dalam peringkat kebangkitan. Ia menagih dari kita semua
untuk bersatu padu dengan kekuatan dan kesungguhan. Kita bergerak secara bersama
dalam satu arah yang sama bagi pembinaan negara kita, kebangkitannya, dan
kesatuannya. Hendaklah kita memperbanyakkan kerja baik bagi merealisasikan
kemajuan yang sebenar. Ini tidak akan berhasil melainkan dengan penampilan
akhlak dan nilai yang telah ditanamkan Islam dalam jiwa. Akhlak yang dianggap
penyelamat umat manusia jika ia dilaksanakan dalam diri dan kehidupan kita
sekarang ini.
Kata Allah :
“Dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah.;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan
bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang bersabar.” (Q.S. Al-Anfaal:
46)
(وصلى اللهم على
سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه وسلم..
_____________________
Allah
Maha Besar, dan bagi Allah segala bentuk pujian.
Kaherah,
22 Muharram 1434H. Bersamaan 6 Disember 2012
Penterjemah
: Syihabudin Ahmad
Sumber
asal berbahasa Arab :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=415756975163022&set
https://www.facebook.com/DrMuhammadMursy
https://www.facebook.com/DrMuhammadMursy
No comments:
Post a Comment