NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 3 February 2017

TRUMP: REALITI PERNIAGAAN DAN POLITIK PENGHUJUNG USIANYA




DONALD JOHN TRUMP lebih mesra dikenali sebagai Trump atau Donald Trump.

Seorang lelaki yang pakar  dalam perniagaan, khususnya bidang hartanah.

Ia melebarkan akalnya untuk merancang kejayaan masa hadapan.

Walaupun suatu ketika, Trump menghadapi jatuh bangun perniagaan yang memerlukan penyesuaian semasa, namun sebenarnya ia telah mematangkan Trump untuk meniti kejayaan.

Allah s.w.t. menganugerahkan  kepada Trump daya berfikir, itu telah membawa Trump kemercu kejayaan lagi apabila beliau diisytiharkan sebagai pemenang pilihanraya Presiden Amerika pada 9 November 2016 dan dilantik secara mutlak pada 20 Januari 2017.

Kejayaan Trump dalam dunia perniagaan bermula melalui didikan yang mantap daripada ibu bapanya, khususnya ayah beliau; Frederick Christ Trump. Ibu Trump, Mary A. Mac Leod.

Berbekalkan legasi ayahnya, Trump terus memandang kehadapan mencapai impian yang tidak pernah terfikir olehnya, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat Amerika khususnya bahawa beliau akan mengalas sebagai orang nombor satu Amerika.

Umum melihat bahawa kejayaan Trump dalam  perniagaan dan politik saling berhubung kait. Seolah-olahnya ia mengesahkan hubung kaitan tersebut.

Perniagaannya telah melonjat nama Trump terpasak di minda rakyat Amerika dan terus melebar ke pelusuk alam setelah memenangi pilihanraya presiden. Puncanya juga kerana beliau Presiden Amerika  yang penuh sensasi, glamor dan angkuh.

Majoriti pemimpin besar yang memimpin sesebuah negara  bermodal perniagaan sama ada diurus oleh mereka sendiri atau dijalankan oleh proksi mereka.

Alakulihal, mereka berniaga namun tidaklah sehebat besarnya perniagaan Trump yang berjaya memenangi pesaing-pesaingnya dalam dunia perniagaan hartanah, dan kini dunia politik.

Dalam usia Trump mencecah 71 tahun, dilahirkan pada 15 Jun 1946, Trump berada pada penghujung usia,  sama usianya dengan negaranya, Amerika Syarikat apabila mengetuai kemenangan selepas peperangan Dunia ke-2.

Persoalannya adalah, adakah Trump dapat mengekalkan kejayaan Amerika dibawah pimpinannya tanpa haru-biru, atau Amerika akan merudum kesan daripada tindakannya bergelar Presiden Amerika atau bagaimana tindakan beliau nanti?

Kita tunggu dan lihat karekter-karekter Trump seterusnya, yang penting jangan mendajal?

Dengan gelagatnya yang sukar mengalah dan enggan mengalah, seperti ada sesuatu yang tidak dimiliki oleh Trump, iaitu; suatu sikap yang tiada kepuasan yang boleh membawa Amerika daripada bersifat positif menjadi merudum?

Maka MH370 melambai-lambai kepada Trump.

Seperti ada ruang vakum di sana. Barangkali Trump memerlukan sentuhan ajaran Islam sebagaimana matahari memancarkan sinarannya kepada bumi yang diperlukan oleh penghuninya.

Dengan sifatnya yang mudah difahami, maka tidak sukar masyarakat intelek menilai tentang sikap Trump kepada pesaing-pesaingnya pada masa beliau memimpin Amerika.

Barangkali Trump sedang memerhati kudrat dirinya, persepsinya tentang kehidupan dan mendekatkan diri secara serius memahami Islam sebagaimana mantan Setiausaha Luar Amerika Madeleine Albright menyemai hati sanubarinya penuh keikhlasan memahami Islam.

Semoga Trump pada penghujung usianya, sebelum mati dapat memahami Islam secara  serius sebagaimana ayat-ayat Al-Quran dibacakan ditelinga Trump ketika perlantikan beliau sebagai Presiden Amerika ke-45 pada 20 Januari 2017, secara telus diingati sepanjang hayat.

Sesungguhnya sikap Donald John Trump sangat saya minati dengan gelagatnya itu, jika beliau mendapat hidayah pastilah Trump masuk Islam, jika tidak kesampaian, anak cucunya akan mencapainya. Insya Allah, ucapan dua kalimah syahadah senentiasa menanti mereka;


ASYHADU AL LAILAHA ILLALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

Ertinya: Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

Maka, matilah ia dalam iman.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”