Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman telah kembali kerahmatullah pada petang 23 Disember 2011 akibat mengalami sesak nafas di pejabatnya Tingkat 27, Maju Tower, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Jawatan terakhir beliau dalan PERKIM sebagai Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد
ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس
وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله
وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه
من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment