NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 31 December 2014

PERISTIWA DIREKA-REKA AKAN MENJADI BENAR KERANA BERCAMPUR BAUR DENGAN KEBENARAN



PERISTIWA DIREKA-REKA BERCAMPUR BAUR; BENAR DAN PALSU
Dalam isu benda haram walau sedikit yang bercampur dengan benda halal ia tetap haram. 

Tetapi dalam teori isu mengenai perkara direka-reka atau penipuan akan menjadi benar kerana bercampur baur antara kebenaran dengan kepalsuan menurut teori golongan dajal. Mereka memperkatakan tentang kebatilan kerap diulang-ulang dan dipautkan dengan keadaaan semasa bagi membisik-bisikan supaya pendengarnya dari kalangan dungu-dungu terbuai-buai sehingga terbawa di dalam mimpi-mimpi yang mengasyikkan.

Dunia ini sifatnya benda. Ia diciptakan supaya wujud suatu sistem sosial di antara kelompok-kelompok manusia yang terpisah-pisah. Mereka pula terpisah-pisah oleh lautan, bukit-bukau, hutan belantara dan kawasan geografinya yang pelbagai ragam. Manusia pula berkembang daripada Adam dan Hawa kepada kelahiran anak kembar sepasang setiap kelahiran. Daripada keturunan Adam itu manusia berkembang biak. Ada manusia bersifat cerdik atau bodoh, ada yang berani atau pengecut, ada sukar membezakan antara mengutamakan bahasa asing atau menjulang bahasa jiwa bangsa, ada bersekongkol dengan dajal membantu dan menyorok MH370, ada meniru skrip-skrip pengganasan WTC diterjemahkan kepada pengganasan Lahad Datu, dan ramai berpakat memamah khazanah-khazanah pribumi diagih-agih antara diri dan kroni. Akhirnya mereka yang amanah akan hidup seperti peribahasa: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,.

Suatu desa pernah seorang pemuda asyik menakut-nakutkan penduduk desannya (menggunakan istilah desa sesuai dengan zamannya) dengan pelbagai kejutan yang dilakukan oleh pemuda desa itu. Mempermain-mainkan masyarakat desa dengan kehadiran binatang buas. Walau bagaimanapun, binatang yang dinyatakan untuk menakut-nakutkan masyarakat desa itu bebas dari binatang tersebut. Tidak pernah wujud di desa tersebut. Tetapi oleh kerana pemuda desa tersebut kerap mengulang-ulangi peristiwa-peristiwa serupa sehingga suatu peringkat masyarakat desa itu tidak lagi mempercayainya, dan membiarkan sahaja pemuda desa itu mengulang-ulangi jeritan-jeritannya. Ia  tetap berulang-ulang menjerit-jerit supaya masyarakat desa mempercayainya.

“Tolong-tolong ada serigala, tolong!”
“Dimana seriga?” jerit orang-orang desa bertanya sambil berlari kearah pemuda itu untuk memberikan bantuan.
“Kah! Kah! Kah!” sambil ketawa pemuda itu menjawab serigala telah pergi.
“Tolonggggggg! Tolonggggg! Serigala!” jerita pemuda pada hari lain pula.
“Dimana serigala?” sampuk seorang penduduk desa itu.

Pemuda itu sambil ketawa memberitahu bahawa mereka kena tipu lagi.
Pada hari lain pula berlaku lagi jeritan dari pemuda desa itu.

“Tolong! Tolong! Tolong! Serigala! Serigala!”
“Tolong! Tolong! Serigala!”
“Tolong! Serigala!”
“Tolonnnnggggggggg!!!!!!. . . ,” suara jeritaan pemuda itu semakin senyap dan menghilang di sedut oleh keheningan desa yang aman tenteram itu.

Penduduk desa pula kehairanan. Kebiasaannya pemuda itu tidak akan berhenti dari melaung-laung meminta tolong kecuali terdapat dari kalangan penduduk menjenguknya. Memandangkan tiada seorang pun yang merespon tindakan pemuda itu kerana penduduk desa telah mengetahui fiil pemuda itu. Mereka pula berpakat tidak terpengaruh lagi dengan jeritan-jeritan pemuda yang dipenuhi dengan lakunan-lakunan itu.

Desa itu jauh dari hutan belantara di mana terdapatnya serigala. Dalam ingatan orang desa binatang jenis serigala memang tidak pernah wujud di kawasan mereka, ditemui atau datang di desa mereka. Desa mereka bebas dari binatang bergelar serigala.

Penduduk desa saling berpandangan. Mereka hairan kerana suara pemuda itu hilang bersama hebusan angin sepoi-sepoi bahasa. Mereka pun bersetuju untuk melihat pemuda itu walaupun mereka ditipu juga. Sesampai mereka di kawasan pemuda melakun-lakunkan aksi-aksinya itu didapati pemuda itu tiada di situ tetapi terdapat carikan baju pemuda itu bertaburan di sana sini dengan kesan darah dipelbagai tempat, seperti berlaku pergelutan di antara pemuda itu dengan binatang yang menyerangnya.

Kesan-kesan heretan membawa pemuda itu boleh dilihat dengan jelas. Mereka mencarinya tetapi tidak menemuinya lagi. Hilangnya pemuda itu bersama ilusi-ilusi yang diciptanya. Allah s.w.t. akan membenarkan sesuatu kebenaran itu adalah benar dan sesuatu kepalsuan itu adalah palsu. Apabila penduduk desa mencari-cari mengekori jejak-jejak, kesan-kesan heretan itu maka mereka pun menemui mayat pemuda itu dalam keadaan yang tragis tetapi mereka tidak menemui binatang lain di situ.

