KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan
sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya
yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang
hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak
mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan.
Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah
mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.
Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan
sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang
telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai harganya dan/atau seperti kisah
penebang pokok dengan jin yang memberi
wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.
Zaman ini adalah untuk mereka yang hidup di zamannya.
Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan
kepada kita. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan diperingatkan oleh sahabat-sahabat dan alim ulama.
Tahun 1433H/2011M
wajar dimanfaatkan, dari segi menentukan masa, membahagikan waktu,
menggunakannya secara selesa, menghabiskan setiap detik dikorbankan untuk kepentingan
Islam dan bukan berlalu dengan
sia-sia, kerana musuh-musuh Islam
tidak pernah luput walau sejenak pun
dalam mengadakan persiapan dan pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan
ruang menyerang Islam dan pengganutnya.
Kita tidak mungkin mencapai sasaran/target sebagaimana
yang diharapkan selagi
ia tidak difokuskan kepada
bidang-bidang yang dikendalikan seperti
penumpuan dalam bidang pendidikan, bidang
angkasa lepas, bidang
sains teknologi, bidang politik,
bidang jihad, bidang sosial, bidang
kebajikan dan pelbagai
bidang lagi. Itupun
jika didikan
dipertingkatkan kepada mentaliti
ahli-ahli pertubuhan/organisasi/persatuan yang mampu untuk meletakkan semua
urusan menurut tempatnya.
Pemeliharaan semua itu
bergantung kepada golongan Islam
yang mengharapkan Allah dan
manakala golongan kafir mengharapkan duit.
Sempena
Maulidur Rasul tahun
ini diungkapkan semula secara
ringkas tetapi jelas tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah
menubuhkan sebuah pemerintahan. Kita
yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda dan
unsur-unsur pengaturan rapi,
sistematik, terancang dan dirancang
oleh Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka
daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah
penyusunan kerja yang
kemas yang patut
dicontohi, dikaji, diambil
perhatian, ditekankan kepada ahli
dan ditatang dengan kukuh.
Berikut
adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-
Ali Abu Talib r.a. mengalih
perhatian dan melengah-lengahkan: Rasulullah s.a.w.
meminta kepada Ali bin Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di
tempat Rasul s.a.w. agar golongan musyrikin
menjadi serba salah memikirkan
tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w
telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.
Menentukan
Strategi: Baginda Rasulullah s.a.w.
memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah
selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana
mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.
Abdullah Abu Bakar r.a. penghubung
hal ehwal semasa: Dalam tempoh yang
sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa
perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.
Asma Abu Bakar r.a. menyediakan keperluan logistik: Asma
binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.
Amir
merintis dan menghilangkan jejak pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar
Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu
Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan
oleh kambing-kambing yang bergerak.
Abdullah Uriqat penunjuk jalan: Abdullah bin Uriqat
seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.
Sahabat-sahabat
siapsiaga: Sahabat-sahabat senentiasa
mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa.
Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu
ketibaan Rasulullah s.a.w.
Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa
bersiapsiaga setiapa masa.
Sokongan dan
doa masyarakat: Umat Islam senentiasa
berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.
Pautan yang berkaitan: http://perkimpantai.blogspot.com/l
No comments:
Post a Comment