Amerika sukar
menangani MH370 kerana ia tidak ditemui di Lautan Hindi yang dihuni oleh
kelompok jin. Jinnya pula jenis spesis lautan dalam yang berkomunikasi dengan
manusia di tanah-tanah besar melalui satelit.
Walau bagaimanapun,
satelitnya lumpuh ketika penyorokan MH370 dirancang rapi pada ketika waktunya
di Malaysia malam hari, dan di Amerika siang hari - terang benderang dengan
pancaran matahari yang menyinari buminya.
Amerika melambai-lambai
MH370 kerana sukar baginya menyelesaikan masalah penumpang-penumpangnya yang
terlena semasa penyorokan merancangkan kedajalan pada 8 Mac 2014.
Suasana sunyi
membuai insan-insan mulia didakap mimpi-mimpi di atas awan putih yang diterangi
oleh bintang-bintang bertaburan
gemerlapan menambahkan lagi pandangan langit cantik menawan.
Barangkali, sukarnya menangani MH370 kerana suatu ketika Amerika
berkolaborasi dengan Turki dan kini Turki berkolaborasi pula dengan Rusia. Barangkali juga Kudeta Turki ada
ceritanya.
Manakala pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah semakin memantapkan pasak-pasak mereka di Suriah.
Afghanistan masih
melambai-lambai Amerika.
Provokasi di
Eropah Timur wajar diteruskan kerana ada nilai ekonomisnya di sana.
Rusia pula
semakin menyerlah.
Manakala rakyat Amerika
berada dalam dua kelompok; bersetuju atau menolak secara nyata presiden baru
mereka?
Ia juga semakin
sukar kerana MH17 ditembak diruang udara Ukraine.
Dengan tidak
semena-mena Amerika menuduh pejuang-pejuang Donetsk dan Luhansk menembaknya
menggunakan peluru berpandu buk, lalu Rusia dipersalahkan kerana proksi kepada
pejuang-pejuang tersebut.
Rusia pula mendedahkan
bahawa terdapat pesawat pejuang melakukan aksi penembakan dengan melakarkan plot
grid dan kontur lingkungan penembakan.
Amerika membalas
pendedahan Rusia itu dengan melakukan ilustrasi pergerakan penembakan buk.
Sebagai benarnya
tuduhan Amerika kepada Rusia, maka ia berpakat dengan NATO mengenakan sekatan
demi sekatan melalui proksinya kepada Rusia.
Amerika dalam
ilusi-ilusi kehidupannya senyap membisu kerana ilusi-ilusi pencarian MH370
lopong sebagaimana melompong dan lopongnya pencarian dikawasan yang kosong-kosong.
Puncanya kerana
duit nampak dihadapan.
Kedajalan pula
mendungukan.
Sehingga hari
ini persoalan MH370 dan MH17 masih terbuka untuk dibahaskan kerana golongan
dungu-dungu mendungukan diri mereka sendiri.
Mungkah Amerika
akan meneruskan tabiat mendajalnya selepas berketuakan presiden baru?
Sama-samalah
kita tunggu dan lihat.