NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 1 December 2013

SULTAN BRUNEI KAWAL LALU LINTAS KETIKA JURU IRING BERMOTOSIKALNYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!!


Omak Kau  mendapat kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.

Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Amat kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.



Sumber: http://networkedblogs.com/RBVW6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”