Penduduk desa pun memahamai bahawa sesuatu pembohongan itu apabila diulang-ulang ia akan menjadi suatu kebenaran. Barangkali Adolf Hitler mengambil pengajaran dari peristiwa pemuda desa itu bahawa pembohongan yang  selalu diulang-ulang akan diterima sebagai suatu kebenaran akhirnya. Barangkali.

Sebab itu di halaman ini kerap diulang-ulang sesuatu peristiwa supaya pembaca  menelita mesej yang hendak disampaikan, walaupun mesejnya sama tetapi olahannya berbeza.

Mesej-mesej yang dikemukakan itu wajar diteliti tempoh masanya, suasana kejadian, plot-plot ceritanya, perhati mata dan mulut penuturnya, kebolehpercayaan dengan lakunan-lakunan yang berlaku, peristiwa yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun kehadapan dan isu yang berlaku dalam jangka masa enam bulan dalam tahun semasa.

Banyak lagi contoh-contoh yang boleh dikemukakan, memandangkan dajal-dajal dan pengganas-pengganas itu bertopengkan manusia mulia maka sukacita dipohon supaya bertaubatlah, jangan mendajal lagi, martabatkan bangsamu, perkukuhkan bahasamu supaya etnik-etnik yang pelbagai ragam menjadi wargamu itu mengikut nasihatmu dan mereka tidak menjadi ‘Bughah’ seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada semua mangsa Memali itu, tetapi beberapa ulama  tersohor menyanggah fatwa tersebut dan mereka pula telah kembali kerahmatullah. Semoga roh mereka dirahmati oleh Allah s.w.t. serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Kepada mangsa-mangsa Memali dan anggota keselamatan yang terkorban, mereka semuanya, marilah kita sama-sama berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang saleh kerana menjadi mangsa keadaan. Al-Fatihah.





Tuesday, 30 December 2014

PASPORT PENGGANASAN DIAKHIRI



PASPORT PENGGANASAN DIAKHIRI
Biasa didengar pengganas-pengganas sesama pengganas kejar-mengejar sehingga  berlaku tembak-menembak di antara mereka untuk menyelesaikan pengganasan yang bermaharajalela di kalangan mereka. Dilihat kepada trend pengganasan itu tembak-menembak dilakukan di jalanan kawasan terpencil, kawasan-kawasan jin bertandang dan jauh dari suara-suara kanak-kanak.

Suatu pengganasan yang dilakukan oleh pihak yang beruniform selalu menjadi tajuk utaman media massa, walau bagaimanapun, perkara seperti itu dinafikan oleh mereka apabila perkara-perkara tersebut didedahkan oleh media massa dan menjadi bualan masyarakat.

Pelajar-pelajar Mexico diculik oleh pihak beruniform sehingga berlaku demontrasi berterusan yang mengundang kepada penglibatan keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat bersuara mendesak pihak kerajaan. Mereka melakukan demontrasi itu dengan tujuan mendesak pihak beruniform membebaskan dan  melepaskan pelajar-pelajar sekolah seramai 40 orang yang ditahan oleh mereka. Tetapi tetap tidak diendahkan oleh pihak beruniform.

Pihak beruniform mengekang pergerakan pelajar-pelajar pengajian tinggi yang dikecualikan daripada memakai pakaian beruniform  kerana dibisik-bisikkan oleh golongan dewasa. Motifnya adalah calon-calon yang menjadi pentadibir-pentadbir Hong Kong mestilah melalui tapisan yang dilakukan oleh pihak berkuasa China.

Pihak beruniform mengadakan komplot huru-hara di dalam penjara  dengan tujuan-tujuan tertentu dan untuk menyelesaikan huru-hara tersebut lalu diangkat M16 menembak banduan-banduan tersebut walapun banduan-banduan yang berada dibarisan hadapan itu telah tunduk dan mohon perlindungan. Tetapi ketua penjara tidak menghiraukannya menghabiskan satu magazein kelopak peluru yang ada di dalamnya.

Ada juga pihak beruniform mengejar kenderaan pengganas yang enggan berhenti lalu mengejarnya sambil mengangkat senjata dihalakan kearah kenderanan yang memecut laju itu. Penembakan bertalu-talu tanpa menoleh ke kiri dan kanan lagi telah menyelesaikan masalah. Setelah tembakan mengenai sasaran lalu kenderaan yang dipandu pengganas itu terbabas di tepi jalan dan berhenti. Apabila diperiksa di dapati di dalam kenderaan itu seorang pelajar yang telah terkulai mati. Menurut pasukan beruniform di dalam kenderaan itu terdapat senjata

Berlaku juga intipan di kawasan tol ketika suspek menghampiri kawasan tol maka pasukan penembak yang telah bersedia itu menaburkan beberapa das  tembakan kepada suspek. Apabila kenderaan suspek diperiksa di dapati terdapat senjata di dalamnya walaupun  kenyataan pihak beruniform itu dinafikan oleh kelurga suspek yang ditembak mati itu. Suspek pula telah mati tidak dapat berkata-kata menjawab pertuduhan kepadanya.

Seorang ketua menteri telah melalui sekatan jalan dan apabila diselongkar bonet kenderaannya di dapati senjata jenis M16 terdapat di dalamnya sehingga kini tiada maklumat mengenainya. Ketua menteri itu sudah tidak aktif berpolitik lagi.

Terdapat juga pihak beruniform melakukan tahanan reman kepada individu, pada keesokan harinya keluarga suspek diminta menuntut mayat mangsa dihospital kerana mangsa mati mengejut.

