NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 30 October 2014

MH370 DIALOG MAKHLUK GHAIB



Berlaku suatu peristiwa yang diketahui   oleh umat manusia tetapi disembunyikan fakta-faktanya kerana Allah s.w.t.  telah menggelapkan hati, akal dan perasaan dengan pelbagai sebab yang mereka  itu apabila  mati akan dimakan oleh ulat-ulat dan cacing-cacing. Cacing-cacing dan ulat-ulat  pula suka kepada dajal-dajal itu.

Mereka pula hanya memerhati kulit-kulit membusuk dimamah sedikit demi sedikit akhirnya hilang ditelan bumi. Kejadian tersebut berlaku kerana dikalangan cacing-cacing dan ulat-ulat itu telah kenyang.

Maka berlaku dialog antara dua makhluk tentang keduniaan bagi peringatan kepada manusia yang suka diperingatkan supaya jangan berbohong dan menipu kanak-kanak sekolah rendah. 

Dialog tersebut antara ulat dan cacing:

Ulat:  Cing, aku dengar ada satu benda bernama MH370 hilang tanpa dikesan menurut orang-orang dungu, betulkah perkhabaran itu?

Cacing:  Lat-lat, saya juga mendengar perkhabaran itu kerana dajal-dajal yang dilaknat oleh Allah s.w.t. degil, mereka bukan sahaja degil  tetapi turut menyapu dan menarik bersamanya golongan-golongan yang bersekongkol dengan mereka. Saya berharap supaya cerita-cerita manusia  itu tidak tempias mengenai kampong  kita.

Ulat:  Saya pun berdoa seperti awak Cing. Kita berharap golangan dajal bertaubatlah, impaknya amat berat. Satu lagi Cing, saya juga dengar cerita tentang MH370 dihimpit oleh jin-jin Laut Hindi. Jika di daratan jadi makanan suku-sakat kitalah ya.

Cacing:  Tapi mereka masih hidup macam mana suku-sakat nak makan.

Ulat:  Maksud saya kalau mati. Lupa pula ya, mereka ditindih oleh jin-jin Laut Hinda ya?

Cacing:  Betul.

Ulat:  Saya dengar ada pencarian untuk fasa baru?

Cacing:  Benar.

Ulat:  Apa bendanya Laut Hindi dan MH370 itu?

Cacing:  Laut Hindi itu nama tempat manakala MH370 nama barang. Di Laut Hindi itu jin-jin berkubang. Mereka dihalau dari kawasan-kawasan peperangan dan sebahagian lagi kawasan tempat tinggal mereka telah dilakukan pembangunan-bangunan, akhirnya mereka membawa diri dan berhijrah di kawasan tersebut. Barangkali jin-jin itu berdendam kerana kawasan penempatan-penempatan mereka diceroboh itu menjadikan MH370 menjadi mangsa dan dipenjarakan oleh mereka. Kawasan jin-jin itu aman tetapi kabur bagi pencarian-pencarian barang-barang yang tercicir. Sebab itulah MH370 ditindih rapat  oleh jin-jin sehingga sukar bagi pencarian fasa lamanya. Jin-jin itu pula mempunyai rangkaian berkomunikasi dengan MH-MH yang lain-lain tetapi sukar bagi manusia yang tidak mengetahuinya.

Ulat:  Apa pula MH-MH itu?

Cacing:  Kawan-kawan dialah. MH-MH itu suku-sakat MH370. Lat-lat, awak tak faham lagikah tentang MH-MH itu? Seantero alam faham tentang mereka. Cerita-ceritanya, komplot, zaman kegemilangannya dan bagaimana ia menuju ke zaman keruntuhannya. Panjang ceritanya, ia memerlukan  pencerahan secara telus dan kepada golongan-golongan yang berhasrat memercu kegemilangan bangsanya wajar mencari jalan mengatasi dan jangan biarkan ia terikat dengan polisi-polisi yang dikenakan kepadanya. Biar ia bebas membuat keputusan kelangsungan hidupnya. Budak-budak sekolah rendah zaman ini pun telah faham berkaitan cerita MH370. Sebabnya, mudah untuk mereka mendapat maklumat, hanya menekan komputer atau telefon bimbit yang berada dihujung jari itu. Tekan huruf-huruf dan susun menjadi perkataan dan ayat, kemudian tekanlah untuk mencari pautan-pautan yang dikehendaki. Jika maklumat itu wujud, maka akan terpampanglah, sebaliknya jika maklumat itu disekat atau dikeluarkan dari halaman-halamannya, sudah tentulah pudar maklumatnya.

