http://youtu.be/o3d4eqIoTAM
Sunday, 31 March 2013
Kejadian Yang Menakjubkan
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan
kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia
menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia
menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan
kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh
oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3)
amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan
selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan
ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka
kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun
memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka
sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab
mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun
memasukinya (syurga).”
(H.R. Imam Bukhari dan Muslim)
http://www.facebook.com/photo.php?v=10151320387483148
https://www.youtube.com/watch?v=o3d4eqIoTAM
Wednesday, 20 March 2013
Menuju PRU13 Malaysia
Bila tarikh pengisytiharan pembubaran Parlimen dan DUN? |
Pilihanraya ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa
sahaja kerana detik-detik berakhirnya tempoh parlimen dan dewan undang untuk
negeri-negeri telah sampai ke garisan penamat, kecuali negeri Sarawak (mengadakan pilihanraya pada April
2011). Detik-detik tersebut akan menentukan kelicikan kita, kehebatan kempen,
merayu dan peraih undi, mengemblengkan kekuatan, sumber dan strategik dalam
keadaan gagah dan dapat menangani suasana secara harmonis.
Keagresifan, kekentalan, semangat juang yang tinggi,
kecekalan, kewangan, prasarana dan gerak kerja pilihan raya adalah penentu
kepada kejayaan.
Tahniah kepada calon-calon pilihanraya 2013 yang
berwawasan membela rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |
Gabungan Parti Pakatan Rakyat |
Keputusan Pilihanraya 2008 |
Saturday, 16 March 2013
Aktiviti Sepanjang Tahun 2012
Bil
|
Aktiviti
|
Penglibatan
|
Catatan
|
3.1
|
Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-5
Mesyuarat ditangguhkan
kerana kehadiran ahli kurang memuaskan
|
Ahli lama 3 orang
Ahli baru 15 orang
Ahli bersekutu (Filipina)
8 orang
|
Tahun 2011
|
3.2
|
Mengikuti kursus-kursus
anjuran Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
|
3 orang
|
2 kali
|
3.3
|
Menghadiri
program-program anjuran PERKIM Kebangsaan ibu pejabat.
|
5 orang
|
3 kali
|
3.4
|
Menghadiri
program-program anjuran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.
|
5 orang
|
2 kali
|
3.5
|
Menghadiri
program-program anjuran PERKIM cawangan-cawangan Bahagian Wilayah
Persekutuan.
|
3 orang
|
5 kali
|
3.6
|
Mengujudkan blog hasil
daripada cetusan pandangan Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.
Laman blog boleh
dilayari melalui: http://perkimpantai.blogspot.com
atau carian google: PERKIM
PANTAI
|
Ahli-ahli PERKIM
Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
|
Kesinambungan daripada
blog dan wordpress: ‘Perkim Lembah
Pantai’ yang terlupa kata laluannya.
|
3.7
|
Mengujudkan beberapa
blog dan laman sosial untuk ahli-ahli PERKIM cawangan ini.
|
Ada 15 Blog. Antaranya:
Perkim Pantai
Kop. Insan Mulia KL
Berhad
Kop. Qutbah Selangor
Berhad
Azizan Saud
Daud Abdullah
Hadaina Mansurah
Hasnah Suan
Iskandar Neoh
Jasmin Tay
Tiblani Usman
Uwaimir Ahad
Manakala laman
sosial ada 25 buah (Facebook). Terdapat
juga laman sosial yang diwujudkan telah disekat seperti PERKIM PANTAI dan
Abdullah Abdullah Serta ahli-ahli lain.
|
Beberapa buah blog dan
laman sosial sedang dalam pembinaan
untuk dipautkan sesama
ahli.
(kami menjangkakan 2013
bahawa Jawatankuasa PERKIM Cawangan Lembah Pantai dan Ahli Lembaga Koperasi
memiliki blog/ laman sosial)
|
3.8
|
Hi-Teh Dan Dialog
Bersama Ahli-Ahli PERKIM
Pada 14/01/2012
Di Hotel Adamson,
Lorong Haji Hussein 2, Kuala
Lumpur.
|
Seramai 15 orang
|
|
3.9
|
Meraikan Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Pertama D’Murni Kasih Kuala Lumpur Berhad
Pada 15/01/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur
|
Seramai 37 orang
|
|
3.10
|
Menubuhkan Koperasi Qutbah Selangor Berhad
Pada 5/5/2012
Di Dewan Komuniti,
Kampong Merab Luar, Sepang, Selangor.
