“Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang
Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” ( Al-Quran,
surah Al-Faatihah: 1-7 )