Cacing:  Sebab aku tak faham itulah, aku bertanya apa bendanya MH370 itu?

Ulat:  Bagus-bagus suka bertanya.

Cacing:  Itulah suasana hidup Lat-lat. Engkau ini masih tidurkah, atau mamai atau nak masuk golongan dilaknat oleh Allah s.w.t. itu kerana kegelisahan kanak-kanak sekolah rendah sensitif dengan persekitaran?

Ulat:  Kurang arif Cing, kerana barangkali banyak sangat makan makanan subahat. Kalau dikatakan haram sudah tentulah aib akibatnya.

Cacing:  Beginilah Lat-lat, jika inginkan kepastian, tentang perkara-perkara itu  sebagai perbandingannya: dua jenis benda yang serupa tetapi berbeza sifatnya setelah melalui perubahan seperti telur penyu yang belum dimasak dengan telur penyu yang telah dimasak. Telur itu diletakkan di atas dapur, telah dibersihkan tapi belum dibubuh air. Tiba-tiba seorang sahabat datang bertandang ke rumah dan mendekati dapur terlihat telur penyu itu sambil bertanya ke pada tuan rumah. Bolehkah makan telur penyu ini? Tuan rumah pun menjawab: Boleh. Maka kawan itu pun ambil sebiji telur penyu  lalu mengopek dan menelannya. Kata kawan itu sedap. Telur penyu yang kawan makan mentah-mentah itu jarang kedengaran dimakan sebelum dimasak. jika makan mentah-mentah juga mungkin kawan itu tidak perasan bahawa telur itu belum dimasak. Perkara itu dihubungkaitkan antara realiti perbezaan MH370 dengan MH-MH itu.

Ulat:  Sukar juga dijelaskan MH370 itu ya, kerana mereka yang mengetahuinya menyembunyikan fakta-faktanya. Akhirnya Laut Hindi tempat jin-jin dijadikan jin hitam halimunanlah ya.

Cacing:  Lat-lat kenapa dikatakan jin-jin dijadikan jin hitam?

Ulat:  Kalau dahulu dikatakan dijadikan kambing hitam. Kini kita ubah kepada jin hitam. Takkanlah jin itu kita sebut sebagai kambing. Jika kita melihat senario MH370 pada 8 Mac 2014 (Sabtu) dikhabarkan terbang pada 12.41 pagi. Dan pada 1.07 pagi hilang dari pengawasan radar (selepas 26 minit berlepas). Dalam versi yang lain terbang pada pukul 12.41 pagi  hilang dari pengawasan radar selepas 49 minit berlalu iaitu pada 1.30 pagi hilang dari pengawasan radar ketika dalam pengawasan berparas tinggi. Tetapi kabur bersama orang celik yang bersumpah menjadi buta sebelum dibutakan sebenarnya oleh Allah s.w.t.. Itulah dunia alaf baru setelah berlalunya alaf lama. Ia bukan sahaja hilang dari pengawasan radar negara tetapi tiada langsung diintip oleh radar-radar Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina, termasuklah radar Indonesia kerana terbang waktu malam ketika musim jerebu. Tetapi kalau ia memasuki perairan Laut China Selatan, radar-radar China pasti dapat mengesannya. Selepas pukul 7.24 pagi setelah sarapan, diberitakan bahawa MH370 hilang. Ia hilang kerana tidak menemui kliennya di Beijing yang dijadualkan mendarat 6.30 pagi. Selepas 7 jam berlalu dengan ‘angin sepoi-sepoi bahasa’ tanpa angin ribut mengganas dikejutkan tentang kehilangan MH370. Ketika hamba-hamba Allah ada yang sedang salat, membaca Al-Quran, berzikir, salat-salat sunat, qiamulail, belajar, membaca, merenung, memikir, memikir menjulang umat, bekerja, bersenam, pergi pasar, sarapan, sedang tidur dan pelbagai aktiviti peribadi oleh individu-individu. Tetapi pada waktu yang sama golongan-golongan dajal melakukan komplot mereka dengan  komunikasi berkesan  dan rangkaian canggih mereka. Kerana pada petang Jumaat, beberapa jam sebelum kejadian ada kes berkaitan liwat dibicarakan di mahkamah. Orang-orang beriman mengethui kesan akibat tempiasan liwat itu. Heboh seantero alam berkaitan perkara tersebut. Pada pukul 11.00 pagi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak MAS menceritakan kronologi ringkas kejadian kehilangan MH370. Pada pukul 2.40 petang kenyataan rasmi dari pemangku Menteri Pengangkutan. Pada satu peringkat penceritaan tentang kehilangan MH370 berlaku pelbagai versi yang berubah-ubah sebagaimana setiap saat berlaku perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Pada suatu peringkat pencerita-pencerita yang hadir dengan pelbagai teori-teori, menyampaikan maklumat-maklumat secara spontan, ada yang menyampaikan sambil senyum, ada yang membaca skrip, ada yang teragak-agak berdialog, ada yang bacaan matanya tidak berkerdip, ada yang mukanya kelihatan kurang tidur, ada yang memek mulutnya terkatup, ada yang serba salah, ada yang lakunan-lakunan mereka diketahui oleh orang yang mengetahuinya.