|
Seramai 67 orang,
diluluskan pada 18/01/2013
|
|
3.11
|
Menubuhkan Koperasi Insan Mulia Kuala Lumpur Berhad
Pada 23/6/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.
|
Seramai 63 orang,
diluluskan pada 31/7/2012
|
|
3.12
|
Perjumpaan bersama
ahli-ahli dengan saudara baru dan ibu tunggal
Pada 7/7/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur
|
Merancang aktiviti
|
|
3.13
|
Meraikan Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Pertama Koperasi Mawar Bistari Kuala Lumpur Berhad
Pada 21/10/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur
|
Seramai 43 orang
|
|
3.14
|
Sumbangan hari raya
bersama Jamiyah Kuala Lumpur dan Surau An-Nur, Pudu, kuala lumpur
|
Merai golongan saudara
Baru dan fakir miskin
|
Biro-Biro PERKIM Pantai
Biro-Biro sesi 2013/2014
=====================
Biro Dakwah & Pendidikan
Shah
Jehan Bin Yusof
Nik
Abdullah Bin Nik Muhammad
Abd
Jalil Bin Ishak
Biro Ekonomi Dan Kebajikan
Iskandar
Neoh Bin Abdullah
Norsiah
Binti Baba
Maznah
Binti Othman
Biro Penerangan & Seranta
Muhammad
Rafi Bin Abdullah
Roslan
Bin Harun
Zainawati
Binti Shamsuddin
Biro Wanita Dan Silaturrahim
Hasnah
Binti Suan
Jasmin
Tay Binti Abdullah
Rohaya
Binti Ili
Biro Tugas-Tugas Khas
Zainal
Abidin Bin Ismail
Mohd
Abu Bakar Bin Abdullah
Roslan
Bin Hamid
Friday, 15 March 2013
Jawatankuasa PERKIM Lembah Pantai
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(PERKIM)
CAWANGAN LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN
----------------------------------------------------------
JAWATANKUASA SESI 2013/2014
Penasihat : Datuk Haji Nakhaie
Bin Hj. Ahmad
Pengerusi : Abdullah Bin Usman
Naib Pengerusi : Ahmad
Bin Nasrudeen
Haji Daud Bin Abdullah
Setiausaha : Mohd Bin Mat Yaman
Pen. Setiausaha : Rohaya
Binti Ili
Bendahari : Azizan Bin Saud
Pen. Bendahari : Abdul
Rashid Bin Arifin
Ahli Jawatankuasa : Shah
Jehan Bin Yusof
: Zainal
Abidin Bin Ismail
: Muhammad
Rafi Bin Abdullah
: Iskandar
Neoh Bin Abdullah
: Norsiah
Binti Baba
: Maznah
Binti Othman
: Zainawati
Binti Shamsuddin
: Hasnah
Binti Suan
: Jasmin
Tay Binti Abdullah
Pemeriksa kira-kira : Mohd
Abu Bakar Bin Abdullah
: Othman
bin Mat
KEAHLIAN
Jumlah keahlian PERKIM
Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur seperti berikut:-
Ahli seumur hidup : 4
orang
Ahli biasa : 42 orang
Ahli Bersekutu : -
Thursday, 14 March 2013
Lahad Datu Duka
Dalam
bahasa Bajau, Lahad bererti tempat dan
Datu pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Manakala Duka
maksudnya lesu, lara, gundah-gulana, kedukalaraan: gambaran betapa duka orang
Melayu yang melihat orang asing sebagai penceroboh.
Tetapi di sini yang dimaksudkan dengan ‘Lahad Datu Duka’ adalah merujuk kepada suatu kaum yang pernah wujud dan menduduki satu kawasan yang awalnya berperangai baik dan berubah menjadi celaka. Sesiapa sahaja yang menyerupai suatu kaum, maka dia dihukum sama seperti mereka.
Suatu maksiat
merupakan warisan turun temurun daripada suatu kaum yang telah dimusnahkan oleh
Allah s.w.t. . Sifat manusia dan perubahan musim kerap pula berulangnya
perlakuan-perlakuan yang telah pun pupus itu berulang kembali tetapi berlaku
dalam kondisi yang baru, dimensi yang berbeza, perawakan dan bentuk yang
pelbagai menurut suasana zamannya.
