NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 30 December 2009

Ancaman Bala Kepada Kaum Lut a.s.



A077
A078
        A079
                       A080
A081
A082
                          A083


"Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan."

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)."

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." (Q.S. Hud: 77-83)




Pautan berkaitan: http://en.wikipedia.org/wiki/Sodomy
                           http://id.wikipedia.org/wiki/Sodomi
                           http://ms.wikipedia.org/wiki/Liwat
                           http://kongsakongsi.blogspot.com/perkahwinan-manusia-dengan-binatang.
                          

Tuesday, 29 December 2009

Khabar Gembira Kepada Nabi Ibrahim a.s.



A069
A070
A071
A072A073
A074
A076
                                          A075
A076


“Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka  memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu ( wahai Ibrahim )." Nabi Ibrahim menjawab: "Salam  sejahtera kepada kamu." Maka tidak  berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk  mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.

Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)." 

Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.

Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan."

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya."

Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.

(Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)."

(Q.S. Hud: 69-76)

Sunday, 13 December 2009

Hijrah Mengajak Kepada Perubahan



KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.

Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi  wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.
  
Zaman ini adalah untuk kita. Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan jika sahabat-sahabat yang ramai tidak mengingatkan umat ini.
  
Lambaian 1431H/2009M  wajar dimanfaatkan, dari segi menentukan masa, membahagikan waktu, memanfaatkan saatnya, menggunakannya  secara  selesa, menghabiskan  setiap detik dikorbankan untuk kepentingan Islam dan bukan  berlalu  dengan  sia-sia,  kerana musuh-musuh Islam tidak pernah luput walau sejenak pun  dalam mengadakan persiapan dan pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan ruang  menyerang Islam dan pengganutnya.

Kita tidak mungkin mencapai  sasaran/target  sebagaimana  yang  diharapkan  selagi  ia  tidak difokuskan  kepada  bidang-bidang  yang   dikendalikan   seperti   penumpuan   dalam  bidang pendidikan,  bidang  angkasa  lepas,  bidang  sains teknologi,  bidang  politik,  bidang  jihad,  bidang sosial,   bidang    kebajikan   dan   pelbagai   bidang  lagi.   Itupun   jika   didikan dipertingkatkan  kepada mentaliti ahli-ahli yang mampu untuk meletakkan  semua  urusan  menurut   tempatnya.   Pemeliharaan    semua   itu  bergantung kepada  golongan  Islam  yang  mengharapkan Allah s.w.t. dan manakala golongan kafir mengharapkan duit.

Sempena  Maulidur  Rasul  tahun  ini diungkapkan  semula  secara  ringkas tetapi jelas tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah menubuhkan sebuah pemerintahan.  Kita yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda  dan  unsur-unsur  pengaturan rapi, sistematik, terancang dan dirancang  oleh  Rasulullah s.a.w  bersama Abu Bakar  As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah penyusunan  kerja  yang  kemas  yang  patut  dicontohi,  dikaji,  diambil   perhatian,  ditekankan kepada ahli dan ditatang dengan kukuh.

Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-

Ali mengalih perhatian dan melengah-lengahkan: Rasulullah  s.a.w.  meminta  kepada  Ali  bin  Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di tempat Rasul s.a.w. agar  golongan  musyrikin  menjadi  serba salah memikirkan tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.

Menentukan Strategi: Baginda Rasulullah s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.

Abdullah penghubung hal ehwal semasa: Dalam tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.

Asma menyediakan keperluan logistik: Asma binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.

Amir merintis dan menghilangkan jejak pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.

Mualaf penunjuk jalan: Abdullah bin Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.

Sahabat-sahabat siapsiaga: Sahabat-sahabat senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa. Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa.

Sokongan dan doa masyarakat: Umat Islam senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.

Monday, 5 October 2009

Menyembah kuburan




Kepercayaan bahawa para wali yang telah meninggal dunia  mampu memenuhi hajat, serta mampu membebaskan manusia dari berbagai kesulitan. 

Dengan kepercayaan seumpama itu, mereka lalu meminta pertolongan dan bantuan kepada para wali yang telah meninggal dunia, pada hal Allah s.w.t. berfirman: 





A023


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Q.S. al-Isra’: 23)
  
Sebahagian penyembah kubur mohon syafaat kesenangan dan kesukaran hidup. Termasuk dalam kategori menyembah kuburan adalah memohon kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada para nabi, orang-orang saleh, atau lainnya untuk mendapatkan syaafat  atau melepaskan diri dari berbagai kesukaran hidup. Pada hal Allah s.w.t. berfirman:  


A063


“Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.” ( Q.S. al-Naml: 62 )

Sebahagian penyembah kubur menyebut syeikh atau wali tertentu ketika mengalami  kesukaran hidup. Sebahagian mereka, bahkan membiasakan dan menjadikan sebagai adat menyebut nama syeikh atau wali tertentu, sama ada dalam keadaan berdiri, duduk, ketika melakukan  sesuatu kesalahan, dalam setiap situasi sulit,  ketika ditimpa petaka, musibah atau kesukaran hidup.

Di antaranya ada yang menyeru: “Wahai Muhammad.”

Yang lain lagi menyebut: “Wahai Jailani.”

Kemudian ada yang menyebut: “Wahai Syazali.”

Dan yang lain menyebut: “Wahai Rafai.”

Yang lain lagi: “Al-Idrus Sayyidah Zainab.”

Ada pula yang menyeru: “Ibnu ‘Ulwan.”