Ada juga pasukan beruniform telah didatangi oleh mangsa kerana diarah datang untuk membuat laporan tentang isu-isu yang berbangkit. Beberapa jama selepas itu mangsa didapati tertiarap di bahagian bangunan yang didatanginya itu, manakala pintu tingkap pula ternganga. Setelah dibuat perbicaraan sehingga di peringkat rayuan, maka Mahkamah Persekutuan mengarahkan penyiasan semula dilakukan untuk mengetahui punca kematian mangsa kerana ada laporan kesan-kesan lebam dan luka dalam kepada mangsa.

Ada juga pasukan beruniform yang mengawal suasana setempat lalu mengadakan rondaan sebagai ‘rutain’ mengawal keadaan tetapi sayang mereka ditembak hendap ketika perjalanan balik ke pangkalan.

Terdapat juga pasukan beruniform menggunakan peluru hidup berpesta menembak para demontrasi kerana menentang rampasan tentera oleh tentera Mesir.

Pasukan beruniform Israel melakukan aksi-aksi brutal menembak menggunakan peluru hidup kepada para peserta demontrasi kerana menghalang pasaukan beruniform menghalau mereka dari kampong halam tercinta.

Terkini pasukan bukan beruniform menyerang sekolah tentera Pakistan di Pesawar yang beruniform. Mereka melakukan kontra kepada aksi-aksi yang dilakukan oleh pasukan beruniform diseluruh alam.

Termasuk juga seorang awam telah melakukan penembakan kepada pasukan beruniform ketika berada dalam kenderaan. Pasukan beruniform itu ditembak mati di dalam kenderaan mereka.

Perlakuan-perlakuan kejadian yang dirakamkan itu adalah sebahagian dari ribuan kes-kes yang melibatkan penembakan dan kematian kejadian sebenarnya, ia diceritakan semula dengan olahan-olahan berbeza dengan cerita-cerita sebenarnya.











Monday, 29 December 2014

PEPERANGAN TANPA PENGISYTIHARAN



PEPERANGAN TANPA PENGISYTIHARAN
Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara akan diberi peringatan dan amaran terlebih dahulu kepada semua golongan; umat Islam atau kafir. Setelah diberi peringatan dan amaran tetapi melakukan kedajalan juga maka jatuh hukum akan dikenakan. Hukuman dijalankan dan dikuatkuasakan. Mereka yang belum sampai peringatan dan amaran tersebut akan terlepas dari hukuman. Berbeza dengan golongan dajal, mereka berkomplot, bersekongkol, berpakat, melakukan sesuatu kedajalan. Contohnya menyorok MH370. Tembak MH17.


Peperangan tidak semestinya melibatkan pertempuran. Menggunakan alat-alat membunuh, peralatan perang, kimia, bom atom, nuklear, perang saraf, saling berjaga-jaga disempadan, bersiap siaga dari ancaman dan berlaku pertempuran. Perkara itu diistilah sebagai peperangan terbuka. Perang bersemuka.

Peperangan jug berlaku disebalik tabir; menghantar virus Ebola, rumput miang Mexico, meruntuhkan ekonomi orang lain secara senyap, membuat tuduhan-tuduhan palsu, memulakan sekatan dengan alasan pelbagai, beraksi dibelakang negara-negara yang bersengketa, beraksi sebagai proksi-proksi yang kabur seperti MH370 disorok, melengah-lengahkan kes penembakan MH17, memainkan peranan menaikkan sesuatu barangan supaya sukar dibeli, menyekat pengeluaran barangan supaya bekalannya terputus, melambak-lambakkan barangan keluaran supaya harganya merudum, menahan barangan untuk dipasarkan supaya tiada dalam pasaran, menuduh orang lain dan bersubahat bersahabat dengan musuh yang dituduh atau bersifat munafik, mengawal harga pasaran-memonopoli dan tidak jelas ciri-ciri permusuhan mereka seperti api dalam sekam, barah dan diabetes dalam badan. Ia hanya diketahui setelah parah.

Umat Islam telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka tidak akan terperangkap oleh anasir-anasir jahat. Komplot-komplot dan persekongkolan. Jika terkena juga kerana ada sesuatu pakatan. Ia sukar dielakkan kerana dilakukan oleh orang dalam.

Bagaimana hendak menghapuskan penjenayah yang mengetahui rahsia-rahsia besar negara. Mereka adalah individu yang dipercayai, pemimpin yang disayangi rakyat, mempunyai wawasan yang bombastik, semua jentera dibawah telunjuknya, tetapi sayang ada pemimpin dibawah telunjuk isteri mereka.

Menurut pengalaman orang dungu-dungu dikatakan kerana termakan nasi kangkang atau memakan kangkangan. Itu adalah implikasi daripada makan nasi kangkang.

Apabila pemimpin telah termakan nasi kangkang, sukar untuk dijelaskan tentang kehebatan pemimpin-pemimpin tersebut berhadapan dengan musuh-musuh rakyat. Mereka tegas dengan musuh-musuh politiknya, walaupun ditegur untuk diperingatkan tetapi dengan pemberi nasi kangkang pijak semut pun tak mati. Pemimpin yang telah menunaikan haji sewajarnya mereka melihat kehebatan bangsanya, serlah bahasa jiwa bangsanya, utamakan bahasa syurganya setelah memuhasabahkan diri di hadapan Kaabah Allah. Jika belum juga berubah ‘conform’ diakuri jelas pasti bahawa nasi kangkangan sebati dengan darah mencair di dalam badan mereka.

Serangan tanpa sedar kepada ekonomi beberapa negara telah melonjatkan jumlah hutang yang sukar disusutkan. Hutang yang membebankan. Jangan jadikan hutang-hutang itu sebagai komisen kepada golongan dungu-dungu. Sebagai perbandingan, apabila harga minyak mentah dunia merudum kerana dinilai menurut pasaran harga global yang dikawal oleh Amerika Syarikat.

