NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 1 August 2009

Mukadimah: Dosa-dosa yang di pandang ringan oleh manusia



Sinopsis: Mukadimah daripada tajuk buku: 'Dosa-dosa yang di pandang ringan oleh manusia', hasil karya: Al-Ustaz Muhammad Soleh al-Munajjid, yang diterjemahkan oleh: Abu Aminah Wajihah dan diterbitkan oleh: Pustaka Azhar, Johor Bahru, Johor (2006).

Oleh: Ustaz Muhammad Soleh al-Munajjid

Sesungguhnya segala pujian hanyalah bagi Allah s.w.t.. Kita memujiNya dan memohon pertolongan dan keampunanNya serta berlindung kepadaNya dari kejahatan hawa nafsu dan keburukan amalan kita. Siapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan sebaliknya, siapa yang disesatkan maka tidak ada yang dapat memberi  petunjuk kepadanya.

Sesungguhnya Allah s.w.t. mewajibkan beberapa kewajiban yang tidak boleh diabaikan, memberi beberapa ketentuan yang tidak boleh dilampaui dan mengharamkan beberapa perkara yang tidak boleh dilanggar.

Nabi s.a.w. bersabda:


“Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya maka itulah yang halal, dan apa yang diharamkan maka itulah yang haram, sedangkan apa yang didiamkan tentangnya maka ia adalah yang dimaafkan, maka terimalah apa yang dimaafkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa." ( H.R. al-Hakim )

Kemudian baginda membaca ayat: 


“Dan tidaklah Tuhanmu lupa.” 


A064


“Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.” (Q.S.Maryam: 64)

Perkara-perkara yang diharamkan adalah ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. melaui firmanNya:


“Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.”


A187


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.” ( Q.S.Al-Baqarah: 187 )

Allah mengancam orang yang melampaui ketentuan-ketentuanNya dan melanggar apa yang diharamkanNya seperti ditegaskan dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t.:


A014


“Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke adalam api nereka sedang ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang hina.” (Q.S.Al-Nisa: 14 )

Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan hukumnya adalah wajib, perkara itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:


“Apa yang aku larang kamu dari mengerjakannya, maka jauhilah ia, dan apa yang aku perintahkan kepada kamu maka lakukanlah semampunya.” (Hadith riwayat Muslim)

Sering kita saksikan sebahagian para penurut hawa nafsu, orang-orang yang lemah jiwa dan sedikit ilmunya, manakala mendengar perkara-perkara yang diharamkan secara berturut-turut ia berkeluh kesah kesal seraya berkata:


“Semuanya haram, tidak ada sesuatu apapun kecuali kamu mengharamkannya, kamu telah menyuramkan kehidupan kami, kamu menyebabkan hidup kami gelisah, menyempitkan dada kami, kamu tidak memiliki selain haram, agama ini mudah, persoalannya tidak sesempit itu dan Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Untuk menjawab ucapan mereka, kita katakan sebagai berikut:


“Sesungguhnya Allah s.w.t. menetapkan hukum menurut kehendaknya, tidak ada yang dapat menolak ketetapnNya. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, maka Dia menghalalkan apa yang dikehendakiNya dan di antara dasar kehambaan kita kepada Allah s.w.t. adalah hendaklah kita redha dengan apa yang ditetapkan olehNya, pasrah dan berserah diri kepadaNya secara mutlak.”

Hukum-hukum Allah s.w.t. berdasarkan atas ilmu, hikmah dan keadilanya, tidak sia-sia dan main-main. Allah s.w.t. berfirman:


A115


"Telah  sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya), sebagai kalimah yang benar dan adil, tidak ada yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Q.S.Al-An’am: 115)

Allah menjelaskan kepada kita tentang kaedah halal haram dalam firman firmanNya:


“Dan (Allah) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala  yang buruk.”



A157


"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (Q.S.Al-A’raaf: 157)

Maka yang baik-baik adalah yang halal, dan yang buruk-buruk adalah haram. Perkara menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hanyalah  hak Allah menetapkan dirinya berhak menentukannya maka dia telah kafir dan keluar dari agama Islam.

Allah s.w.t. berfirman:


“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah.” 



A021


"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Q.S.Al-Syura: 21)

Tidak seorangpun berhak berbicara tentang halal haram kecuali para ahli yang mengetahuinya berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah memberi peringatan keras kepada orang yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan, sebagaimana yang ditegaskan dalam firman Allah s.w.t.:


A116


“Dan janganlah kamu mengatakan apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram” untuk mengadakan-gadakan kebohongan terhadap Allah.” (Q.S.Al-Nahl: 116)

Perkara-perkara yang diharamkan secar qath’i (tegas) terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah seperti dalam firman Allah s.w.t.:


“Katakanlah: marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.” 



A151


"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya." (Q.S.Al-An’am: 151)

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”