Dan banyak lagi. Pada hal Allah telah menegaskan: 


A194


“Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.” ( Q.S. al-A’raaf: 194 )

Sebahagian penyembah kubur itu bertawaf mengelilingi kubur. Mencium setiap sudutnya, lalu mengusapkannya kebahagian-bahagian tubuhnya. Mereka juga mencium pintu  kubur tersebut dan melumuri wajahnya dengan tanah dan debu kubur. Sebahagian  bahkan ada yang bersujud ketika melihatnya,  berdiri di depannya dengan penuh khusyuk, merendahkan dan menghinakan diri seraya mengajukan permintaan dan memohon hajat mereka.  Ada yang meminta sembuh dari sakit, mendapatkan keturunan, dipermudahkan urusannya dan jarang daripada mereka menyeru: Ya sayyidi, aku dating kepadamu dari negeri yang jauh, maka janganlah engkau kecewakan aku.pada hal Allah s.w.t. berfirman: 


A005


“Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.” ( Q.S. al-Ahqaf: 5 )

Nabi s.a.w. bersabda: 


“Sesiapa mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allahnescaya akan masuk neraka.” (H.R. Imam Bukhari)

Sebahagian penyembah kubur  mencukur rambut diperkuburan. Sebahagian lagi membawa buku yang berjudul: Manasikul hajjil masyahid ( Tata cara ibadah haji di kubur keramat ). Yang mereka maksudkan dengan masyahid adalah kubur-kubur para wali. Sebahagian mereka percaya bahawa para wali itu turut mengatur alam semesta, dan mereka mampu member mudharat dan manfaat. Pada hal Allah berfirman:


A107


“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari  hamba-hambaNya,  dan  Dialah  yang   Maha  Pengampun  lagi  Maha  Mengasihani.” ( Q.S. Yunus: 107) 

Meletakkan bantal, botol susu atau puting susu dan air atau makanan. Mereka meletakkan barang-barang keperluan bayi atau kanak-kanak di atas kuburan dengan alas an bahawa anak-anak tersebut boleh menggunakan barang tersebut untuk keperluan mereka di sana. Mereka juga beranggapan bahawa anak-anak tersebut dahaga  dan perlukan susu.

Termasuk syirik adalah bernazar selain Allah dengan meletakkan lilin dan lampu untuk para ahli kubur.

Termasuk syirik besar adalah menyembah binatang untuk selain Allah kerana Allah berfirman: 


A001


“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).” ( Q.S. al-Kuthar: 2 )

Maksudnya berkorbanlah hanya untuk Allah dan atas namaNya. Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah.” (H.R. Imam Muslim)

Pada binatang sembelihan itu terdapat dua hala yang diharamkan:
Pertama: Penyembelihannya untuk selain Allah.
Kedua: Penyembelihan dengan atas nama selain Allah.
Kedua-dua perkara ini menjadikan daging binatang semebelihan itu tidak boleh dimakan.

Termasuk penyembelihan jahiliyah yang terkenal di zaman kita waktu ini adalah menyembelihi untuk jin.

Iaitu apabila mereka membeli rumah atau membinanya, atau ketika mengali perigi, merek menyembeli di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan (sajian) kerana takut dari genggaman jin. 







Saturday, 3 October 2009

Syirik


Syirik  atau menyekutukan Allah adalah sesuatu yang amat diharamkan dan secara mutlak ia merupakan dosa yang paling besar. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar (tagi kali)? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Menyekutukan Allah s.a.w.” (Muttafaq ‘alaih, al-Bukhari)

Setiap dosa kemungkinan diampuni oleh Allah s.w.t. kecuali dosa syirik, ia memerlukan taubat secara khusus, Allah berfirman: 


A048


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” ( Q.S. al-Nisa: 48 ) 

Di anatara  bentuk syirik adalah syirik akhbar.  Syirik ini menjadi penyebab keluarnya  seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika meninggal dunia dalam keadaan demikian,  akan kekal di dalam neraka.

Di antara bentuk-bentuk syirik yang umum berlaku di sebahagian besar negara-negara Islam adalah:

Menyembah kuburan

Menyembelih bintang selain Allah atau selain nama Allah

Menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal

Menyakini bahawa  seseorang memiliki hak  dalam masalah halal dan haram selain Allah

Berhukum dengan perundangan jahiliah secara sukarela dan atas kemahuannya untuk menghalalkanya dan berkayakinan bahawa perkara itu diharuskan







Thursday, 10 September 2009

Golongan manusia



A007
A008
A009
A010
A011
A012
A013
A014


“Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.” ( Q.S. Al-Waaqi'a: 7-14 )


A031
A032
A033
A034
A035
A036


“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

(Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);

Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".


Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.” ( Q.S. Faatir: 31-36)


A132
A133
A134
A135
A136

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.” ( Q.S. Ali Imraan: 132-136 )

  1. Golongan menzalimi diri sendiri
  2. Golongan pertengahan
  3. Golongan melakukan kebajikan
Keilmuan Islam diwariskan kepada golongan yang ingin dan bercita-cita melaksanakan peraturannya, melebarkan ajarannya dan tetap pendirian mereka. Golongan tersebut adalah mereka yang melakukan kebajikan.

Golongan  pertama yang dinyatakan adalah mereka yang menzalimi diri sendiri kerana melakukan dosa dan berterusan melakukan dosa-dosa.

Golongan kedua adalah  mereka yang melaksanakan perintah-perintah yang fardu dan meninggalkan perkara-perkara yang haram  tanpa melakukan amalan-amalan sunnah dan memandang ringan perkara-perkara yang harus.

Golongan ketiga adalah mereka yang melakukan perkara-perkara fardu dan sunnah. Merekalah orang-orang yang didampingi di sisi Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”