Harga minyak mentah global yang sepatutnya dikawal oleh OPEC tidak berlaku pengawalan ke atasnya oleh negara-negara anggota OPEC itu. Bukan sahaja tidak mengawal pengeluaran minyak mereka tetapi terus melipat gandakan pengeluarannya  sehingga diberitakan Arab Saudi enggan mengekang dan menghadkan pengeluaran minyaknya supaya harganya tidak terkawal dan berlambakan dipasaran. Akhirnya, harga minyak mentah global jatuh menjunam seperti MH17 ditembak oleh pesawat pejuang MIG-29 milik Ukraine seperti yang diberitahu oleh Rusia.

Dalam alam ini, umat Islam yang cerdik akan memenangi peperangan. Dan yang dungu-dungu suka berkomplot dengan dajal. Golongan dungu-dungu itu suka dibelenggu dan terbelenggu oleh ilusi-ilusi yang dicipta oleh mereka sendiri. Jati dirinya lemah, jiwa merdekanya merudum. Awasi permainan dajal, termasuklah menyorok MH370.

Ingat, jangan makan nasi kangkangan. Jangan mendajal. Bebaskan diri dari belenggu dajal.

Senario harga minyak yang semakin menyusut adalah suatu peperangan  tanpa pengisytiharan. Jangan seronok harga minyak mentah global turun kerana peperangan baru bermula. Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pula memalukan golongan dajal di arena antarabangsa, manakala peluru-peluru berpandu Rusia diletakakan dalam keadaan bersiap siaga dan demikian juga peluru-peluru berpandu Korea Utara.

Kerana peperangan tanpa pengisytiharan.

Kesan nyata dari penurunan harga minyak mentah global itu apabila pejuang-pejuang Daulah Islamiyah dapat mengawal beberapa telaga minyak yang berpotensi untuk melumpuhkan ekonomi global. Pemerintah Daulah Islamiyah juga telah mengisytiharkan urusniaganya menggunakan dinar emas dan dirham perak. Maka bermulalah minyak mentah global menyerap merudum secara sistematik.

Persenkongkolan Amerika Syarikat, NATO/EURO dan sekutu-sekutunya berusaha menyerang pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, ada kaitan dengan penurunan harga minyak mentah pada peringkat global itu. Impaknya terkena kepada Rusia.

Selepas ini kita hendak melihat siapa yang cerdik antara kumpulan Amerika Syarikat NATO/EURO dan sekutunya, atau kumpulan BRICS atau/dan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah yang sedang merintis selangkah demi selangkah menebas  halangan-halangan bagi menjulang kegemilanganya semula.

Memandangkan pengeluaran minyak mintah global dikawal oleh teknokrat-teknokrat minyak, mereka pun licik juga memanipulasikan harga pasaran, penghantaran dan eksport importnya. Melalui urusniaga seperti itu akan melonjatkan keuntungan berlipat ganda yang telah dijangkakan. Mereka tidak kisah hutang-piutang orang lain walaupun adik-beradik, yang penting pelan jangka panjang, ruang peluang terdedah dimanfaatkan seperti perancangan disepakati. Negara-negara yang berpaut dengan ekonomi minyak dan menurut harga pasaran minyak mentah global akan menerima kesan langsung dari penurunan harga minyak mentah itu. Ia adalah suatu permainan yang pernah berlaku sebelum ini. Orang dungu-dungu terbelenggu oleh bisikan-bisikan dajal.

Peperangan tanpa pengisytiharan juga  berlaku bukan sahaja melalui minyak, tetapi juga dengan air, udara, tanah, laut, ekonomi dan sabotaj.

Jika perlu kepada pembuktian akan didedahkan kemudian melalui halaman ini secara anekdot. Untuk perinciannya perlulah kepada kajian dan dibentangkan tesis yang dihasilkan oleh anak-anak watan bangsa ini bagi menjelaskan susur-galurnya. 

Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang-orang yang beriman.

Bersedialah menghadapi peperangan tanpa pengisytiharan.








Sunday, 28 December 2014

PYONGYANG MARAH, AMERIKA SYARIKAT MENGALIHKAN PERHATIAN



PYONGYANG MARAH, AMERIKA SYARIKAT
 MENGALIHKAN PERHATIAN

Peringatan kepada Amerika Syarikat, Pyongyang dan Korea-Korea (Korea Utara dan Korea Selatan).



Amerika Syarikat merangka perang saraf dengan Pyongyang kerana sukar menerima penyatuan Korea-Korea yang terpisah itu. Ia cemburu kerana Korea-Korea itu saling merujuk dan berkahwin semula, selepas itu ia ternganga. Ia hanya akan menerima perkahwinan tersebut jika cengkamannya kukuh sebagaimana kukuhnya cengkaman kepada Jerman.


Pyongyang amat marah kepada Amerika Syarikat kerana sebuah filem mereka-mereka cerita untuk menunjukkan tentang pemimpin utama negara itu berlakun.
Dan aksi-aksi yang jauh daripada sifat-sifat yang dimiliki oleh pemimpin mereka.
Seperti langit dengan bumi.

Direka-reka.
Ilusi-ilusi mendajal.
Bersifat menghina.
Bagi mengelak kemarahan Pyongyang, Amerika Syarikat menuduh pihak Pyongyang kononnya telah menggodam akses Sony Pictures sehingga mengalami kerugian jutaan dolar yang bersekongkol mengenai cerita-cerita yang direka-reka.

Maka sidajal pun meminta ganti rugi daripada Pyongyang atas alasan dungu-dungu.