Antara ‘Lahad Datu Duka’ itu ialah:
Tepian Laut Mati |
Pemandangan dasar Laut Mati |
“Kaum Lut dikenali sebagai homoseksual (liwat dan gay),
lesbian, menyamun dan menghina malaikat
Kaum Aikah dikenali sebagai mencuri lebihan timbangan dan
mengurangkannya ketika menjualnya.
Kaum Firaun dikenali sebagai berlagak sombong di muka
bumi.
Kaum Aad dikenali sebagai angkuh dan takabbur.
Kaum Abrahah dikenali sebagai pemusnah Kaabah.
Kaum Yahudi dikenali sebagai kaum yang dimurkai.
Kaum Nasrani dikenali sebagai kaum yang sesat.
Kaum Iblis dikenali sebagai perosak.
Kaum Malaikat dikenali sebagai taat kepada perintah
Allah.
Kaum Muslim dikenali sebagai menegakkan makruf, mencegah
mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t..”
Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya:
“Kaum Yahudi merupakan kaum yang dimurkai; sedang kaum
Nasrani merupakan kaum yang sesat. Bagaimana kita boleh aman, damai dan
tenteram jika kita menyerupai kaum yang demikian?”
Daripada Ata’ bin
Dinar r.a., bahawasanya Umar Al-Khatab r.a. berkata, maksudnya:
“Janganlah kamu semua pelajari bahasa asing dan janganlah
kamu semua memasuki gerja-gereja kaum musyrikin pada hari raya mereka kerana
sesungguhnya murka Tuhan itu menimpa mereka.”
Imam Al-Bukhari dan
Imam Muslim menyatakan, sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan mengikut tradisi para
pendahulu kamu semua sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga
seandainya mereka melalui sarang biawak pun, maka kamu semua akan melaluinya.”
Para sahabat bertanya.” Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan adalah Yahudi
dan Nasrani?” Rasulullah s.a.w. menjawab. “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
Kaab bin Ujrah r.a
berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Akan terdapat pemimpin-pemimpin selepasku, barangsiapa
yang mendekatinya, membenarkan pendustaannya, membantu kezalimannya, maka ia
bukanlah golonganku dan aku tidak termasuk golongannya serta ia tidak dapat
masuk syurga. Barangsiapa yang tidak mendekatinya, tidak membantu kezalimannya,
maka ia termasuk golonganku dan ia masuk ke taman syurga.”
Dari Aisyah r.a., sabda
Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Wahai Tuhanku, barangsiapa yang memegang sesuatu dari
urusan umatku dan ia mengasihi mereka, maka kasihilah ia dan barangsiapa
menyukarkan mereka, maka sukarkan ia.” (H.R. Imam Bukhari, Ahmad dan Ibn Hibban)
Tuesday, 12 March 2013
Genetik Cacat
Ubatan
bagi penyakit genetik pada ketika ini tiada rawatan yang efektif disebabkan
oleh:
1. Kecacatan genetik atau
2. Melalui pencegahan atau
3. Nasihat pakar atau
4. Pemberian nasihat tentang kemungkinan ulangan
sesuatu kecacatan genetik pada anak-anak ibu bapa yang sihat tetapi telah mempunyai seorang anak cacat atau
5. Beberapa orang anak cacat atau
6. Apabila salah seorang saudara rapat menghidapi kecacatan yang terbukti diwarisi dan boleh melahirkan zuriat cacat yang berulang.
1. Kecacatan genetik atau
2. Melalui pencegahan atau
3. Nasihat pakar atau
4. Pemberian nasihat tentang kemungkinan ulangan
sesuatu kecacatan genetik pada anak-anak ibu bapa yang sihat tetapi telah mempunyai seorang anak cacat atau
5. Beberapa orang anak cacat atau
6. Apabila salah seorang saudara rapat menghidapi kecacatan yang terbukti diwarisi dan boleh melahirkan zuriat cacat yang berulang.
Sebaliknya
jika ibu bapa yang memiliki kecacatan kromosom mempunyai pengalihan yang
normal, tetapi tidak membawa translokasi yang tidak seimbang boleh menyebabkan
ketaknormalan, maka kebarangkalian ulangan kecacatan biasanya kurang. Kecacatan
kromosom yang paling penting dari segi ini adalah sindrom Down. Risiko memperolehi anak dengan sindrom Down untuk kali ke-2 adalah dalam nisbah 1
dalam 100 kelahiran pada wanita yang sebelumnya mempunyai anak cacat. Bagi wanita
yang berumur lebih daripada 40 tahun dengan nisbah kelahiran sekurang-kurangnya
1 dalam 50 pada wanita.