Cacing:  Siapakah golongan yang mengetahui peistiwa-peristiwa itu?

Ulat:  Ramai

Cacing:  Tahu nama-nama mereka?

Ulat:  Ramai dan memang ramai. Antaranya PM, mantan pemangku  Menteri Pengangkutan, CEO MAS, MKN

Cacing:  Bagaimana hendak memuktamadkan kisah-kisah yang berpanjangan itu?

Ulat:  Sukar untuk dijawab.

Cacing:  Isyarat-isyaratnya?

Ulat:  Pencarian fasa baru.

Cacing:  Fasa lama pula bagaimana?

Ulat:  Anggaplah ‘Jasamu Dikenang’.

Cacing:  Laparlah?

Ulat:  Jom makan.

Cacing:  Dimana?

Ulat:  Pandai-pandailah hidup.





























Tuesday, 28 October 2014

BAHASA MELAYU BERKUMANDANG DI PBB



Maal Hijrah 1436H memberi makna yang amat besar kepada kegemilangan Malaysia. Membawa bersamanya keazaman dan kehebatan rakyatnya, walapun MH370 tersorok kerana golongan dajal masih juga belum bertaubat sekalipun telah diperingatkan beberapa kali; diperingatkan di halaman ini, diperingatkan juga melalui khutbah Jumaat dan kuliah-kuliah oleh guru-guru yang tidak meminta upah hasil nasihat-nasihat mereka terutamanya tentang kehidupan manusia selepas kewafataan seseorang. Diangkat bersama-sama roh dan amalan-amalan kerja-kerja kebajikan ketika hayat mereka. 

Membawa bersamanya obor penerang kepada seantero alam melalui bahasa yang mudah difahami untuk dikumandangkan dipentas antarabangsa.

Sebagai menyahut seruan-seruan supaya memartabatkan umat Malaysia, dijulang, diangkat dan dipraktikkan bahasa Melayu di arena antarabangsa khususnya dikumandangkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dimana Malaysia telah diangkat menjadi ahli jawatankuasanya untuk tempoh dua tahun.

Bahasa Melayu - Bahasa Kebangsaan bukan sahaja berkumandang di bangunan tersebut tetapi dialihbahasakan bahasa tersebut kepada bahasa-bahasa negara bangsa yang kurang memahami bahasa Melayu sebelum menjadi bahasa pertuturan penghantar di PBB pada masa akan datang, supaya bahasa itu benar-benar menjadikan cogankata: Bahasa Jiwa Bangsa menjadi realiti di PBB.

Melalui kempen-kempen Bulan Bahasa yang dilakukan setiap bulan Oktober, dan setiap hari dipertuturkan oleh rakyat negara ini wajar diangkat makamnya. Bahasa Kebangsaan yang bertaraf dunia seperti diuar-uarkan sebelum ini akan meletakkan bahasa Melayu dipersada antarabangsa. Berligar-ligar di seluruh alam dan menjadi mercunya berkumandang di PBB untuk peringkat dunia.