Mengapakah Amerika Syarikat tidak menuduh Pyongyang melakukan penggodaman sebelum didedahkan filem yang menceritakan rekaan-rekaan pemimpin utama Korea Utara itu berlakun?

Apakah modus operandi tersebut ada kaitan untuk membangkitkan kemarahan Pyongyang lalu diberitahu kepada khalayak/PBB konon-kononya tidak berkerjasama dengan masyarakat antarabangsa?

Itukah wajah sebenar Amerika Syarikat menggunakan agensi lain, individu tertentu atau negara asing lalu menuding kesalahan kepada negara yang memang dimusuhinya dan menyatakan sokongan kepada proksinya seolah-olahnya ia tidak terlibat berpakat merancang perkara tersebut?

Atau/lalu membantutkan penyatuan Korea-Korea, kerana filem direka-reka itu, begitukah perancangannya?

Filem itu pula dpromosikan, diiklankan secara meluas supaya bukan sahaja masyarakat Amerika Syarikat mendengar dan melihatnya tetapi diberitahu kepada golongan dungu-dungu yang tinggal terpencil dipelbagai pelusuk alam agenda-agenda yang tersembunyi itu.
Suatu kelicikan untuk mengalih perhatian dari penyatuan Korea-Korea kepada kemarahan Pyongyang dengan filem direka-reka dilakunkan ditayang secara terbuka kepada umum untuk ditontoni oleh orang ramai.

Manakala penggodaman kepada Sony Pictures adalah bersifat subjektif, umum dan tidak diketahui siapa penggodamnya.
Ia tuduhan-tuduhan terbuka, melulu bukan bersifat specifik sebagaimana Amerika Syarikat membuat tuduhan-tuduhan menyatakan bahawa MH17 ditembak oleh pemisah Donetsk menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.
Sehingga hari ini Amerika Syarikat belum membuktikan tuduhan-tuduhan yang beliau lontarkan itu, sebagai kontra kepada pendedahan-pendedahan yang dikemukakan oleh Rusia.
Kini masyarakat antarabangsa masih menunggu-nunggu pendedahan kedua daripada Amerika Syarikat tentang manusia yang menembak MH17 kerana penembak itu bukan seekor binatang.
Sila kemukakan bukti?
Barangkali tunggu setahun atau bertahun-tahun lagi kemudian baharu diputuskan, siapakah dajalnya dan proksi-proksi yang beraksi dibelakangnya?
Hebat.
Hebat.

Tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat itu adalah ulangan-ulangan yang pernah dilakukannya kepada Afghanistan sebuah negara miskin untuk dirampasnya kerana geografinya strategik.
Selepas tuduhan-tuduhan kepada Afghanistan, dalam tempoh dua bulan selepas tuduhan-tuduhan dilakukan, Amerika Syarikat mengarahkan tenteranya bersekongkol dengan NATO menceroboh Afghanistan kawasan yang antara terindah di dunia dan strategik.
Suatu perlakuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat untuk merampas harta milik orang lain.

Tetapi dengan Pyongyang jangan lakukan!

Jika Amerika Syarikat ingin melakukannya juga, akan dilihat selepas ini permainan-permainan bunga-bunga api dan roket-roket dilancarkan menerangi langit menghala kawasan-kawasan strategik Amerika Syarikat.
Ia bukan sahaja kedengaran bunyi-bunyian ketika bunga-bunga api dan roket-roket itu dilancarkan tetapi lagi meriah apabila ia mendarat kedengaran bunyi-bunyian beraneka ragam dentumannya sebagaimana apabila Presiden Iraq Saddam Hussein melancarkan Scud ke Israel pada 2003 bersorak-sorak seronok kanak-kanak Palestin meraikannya.
Barangkali bunga-bunga api dan roket-roket yang dilancarkan nanti sebagai tanda meraikan: ‘Selamat datang tahun 2015, Ahlan wasahlan ya marhaban bikum’.

Amerika Syarikat sewajarnya tidak mengalihkan perhatian masalah-masalah dalaman dalam negaranya kepada negara yang dianggapnya boleh dimakan, ditelan dan ditangani seperti virus Ebola, Afghanistan, pemisah Ukraine, sekatan kepada Rusia, Daulah Islamiyah dan terkini Pyongyang.

Amerika Syarikat belum lagi menerima tindakbalas dari BRICS, EURO dan pejuang-pejuang yang bertebaran diseluruh alam. Jangan paksa mereka bertindak.

Amerika Syarikat diperingatkan dan diberi amaran bahawa negara-negara miskin boleh bertindakbalas jika mereka terdesak dan diasak bertalu-talu.

Amerika Syarikat bernasib baik kerana Rusia dan China berdiam diri, tidak mengikut rentak dan bertindak secara agresif aktif; beraksi dibelakang tabir, bermuka-muka dan bertindak kepada golongan yang tidak disukainya.
Tetapi apabila bunga-bunga api dan roket-roket telah diluncurkan sukar dipastikan sikap berkecuali mereka lagi.

Manusia lain juga ingin hidup.
Jangan mengugut orang lain.
Mereka adalah manusia-manusia merdeka.
Jangan cabar mereka.

Dalam krisis Amerika Syarikat-Pyongyang itu, ia adalah barah kepada Amerika Syarikat. Sebab itu ia sengaja memasang sensetiviti Pyongyang kerana ada imbalannya.
Ia bangkitkan isu, wujudkan perang saraf, ugut mengugut, melaga-lagakan, ia adalah pencatur yang difahami kepada Korea-Korea itu dan juga pencatur kepada negara dungu-dunga yang terbelit kerana politik dalaman, hutang-piutang, ekonomi dan strategik yang dirangkakan olehnya.

