
Pandangan
tersebut disuarakan walaupun pada ketika itu PAS diwakili oleh seorang wakil rakyat tunggal di parlimen. Dengan nada ceramahnya yang penuh keyakinan meramalkan dan
menjangkakan seandainya PAS dan DAP boleh bergabung maka kerajaan yang sedang memerintah boleh
ditumbangkan. Analisa tersebut dilontarkan
semasa saya sedang belajar di peringkat menengah.

Setelah saya berhijrah ke semenanjung
kerana melanjutkan pelajaran, ramai sahabat-sahabat yang bertanya kepada
saya sama ada PAS ada peluang untuk memerintah negara atau memenangi pilihan
raya. Saya menjawab dengan yakin seperti mana penceramah yang saya dengar 30
tahun dahulu melontarkan ideanya. Cuma saya membuat tambahan bahawa bertukarnya
siang dan malam, bersilih gantinya musim, maka sikap manusia juga akan turut
berubah seperti berubahnya perkembangan kemanusiaan. Tiada makhluk yang
mengatasi kekuasaan Allah s.w.t.
Sehingga hari ini suara tersebut
masih mendesis di telinga saya dan catatan ini disediakan adalah untuk
mengimbau kembali sama ada cetusan idea penceramah tersebut menjadi kenyataan.
Dan barangkali benarlah jika Allah s.w.t. hendak mengubah sesuatu perkara itu
ia akan berlaku sekelip mata sahaja kerana naluri, perasaan dan fikiran manusia boleh berubah.
Dengan kenyataan DAP hari ini secara terbuka menggunakan lambang PAS dan
pihak PAS secara lapang dada memberi laluan mudah, dengan itu barangkali ‘kasyaf’ yang dilontarkan oleh penceramah tersebut
sedang menaungi bumi ini. Allahu Akhbar.
Sehingga kini, saya juga amat berbangga dengan Datuk
Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad, adalah antara pelopor yang memperkenalkan PAS
kepada kaum Cina secara dialog terbuka sehingga boleh menembusi ‘Dewan Perniagaan
Cina Selangor, Jalan Kampung Atap, Kuala Lumpur’, yang ketika itu kelihatan
asing kepada masyarakat tetapi tidak asing bagi PAS. Tahniah kepada Datuk Haji
Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad ketika ini, Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah
Persekutuan. Jasamu dikenang Datuk.
Persoalan sekarang ialah adakah tepat ramalan yang
pernah diaju dan dilontarkan di Masjid Jamek An-Nur, Labuan, Wilayah
Persekutuan Labuan, tiga puluh tahun dahulu menjadi realiti atau ia suatu
pandangan kritis daripada seorang yang peneliti yang ikhlas?
No comments:
Post a Comment