Agak-agaknya siapakah panglima yang akan memahat namanya di PBB itu? Setelah melalui imbasan ada tiga individu yang boleh mengangkat Bahasa Kebangsaan itu, antaranya; Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Pelajaran. Lain-lain menteri menyokong dari belakang.

Pada tahun 2015 kerajaan melalui Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan mensasarkan pelancung-pelancung yang melawat negara ini beranggaran 29.4 juta orang. Ia hampir-hampir menyamai penduduk Malaysia.  Jika saban tahun kerajaan dapat merekrut pelancung-pelancung itu berbahasa Melayu di samping pelajar-pelajar asing yang menuntut di negara ini separa fasih berbahasa Melayu maka persidangan-persidangan yang bertaraf antarabangsa wajar diuar-uarkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya dan menghadirkan penterjemah-penterjemah beraksi dipentas-pentas persidangan-persidangan, forum-forum dan perjumpaan yang dikendalikan oleh rakyat negara ini sebagai menyahut hasrat kerajaan memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa dunia. Perkara ini wajar ditekankan kerana ramai insan-insan mulia mengutarakan tentang kehebatan sesuatu perkara itu dengan istilah: bertaraf dunia kerana yang bercakap itu, pada ketika ia bercakap berada di alam lain pada alam keduniaan. Hebat. Hebat.

1436H adalah tahun untuk mengangkat martabat umat; mengangkat dari kealfaan-kealfaan, kedajalan-kedajalan, pembohongan-pembohongan supaya keyakinan dapat dibina berdasarkan ketelusan, keyakinan dan kebenaran. Jangan memerangkap kawan-kawan, membuat tuduhan-tuduhan menggunakan proksi-proksi, jika tidak sebulu dengan kawan-kawan dan berlaku penyusunan sebahagian organisasi maka wajarlah dinasihatkan berundur secara terhormat atau diberhentikan dengan faedah yang wajib diterima oleh mereka. Jangan aibkan mereka seolah-olah kita bersih dari dosa-dosa yang kita sembunyikan. Jangan buat lagi. Sebagai contoh; pegawai-pegawai diaibkan, atau Suami/isteri saling mengaibkan dan kawan-kawan saling mengaibkan di antara mereka.

Malaysia wajib mengorak langkah untuk mendepani pelbagai isu-isu antarabangsa menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagaimana pihak pemerintah berhempus pulas memartabatkan bahasa asing di negara ini. Jadikan Maal Hijrah 1436H sebagai asas untuk  menampil diri dan melonjatkan Bahasa Kebangsaan itu. Berkawan dengan semua pihak sama ada dari pihak Utara, Selatan, Timur dan Barat kerana apabila dunia tanpa sempadan kerana bersifat global, maka maklumat-maklumat mudah dicapai, aksi-aksi manusia pula kerap berubah-ubah disebabkan oleh isu-isu yang kecil. Kadang-kadang kawan menjadi lawan dan pihak bermusuhan menjadi kawan. Akhirnya kita terperangkap dengan ilusi-ilusi yang dicipta sendiri. Contoh: MH370 tersorok.

Kempen-kempen dan promosi-promosi Bahasa Jiwa Bangsa menjulang martabat umat, akan terhasil membina kekuatan, bangkitkan diri; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Jika kita boleh berkempen menjulang bahasa asing kenapa kita tidak boleh berkempen memartabatkan Bahasa Kebangsaan diperingkat antarabangsa.

Selepas ini kita hendak melihat anak jantan yang mana satu berusaha mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan sebagaimana negara boleh mengangkat bahasa asing dan menjadi kewajiban kepada remaja-remaja yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi mewajibkan mereka mengambil subjek bahasa asing sebagai syarat untuk pengijazahan. Jika degil tidak mengambil bahasa asing berstatus gagal. Sampai mampus pun tidak akan mendapat ijazah.

Jika budaya mengagungkan bahasa asing boleh memahat akal, takkanlah memartabatkan bahasa sendiri kurang diberi perhatian. Barangkali Bahasa Kebangsaan ungkapannya: Bahasa kebangsaan bahasa dunia, dan bahasa pertuturan di PBB.

Selepas itu tidak berbangkit lagi bahasa asing menyaingi Bahasa Kebangsaan kerana duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Jadilah manusia yang dikenang bukan dicaci.



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”