Beberapa petanda bahawa Korea-Korea itu akan bermesra dan berkahwin semula, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa untuk membina hidup baru dan melahirkan zuriat-zuriat bersurat beranak KOREA, dan jika mereka melancung memakai passport KOREA tetapi Amerika Syarikat penghalangannya dan melihat ia sebagai suatu yang wajar dilengah-lengahkan, dihalang atau dihasut bergaduh supaya percantuman Korea-Korea itu terbantut, batal dan tidak menjadi kenyataan sebagaimana Jerman Barat dan Jerman Timur dapat disatukan menjadi kesatuaan Jerman.

Sukar dibayangkan jika Korea-Korea berkahwin.
Duit akan hilang.

Dalam merangka strategik pelbagai kebarangkalian boleh berlaku dan sensitif dengan perubahan-perubahan tiupan angin apatah lagi dihadirkan agen-agen bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat untuk menangani masa hadapan.

Hari ini Amerika Syarikat bertindak melakukan kedajalan dan menuduh orang lain bersalah sebelum perbicaraan dilakukan.
Ia juga akan melakukannya kepada merka yang tidak disukainya.
Kepada golongan dungu-dungu, ambil perhatian dan berhati-hati ya.

Ia pula mengugut negara-negara yang boleh diugutnya.

Amerika Syarikat sifatnya suka mencetuskan sesuatu kes, isu atau peristiwa lalu melakukan tuduhan, mendakwa dan menghakimi mengikut kehendaknya.
Kes-kes yang dibawa dan diselia olehnya.
Isu-isu dibangkitkan olehnya.
Peristiwa-peristiwa dilakukan oleh pengganas-pengganasnya.
Ialah polis.
Ialah penuduhnya.
Ialah pendakwa.
Ialah hakim.
Ia membolot semuanya sehingga golongan dungu-dungu ternganga melilih air liur.

Amerika Syarikat mesti belajar ajaran Islam supaya kesombongan tidak melampau. Banyak negera-negara lebih hebat dari Amerika Syarikat sebelum ini tetapi semuanya telah musnah.
Musnah bersama kesombongan mereka.
Hancur.
Hanya tinggalan catatan sejarah yang sempat dicatatkan.
Amerika Syarikat jangan mengikut langkah kemusnahan itu.
Musnah ditelan oleh zaman.
Ingatlah contoh yang terbentang itu.

Wujudkan strategik membina jangan mendajal.
















Friday, 26 December 2014

TALIBAN MULA MEMANASKAN BADAN



TALIBAN MULA MEMANASKAN BADAN
Pejuang-pejuang Taliban mula memanaskan badan mereka sebagai ‘warming up’ sebagai persiapan menghadapi hari-hari gemilangan yang menjanjikan kejayaan


Pejuang-pejuang Taliban dikaitkan dengan serangan sekolah tentera Pakistan di Peshawar kerana rekrut-rekrut muda-muda itu dicucuk akal dan perasan mereka menghadapi Taliban sebuah negara miskin tiada duit dan Amerika Syarikat boleh memberi duit merasuah kepada sesiapa yang ingin menerima rasuah termasuk pemimpin-pemimpin pelahap duit rakyat berselindung dengan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan.

Penyerangan sekolah tentera Pakisrtan itu adalah suatu yang menunjukkan bahawa yang diserang itu adalah sekolah bukan musuh. Licik dajal berbisik-bisik.

Apabila media antarabangsa yang beroperasi di Peshawar Pakistan membina olahan-olahan cerita dan penunjukan gambar kanak-kanak sekolah yang telah diedit dipertontonkan gambar-gambar paras bahu pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung ketika tragedi ditemuramah, video berdurasi beberapa minit kanak-kanak beruniform dipimpin oleh bapa-bapa mereka berjalan, jelas kelibat kanak-kanak beruniform itu.

Masyarakat akan melihat penyerangan itu adalah angkara pengganas yang ganas lebih ganas dari pembunuhan beribu-ribu manusia dibom ketika sedang tidur serta supaya terpahat difikiran para audien betapa penyerang-penyerang itu hanya berkeupayaan melakukan aksi-aksi penyerangan di kawasan-kawasan sekolah, rumah-rumah kosong, banglo kosong dipinggiran kampung bernama Osama Laden, hutan belantara berpenghuni haiwan liar, bukit-bukau berpenghuni jin dan kawasan lapang yang tiada penghuni.

Apabila tentera Pakistan yang memiliki kekuatan menentang musuh-musuhnya atau kekuatan-kekuatan yang dimiliki itu bila digerakkan akan memusnahkan musuh-musuhnya, tetapi sebaliknya kekuata-kekuatan yang dimiliki terutama di wilayah Peshawar dihala untuk menghadapi pejuang-pejuang Taliban yang berhadapan dengan pakatan tentera Amerika Syarikat NATO yang menceroboh negara mereka pada 2001.

Pakistan masuk campur bersekongkol dengan paksi pengganasan yang diketuai oleh Amerika Syarikat kerana pelbagai sebab. Antaranya; ugutan dan rasuah dari Amerika Syarikat, kestabilan politik dalaman Pakistan, percakaran ahli-ahli politik, kekerapa pergolakan politik dalaman dan berpaksi kepada nasihat rumah putih.

Ketika Amerika Syarikat berhadapan dengan pejuang-pejuang Taliban, negara-negara kejiranan dengan Afghanistan diugut oleh Amerika Syarikat sama ada berpaksi bersamanya atau berpaksi dengan kejahatan yang dituduhnya. Pakistan memilih bersekutu dengan paksi pengganasan Amerika Syarikat.