Walau
bagaimanapun, risiko adalah lebih tinggi jika salah seorang ibu bapa membawa
translokasi kromosom.
Apakah
dia kromosom? Kromosom pada manusia adalah suatu set nukleus dalam sel-sel
setiap spesies yang menjadi ciri daripada segi bilangan dan morfologinya. Setiap
nukleus dalam sel-sel semantik manusia mengandungi satu set 46 kromosom dan dua
daripada kromosom itu menentukan jantina individu, dan dengan itu dinamakan
kromosom seks. Satu set lagi 46 kromosom dikenali sebagai autosom. Juzuk
kromosom seks pada perempuan ialah xx dan pada lelaki ialah xy.
Pada perempuan, setiap ovum mengandungi satu daripada dua kromosom x, sebaliknya pada lelaki, sperma mengandungi sama ada kromosom x atau kromosom y. Persenyewaan satu ovum oleh sperma yang membawa kromosom x dan y, menyebabkan nisbah seks lebih kurang sama pada masa kelahiran akibat percantuman kromosom perempuan xx dan kromosom lelaki xy. Hasilnya melahirkan genetik baru iaitu sama ada kromosom xx atau xy.
Pada perempuan, setiap ovum mengandungi satu daripada dua kromosom x, sebaliknya pada lelaki, sperma mengandungi sama ada kromosom x atau kromosom y. Persenyewaan satu ovum oleh sperma yang membawa kromosom x dan y, menyebabkan nisbah seks lebih kurang sama pada masa kelahiran akibat percantuman kromosom perempuan xx dan kromosom lelaki xy. Hasilnya melahirkan genetik baru iaitu sama ada kromosom xx atau xy.
Firman
Allah Taala:
“(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? Dari
air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk
bertanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan
kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih); Kemudian
dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan; Kemudian apabila
Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula). Janganlah hendaknya ia
kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan
kepadanya. (Kalaulah ia tidak
memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada
makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):” ( Q.S. ‘Abasa: 18-24 )
Ibu bapa yang sihat, tidak mewarisi genetik kecacatan. Kehadiran seorang
anak cacat kebarangkalian terhasil daripada mutasi baru dan kemungkinan ulangan
pada anak berikutnya adalah sangat rendah.
Kecacatan
kromosom atau ketaknormalan kromosom tertentu mempunyai kaitan dengan penyakit
yang diketahui atau sindrom klinikal manusia, ia meliputi sindrom Down (mongolisme),
ketaknormalan perkembangan seks (sindrom Turner dan Klinefelter), sindrom
Malformasi Kongenitel Multipel ( trisomi-13 dan 18 ), keguguran spontan,
kecacatan personaliti (xyy dan xxx dan lain-lain), leukemia meiloid kronik dan
ataksia telangiektasia.
Manakala
penyakit terkini yang terhasil daripada gelagat manusia dianggap seolah-olah
membentuk suatu spektrum yang terdapat penyakit-penyakit disebabkan oleh
infeksi dan kekurangan zat-zat makanan yang mempunyai penyebab alam sekitar
sahaja, seperti; diabetes mellitus, hipertensi ‘essential’, penyakit arteri
koronari dan mungkin juga penyakit barah atau penyakit psikiatri seperti
skizofrenis psikosis manikdepreif.
“Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Q.S. Al-Insan: 1-2)
Bagi kecanggihan teknologi masa hadapan, menerobos DNA boleh digunakan untuk rawatan
penyakit genetik dengan cara gentian terus gen cacat (terapi gen). Teknologi ini akan juga membantu kita memahami dengan lebih
jelas mengenai dasar molekul penyakit manusia dan penyakit melalui
pencapaian-pencapaian diagnosis antenatal. Kita juga akan berpeluang melihat
perkembangan rawatan prasimptomatik untuk
mereka yang sihat dan jika tidak dirawati akan mendapat kecacatan genetik.
Mungkin pada suatu hari kelak kecacatan kongenital dapat dirawati fetus yang
cacat sebelum dilahirkan.
Sila
lihat juga:
Subscribe to:
Posts (Atom)