Secara teori dan parktikalnya, Pakistan terjebak dengan kata-kata manis Amerika Syarikat menentang Taliban walaupun mereka mempunyai hubungan yang baik sebelum Amerika Syarikat menceroboh Afghanistan. Oleh kerana Amerika Syarikat telah berada di Afghanistan dan pejuang-pejuang Taliban walaupun miskin tetap sukar dikalahkan oleh Amerika Syarikat bersama sekutunya NATO. Semakin lama Amerika Syarikat berada di Afghanistan semakin ramai tenterannya mati. Nasib baik golongan dungu-dungu menjadi penampan dan peyelamat baginya termasuk Pakistan.

Perlakuan-perlakuan penentangan Pakistan itu dapat dilihat dengan kehadiran agen-agen pengintipan, pemberi maklumat dan risikan yang terlibat secara langsung menggempur kubu-kubu barisan hadapan pejuang-pejuang Taliban di sempadan Pakistan dan wilayah Peshawar yang dijadikan sasaran rekrut-rekrut tentera muda dari sekolah-sekolah tentera Pakistan oleh penyerang-penyerang pada 16 Disember 2014 (Selasa).

Ekonomi memainkan peranan dan rasuah boleh membunuh adik beradik.

Kesan dari ‘peperangan politik dalaman pakistan’ telah mengheret ahli-ahli politik dan tentera Pakistan berada pada paksi pengganasan yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Pakistan tidak mengambil penggalaman  dari tragedi yang berlaku kepada Presiden Pakistan Jeneral Zia Ul-Haq, meletup helikopternya di udara itu. Menurut Mahathir Mohamad orang dungu-dungu mudah lupa.

Pakistan sewajarnya belajar dari pengalaman yang lalu; menjalin hubungan baik dengan rakyat, rakyat menjadi maklumat pemerintah dan negara-negara jiran yang tidak memusuhinya. Kerana rakyat dan negara jiran mudah menyusup masuk dimana-mana kawasan dalam negara Pakistan terutamanya di Peshawar dan tidak terkecuali Islamabad, pejabat Perdana Menteri. Berhati-hati ya.

Tentera Pakistan jangan beranggapan apabila pejuang-pejuang Taliban miskin berada di Afghanistan dan sempadan berdekatan Peshawar senyap, kurang menggempur tidak bermakna  mereka lemah. Pejuang-pejuang Taliban adalah singa-singa liar yang jinak. Jangan jadikan singa-singa itu marah seperti singa-singa padang pasir pejuang-pejuang Daulah Islamiyah.

Pejuang-pejuang Taliban mempunyai strategi yang sukar difahami oleh golongan dajal tetapi difahami strateginya oleh insan-insan mulia.

Serangan ke atas sekolah tentera Pakistan di Peshawar yang merekrut pemuda-pemuda sekolah tentera Pakistan adalah isyarat yang wajar diteliti oleh Pakistan bahawa pejuang-pejuang yang digempur oleh mereka atas telunjuk Amerika Syarikat boleh menggempur balik dimana-mana sahaja kawasan di Pakistan.

Ban Ki Moon yang mengetuai PBB bersuara tentang tragedi sekolah tentera Pakistan itu tetapi ia tidak bersuara ketika MH17 ditembak, MH370 disorok, perlakuan dajal Israel menceroboh Palestin, Amerika Syarikat menceroboh Iraq dan Amerika Syarikat berperanan memainkan harga minyak mentah global yang berlaku secara sistematik itu. Kesian Ban Ki Moon.


Jadilah manusia, jangan mendajal menurut telunjuk.







Thursday, 25 December 2014

TREND WAWANCARA DI ASTRO AWANI



TREND WAWANCARA DI ASTRO AWANI
Respon mengutamakan MUET daripada Bahasa Melayu di bumi sendiri dengan menghadirkan penterjemahan dari satu bahasa asing kepada MUET

Saya berkesampatan menyaksikan wawancara/ temuramah antara Kamrul Bahrin Haron menjadi hos Astro Awani dengan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian dalam satu perbincangan: Malaysia-France New Dimension Of Partnership.

Wawancara tersebut dilakukan sebentar tadi, 25 Disember 2014, jam 8.30 malam yang membicarakan pelbagai topik.

Saya rasa terpanggil memberi pandangan dalam isu tersebut.

Dalam wawancara tersebut Menteri Pertahanan Perancis telah menggunakan bahasa pribuminya, dengan dibantu oleh seorang wanita jelita yang akan membisik-bisikkan menteri itu setelah mengalihbahasakan bahasa MUET kepada bahasa peribuminya dan menteri menjawabnya dalam bahasa peribuminya, kemudiannya diterjemahkan pula oleh wanita jelita tersebut ke MUET manakala pengendali hos menggunakan MUET yang bahasa peribuminya Bahasa Melayu. Komunikasi yang digunakan menggunakan perantaraan MUET.

Sewajarnya pengendali hos tidak perlu menggunakan MUET berwawancara dengan Menteri Pertahanan Perancis atau sesiapa juga yang menghadirkan seorang pengalihbahasa di samping penuturnya seperti menteri Perancis menghadirkan seorang penterjemah menggunakan bahasa peribuminya kerana kelihatan agak kekok ketika menjawab soalan yang dialihbahasakan itu daripada MUET kepada Bahasa Perancis.

Sepatutnya trend wawancara seperti itu dilakukan dengan kehadiran seorang anak watan yang berbahasa Perancis kemudian dialihbahasakan kepada Bahasa Melayu kemudian diterjemahkan kepada Bahasa Perancis.

Dengan kaedah tersebut akan menceriakan temuramah tersebut dan turut menyumbang meramaikan anak-anak watan menjadi pengalihbahasa atau perterjemah kepada bahasa-bahasa asing tetapi tidak asing kepada anak-anak watan yang mahir dalam bahasa pribuminya dan bahasa asing.

Kehadiran ramai anak-anak watan sebagai pengalihbahasa/penterjemah akan memecahkan suasana bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau persidangan-persidangan antara bangsa di negara ini seterusnya menjulang martabat umat sebagai bangsa yang dihormati oleh etnik-etnik lain, kawan dan lawan.

Jika kedua belah pihak berinteraksi secara empat mata menggunakan MUET memang sifatnya komunikasi dua hala tanpa mengalihbahasa.

Persoalannya, dimanakah silapnya disiplin bahasa tersebut? Pemerkasaan bahasa jiwa bangsa diketepikan dan mengkehadapankan MUET. Bangkitlah sebagi bangsa yang merdeka di negara sendiri.











PAKISTAN BERJAYA MEMBALAS DENDAM



PAKISTAN BERJAYA MEMBALAS DENDAM
Laporan berita dari kawasan pergunungan yang dipetik di Pakistan memberitahu bahawa tentera Pakistan telah membunuh 77 militan Taliban kerana membalas dendam penyerangan sekolah tentera Pakistan di Peshawar membunuh 141 pelajar-pelajar sekolah tentera di sana dan semua penyerang terbabit mati dibunuh. Walau bagaimanapun balas dendam mesti dilakukan kepada mereka yang hidup termasuk membunuh nyamuk.

Memandangkan Pakistan kematian 141 rekrut kanak-kanak sekolah dan penyerang 5 orang mati dibunuh di sekolah tentera Pakistan Peshawar, supaya nampak kehebatan tentera maka diseranglah sesiapa sahaja yang wajar diserang untuk tujuan membalas dendam, lalu dikhabarkan tentera Pakistan membunuh 77 militan Taliban.

Suatu balas dendam yang dilakukan oleh penyerang-penyerang yang telah mati ketika berhadapan dengan tentera di sekolah tentera Pakistan itu. Ditujukan kepada pejuang-pejuang yang masih hidup. Perulangan serangan dan persekongkolan pengganas-pengganas akan terus berlaku kerana tentera Pakistan sukar membezakan antara pengganas-pengganas, pengganas merentas sempadan, pengganas warganegara Pakistan, pengganas warganegara bermastautin di sempadan Pakistan, bapa pengganas, ibu pengganas, abang adik pengganas, datuk pengganas dan golongan dajal yang bertepuk tangan kerana berjaya mengalihkan tugas-tugas mereka kepada Pakistan .

Pakistan bersekongkol dengan pengganas merentas sempadan dan mereka lalu melepaskan diri, maka Pakistan terpaksa menerima tahi yang ditinggalkan oleh pengganas-pengganas yang merentas sempadan itu tanpa menoleh ke belakang dan senyum sambil bertepuk tangan.

Suatu tragedi yang tidak diambil ingatan oleh Pakistan adalah kematian Presiden Pakistan era Jeneral Zia Ul Haq ketika terlibat dengan tragedi Helikopter, meletup di udara. Sehingga kini cerita tragedi tersebut disembunyikan bersama senyapnya golongan rasuah dan komplot pengganas-pengganas merentas sempadan.

Jeneral Zia Ul Haq terkenal dengan keberaniannya berhadapan dengan musuh dalam negara dan komplot dajal yang ingin melihat Pakistan menurut telunjuk, negara terkongkong dan kebebasan ahli-ahli politik senentiasa berwaspada.

Adalah menjadi amat tragedis apabila Pakistan mengambil penasihat-penasihat dari kalangan pengganas-pengganas yang menggunakan duit dan ugutan mengekang kebebasan aktiviti rakyat disempadan sehingga terbawa-bawa menyusup di kawasan Pakistan. Pakistan akan terus ditimpa oleh pelbagai masalah-masalah dalaman kerana bersekongkol dengan pengganas bagi menghadapi pejuang-pejuang Taliban yang diceroboh oleh Amerika Syarikat pada 2001 dengan alasan bangunan WTC Washington DC diserang oleh rakyat Amerika Syarikat, menggunakan peralatan dan pelan perancangan dan akal Amerika Syarikat lalu membuat tuduhan dilakukan oleh agen-agen al-Qaeda, maka Afghanistan negara miskin diceroboh kerana enggan menyerahkan Osama Laden kepada Amerika Syarikat.

Jika Amerika Syarikat menggunakan alasan tersebut, maka ia boleh juga menggunakan alasan bahawa penyusutan harga minyak mentah global disebabkan oleh  peranan teknokrat-teknokrat minyak Amerika Syarikat kerana ada sesuatu yang hendak dicapai. Siapa yang patut dipersalahkan sudah tentulah Israel kerana menyerang Gaza untuk kali kedua dalam tempoh gencatan senjata. Siapakah penasihat Israel tentulah Amerika Syarikat? Apakah alasannya kerana berkomplot melakukan kerosakan di muka bumi?

Pakistan akan terus berada dalam keadaan kritikal berhadapan dengan rakyatnya sendiri sedangkan pengganas-pengganas yang merentas sempada telah meninggalkan Pakistan dan Afghanistan. Mereka hanya bermain catur bagaimana menghapuskan musuh-musuh mereka yang bercakap benar dan ikhlas, walaupun membunuh prajurit-prajurit mereka untuk kelangsungan melakukan kedajalan di muka bumi.

Individu cerdik memahami komplot dajal, dajal bermain dibelakang tabir. Rasuah tetap rasuah, ia akan memakan diri sendiri.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”